Ahad, 5 Ogos 2012

Felem: Meung Goo

Swaddikarp smua!


Sudah masuk tengahan bulan posa noooh kawan-kawan Muslim kita. Aku amik kesempatan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan la kat hangpa semua semayang teraweh jangan la kita dok buat lepa. Lama sudah aku tak masuk sini, tergezut gak aku ada gak orang dok follow ini blog. Aku terima kaseh la kat hangpa yang follow, minta tolong kawan-kawan promote sama bahasa Thai kita serta felem-felem kita kepada rakan-rakan senegara no!!! Kami hargai lah jasa baik kawan-kawan kita semua bagi pihak masyarakat Thai dan Siam secara amnya.

Sinopsis

Baru-baru ni aku menonton lah felem Thai bertajuk Meung Goo. Dalam bahasa Melayu pun ada jugak orang dok guna perkataan-perkataan ni utamanya yang keturunan Siam lah. Meung maksud dia dalam bahasa orang Kedah, hang lah. Goo pulak ku atau aku. Ni bahasa Thai kasaq sebelah selatan dan sebelah Bangkok memang orang kat tepi-tepi jalan cakap laguni. 

Secara umumnya ada beberapa watak utama lah dalam felem ni. Mulanya felem ni dengan seorang budak, nama dia Song baru berpindah dari Bangkok ke Chiangmai di utara Thailand. Dia pindah ke sekolah tinggi di situ sebab nak kebebasan, mak dia suka laa sangat beletiq ke dia. Masa dia di medan kat bandar di Chiangmai ni dia terserempak dengan satu geng dok berhumbas kat tengah situ. Pastu dia terserempak dengan seorang budak pompuan ni nama dia Nem. Budak ni kata jangan dok terlibat dengan puak-puak dok berhumbas tu. Dalam puak dok berumbas tu, ada yang menonjol nama dia Kan. Menarik dalam cerita ni macam mana depa jalinkan watak-watak ni yang jugak adalah kenalan antara satu sama lain, dan jugak macam mana budak Song ni buleh terlibat dalam dunia samsiang.  

Pengenalan Watak

Song

Pasal watak-watak pulak, Song ni dia pendiam sikit. Tapi awek sekolah yang kenal dengan dia macam Nem tu bersikap peramah pulak kat dia. Siap perkenal awek tua setahun lagi kat Song, nama Diu. Syoq dia no, budak-budak jantan sekolah tu pon bengkek ke dia. Baru-baru masuk ja dah berkenalan ngan awek. Mentang-mentang muka jambu. Song lepas nampak awek dia, Diu kena sebat dengan kekasih lama Diu jadi dia segan la nak kacau. Dia pun baru ja kenai ngan Diu. Jadi dari situ dia terlibat dengan geng samsiang Sperm yang anggota dia sorang tu budak yang nama Kan tu.

Kan

Budak ni anak orang kaya. Dia ada semua, tapi imej dia dalam felem ni awalan kita nampak macam samsiang. Malam-malam dok melepak ngan geng dia kat kelab malam. Tapi bila lama sikit kita tonton, kita nampak budak ni kurang kaseh sayang. Dia menumpang kaseh sayang kat kawan-kawan dia yang orang dok panggil geng Sperm tu. Dia walaupun mengkelai ngan budak lain-lain dalam sekolah tapi sebenarnya hati baik. Dia tak pernah main betina. Dia bertumbuk dengan orang semua sebab kawan-kawan dia. Dia tulung kawan-kawan dia yang kena buli. Pengabis cerita ni tak berapa nak best la. Satgi pengujung, Kan ni kena tikam masa bertumbuk tapi dia tak habaq kat kawan-kawan dia semata-mata tak mau kawan-kawan dia risau. Mati sebab kering darah. Sia-sia saja reta pak mak dia, dah la anak tunggal syoq kalu aku jadi anak orang kaya macam dia tapi kita tak tau apa budak ni berasa pulak walaupun dia anak orang kaya, huhuhu. 

Watak ni, dia sayang kawan-kawan dia walaupun imej dia tak berapa nak elok dalam kalangan budak-budak sekolah n walaupun dia anak orang kaya. Dia tak penah merokok ka isap dadah yang aku perasan, dia pun teguq kawan-kawan dia yang isap dadah ka merokok jangan buat benda-benda tak elok tu. Ayat dia masa dia sembang dengan Song yang aku ingat sampai reni: "Karn rak peun samrap koo, mai chai tong taam chai peun semer kan. Tha man phid, khor tong haarm. Theung peun chak khord rahteud. Peun man mai dai khop pein ra wan song wan nah woi, tae man khorp kan chorng man taai". Makna dia lebih kurang mencintai kawan-kawan bagi aku, bukan kena ikut segala apa depa dok buat, mengiyakan depa. Kalau dia salah, pun kena larang. Walaupun kawan tu marah nanti kat kita. Kawan-kawan bukan berapa hari saja, tapi kawan-kawan tu selamanya bawak ke mati.  

Satu lagi quote felem aku dapat masa Kan makan-makan kat sekolah dengan Song waktu tu Song tunjuk tangan dia kat Kan. Ada tulisan "sempoi" nama geng Sperm kat tangan dia. Dia kata nak cacah betui-betui nanti pasai sempoi smart. Kan kata ke dia: "Sak man naag yoo nai chai, mai champein tor man maa kai roo loh". Maksud dia: "Cacah tu biaq tinggai dalam hati, tak payah nak pamer dia mai tunjuk kat orang". Maksud dia, tak payah kita ada papa trademark pon. Benda tu semua ada dalam hati kita sudah. Bahasa simple dia tak dak guna kita menunjuk pon. Kita buat semua benda pon ikhlas saja.

Nem

Awek ni pulak sebenarnya bekas awek kepada Kan. Dia jadi menyampah kat Kan lepas adik dia meninggal dunia. Adik Nem ni pon kawan-kawan ngan Kan gak. Adik Nem mati kena hentak dengan pengedar dadah, tapi Kan pulak yang dapat nama bau taik pasai mak Nem tak bagi Kan bagitau benda sebenarq kat Nem. Tak mau nama orang mati busuk. Masa last skali, balak dia Kan mati kena tikam. Yang aku dok berasa lah, kalau aku jadi Nem ni bek dia berendek ngan menikah ngan Kan ja jadi dia dapat gak merasa jadi orang kaya pasai watak Nem ni femli dia cuma ada mak dia ja dok juai makanan ringan kat gerai bergerak kira femli miskin la, haha.

Penutup

Nak penutup felem ni aku berasa nak teriak gak la. Aku tak tau kalu hangpa tengok berasa apa tapi kalu hangpa buleh relate felem ni ngan kehidupan hangpa mumkin hangpa akan dapat "feel" dia. Banyak kata-kata dalam felem ni pon kata-kata yang lebih kurang penah kluaq pada mulut aku sniri masa aku berguil dengan orang-orang kat universiti dolu. Felem ni punya mesej adalah rendah diri walaupun kita orang kaya, setiakawan, harga diri sebab ada kawan Kan yang kata depa menempek dengan Kan bukan pasai dia anak orang kaya tapi sebab ikhlas berkawan. Aku sarankan hangpa tonton sniri lar. Ni review persendirian aku saja. Hangpa nak tau apa dia movie tu, gena dia punya jalan cerita kena tengok sniri gak. Ada banyak lar genre felem Thai yang aku nak habaq ke angpa. Bukan mestinya genre seram saja. Setengah genre seram dalam felem Thai tu ada pengaruh sihir n ilmu hitam puak Kemboja ngan puak Melayu. Aku tak berkenan dengan genre-genre yang berdarah sihir tu. Keji sangat!

Watak-Watak

Yang pertengahan sampai dekat pengujung cerita dua ekoq ni yang dia dok fokus dalam movie ni:

Kan (Mario Maurer)
Song (Natcha Jantapala)  

Mario Maurer ni model Thailand, pak dia orang Jerman tapi mak dia Cina Siam. Haram sepatah pon tak reti cakap Jerman, hahaha. Jantapala tu pulak penyanyi tapi aku tak bropa nak kenai sangat penyanyi muda2 ni. Aku generasi taun 90-an. Depa ni generasi baru2 ni, waktu aku idup beropa taun dah taun 90-an depa ni baru ja beranak. Maurer tu umuq tak bropa nak beza ngan aku sangat. Aku tua pada dia lagi, haha. Ok pop kan mai jumpa lagi kalu aku ada idea la nak boh menatang apa untuk bahasa Thai dan kebudayaan Thailand!

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    Terima kasih bebanyak buat blog ini ya. *confuse, aku ni nak belajar cakap Siam atau bahasa utara?* Apa pun, khob khun maak eek khrang (entah betul entah tidak ejaannya, haha) sebab sangat-sangat tak sangka ada orang Malaysia buat blog untuk cakap Siam. Senanglah sikit nak belajar, huahuahua. Harapnya, rajin-rajinlah update blog ini ya! :)

    BalasPadam
  2. dua2 pon buleh kot, ahahaha... sama-sama terima kasih. sila kawan pantau selalu ajak la kawan2 yang peminat bahasa Thai melawat2 sama no. boleh prektis2 cakap Thai dengan kawan2, hehehe...

    BalasPadam