Apa cerita kawan-kawan kita? Seronok dak setiap hari-hari anda? Boleh dikatakan agak lama kot aku menanam anggur kerana aku tengah pening berfikir nak cari kerja di mana bagi membayar bil-bil utiliti dan cukai perumahan. Sebelum ini aku bekerja di sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menguruskan satu projek lapangan. Oleh sebab pak aku sakit dan lumpuh tertidur atas katil sahaja, maka terpaksalah aku berhenti dahulu kerja lalu balik rumah untuk tolong mak aku. Sekurang-kurangnya, aku berani mencuba meluluskan diri di temuduga kakitangan di organisasi antara kerajaan (intergovernmental). Bukan sembang deras sambil berlagak macam tahi saja.
Untuk bangsat yang semangat dah jadi bos besar itu; atau bekerja jawatan hebat apa pun; toksah duk sibuk 'judge' oranglah. Hangpa bukan duk dalam situasi orang. Jadi, ada hidup suka bahagia itu; kitab-kitab suci kata, bagi banyak bersyukurlah kepada Tuhan begitu. Beri simpati dan bersikap empati sedikit pun bukan merugikan kehidupan kita yang penuh kepalsuan ini. Orang Kedah kata, 'tak gāduh kĕluag sĕkepiăng pōn'. Mafhumnya, bukannya perlu beri wang atau bayar pun untuk lebih berbaik sangka atau berempati apabila nampak orang itu jobless, miskin, jadi bhikṣu dan sebagainya.
Masalah penduduk dunia ini sebenarnya; depa tidak berkemampuan untuk berfikir meliputi akal setitik depa. Jadi, muncul macam-macam penyakit di jiwa yang diperjelas oleh ilmu psikologi moden seperti narcisistic personality disorder, self-centered, superiority complex, inferiority complex, egoism dan sebagainya. Penyakit-penyakit inilah yang dibongkar oleh baginda Siddhartha Gautama Buddha lebih 2000 tahun yang lampau dan dipelajari serta dibincangkan lebih lanjut lagi oleh mereka yang masuk menjadi bhikṣu di biara-biara, di hutan tebal, di kuburan serta di banjaran-banjaran nun bertapa seorang diri.
Oh, ya! Untuk siri-siri bahasa Siam, sila klik di bar bawah tajuk blog ini. Siri-siri tersebut aku susun untuk kemudahan kelompok-kelompok seperti pelancong, yang nak berziarah ke tempat suci bagi penganut Buddha, yang nak melawat saudara-mara, yang nak shopping, nak belajar di Thailand dan sebagainya.
Filem
Berbalik ke topik filem kita ini. Filem ini sebenarnya sebuah filem lama. Judul bahasa Siamnya, คน ผี ปีศาจ Kon Phī Piśāt atau Rumah Hantu Piśācha. Piśācha ataupun disebut Piśāt menurut sebutan bahasa Siam ini sebenarnya merujuk kepada sejenis bangsa setan dalam lagenda Hindu.
Sinopsis
Filem ini mengisahkan mengenai seorang anak gadis yang bernama Ūi yang kematian kedua-dua ibubapanya. Ibubapanya ditembak mati oleh samseng di jalan gelap ketika tayar kereta bapanya pancit. Ibubapanya ditembak mati depan matanya. Disebabkan kejadian tersebut, gadis itu terpaksa menumpang di rumah makcik Bua nya yang terletak di sebuah kilang percetakan. Selain itu, dia turut mengalami trauma sehingga berhalusinasi. Dia turut mengambil ubat untuk menghilangkan halusinasi.
Di rumah makcik Bua, dia bertemu dengan cucu makcik Bua bernama, Ām. Ūi diberi tugas menjaga Ām dan membersih kilang cetak di tingkat bawah. Ām memberitahu bahawa di rumah itu ada setan. Di tingkat empat yang paling atas di premis rumah kedai itu, tiada sesiapa pun tinggal. Ūi ingat bahawa budak itu cuma bergurau saja. Malam pertama di rumah itu, beberapa kejadian pelik berlaku seperti Ām termuntah ketika dipaksa memakan hati yang separuh masak, kemudian tandas di tingkat bawah di ruang percetakan berbunyi-bunyi. Ūi pun memakan pil dadah anti-kemurungan, Ezeepam (5 mg). Dia hentam telan sehingga empat biji.
Episod lain pula, si Ām bangun kencing malam di hujung bilik. Dia enggan ke bilik air sebab takut lampu malap-malap. Di samping itu, belakang tubuh berbirat-birat seperti disakai (dilibas) oleh sesuatu. Keesokan harinya, Ūi mendengar gosip pekerja-pekerja bahawa makcik Bua mengamalkan agama Hindu sayap kiri. Dia bukan pengikut Buddha Guru. Selain itu, makcik Bua menjadi perantara dewi untuk mencari barang dan orang hilang. Makcik Bua pun minum arak sambil membaca mantera dan memuja dengan keris.
Hari keempat, Ūi dan Ām terkurung di rumah kedai tersebut. Mujur ada abang Mai, salah seorang pekerja teknikal di kilang cetak itu sedang melepak-lepak depan rumah kedai tersebut. Bolehlah Ūi minta tolongnya membeli nasi goreng babi. Di sini bermula babak mendebarkan serta menyeramkan.
Dalam penggal hujung cerita, diketahui:
- Makcik Bua membunuh seorang wanita bernama Sudchai sebab melayan cucunya, Ām dengan buruk.
- Mungkin beberapa orang lagi terbunuh di rumah itu sebab terdapat beberapa tempat di rumah itu menimbulkan rasa takut Ām.
- Terdapat mesej bahawa dadah tidak boleh membantu kita mengatasi trauma dan peristiwa hitam dalam hidup.
- Tahun 2003-2004 merupakan tahun kempen membanteras kutu dadah ketika pentadbiran, Thaksin Shinawatra.
- Tidak diketahui bagaimana abang Mai memecah masuk ke rumah kedai berkunci itu?
- Tidak diketahui kenapa makcik Bua naik minyak di hampir penghujung cerita?
Judul: คน ผี ปีศาจ Kon Phī Piśāt
Barisan Pelakon Utama:
- Ūi dimainkan oleh, ภุมวารี ยอดกมล Phūmvārī Yodkamon.
- Adik Ām dimainkan oleh, Alexander Rendell.
- Abang Mai dimainkan oleh, ธีรดนัย สุวรรณหอม Thīradanai Suvarṇahōm.
- Makcik Bua, dimainkan oleh, อมรา บุรานนท์ Amrā Purānand.
Penulis Cerita: ชูเกียรติ ศักดิ์วีระกุล Chūkiat Sakvīrakun.
Pengarah: ชูเกียรติ ศักดิ์วีระกุล Chūkiat Sakvīrakun.
Projek: Yuk Lek
Tahun: 2004
Penerbit:
- Sahamongkol Film International.
- Baa-ram-ewe Production
Nota: Sila klik di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan