Selasa, 6 Mac 2012

Sejarah Ajaran Agama: Buddha dalam Kerajaan Orang Thai


Phra Buddha Jinaraja Gaya negara Sukhothai

Ajaran Buddha sebagai satu pergerakan dalam wilayah-wilayah empayar Siam melalui perkembangan yang berliku-liku menurut keadaan dan situasi politik negara yang melindunginya. Umumnya, apabila negara-negara purba itu berada dalam keadaan aman dan tidak diganggu-gugat musuh, maka sinar ajaran Buddha tersebar semula. Amalan keagamaan dan pembelajaran ajaran Dharmma berjalan lancar diberi galakan oleh bahagian awam begitu juga dengan para pemerintah. Mereka menyokong Dharmma.

Kalau negara-negara mengalami Kaliyug dan kejatuhan, maka semangat ajaran Buddha serta sinarnya masih lagi terang dalam hati rakyat. Pergerakan ajaran Buddha akan terjejas lah jugak sedikit sebanyak oleh keadaan politik. Pengajaran sejarah ajaran Buddha di empayar Siam oleh itu, merujuk kepada zaman-zaman yang apabila setiap wangsa menguasai empayar dan apabila ibu kota negara dipindahkan mengunjur ke selatan. Hal ini demi menjamin keselamatan dan juga mencari tanah yang lebih subur dan memberi hasil yang lebih baik. 

Yang diperkira sebagai kerajaan Thai itu ada beberapa zaman lah pulak. Yang sebelum ini kita perbincang adalah zaman dinasti orang asli Siam sama ada yang keturunan Melayu, keturunan Lawo, keturunan Mon atau keturunan Kemir. Semua mereka ni pun penganut ajaran Buddha pelbagai aliran pulak. 

Zaman Ai-Lao

Kerajaan Ai-Lao merupakan kerajaan orang Thai dalam wilayah Yunnan di selatan negara China moden. Dalam sejarah yang kita belajar umumnya menyatakan ia ditemukan pada abad ke-5 tahun Saka. Abad selepasnya itu, dipercayai ajaran Buddha mula sampai ke empayar China. Salah seorang dari raja Thai dari kerajaan Ai-Lao ini dikenali sebagai Khun Luang Mao. Zaman ini Sukhothai ka Chakri mak nenek semua masih belum wujud lagi. Ini hal kemudian-kemudiannya.

Pada masa itu, ada beberapa puak Thai yang bebas merdeka tak berkerajaan. Mereka ini secara resminya mengisytiharkan anutan mereka kepada ajaran Buddha. Raja Thai pertama dari zaman ini melindungi ajaran Dharmma menurut aliran Sravakayana dan Mahayana. Persoalan aliran anutan raja ini sama ada aliran Theravada masih lah menjadi persoalan cendekiawan. Aliran Sravakayana ini pun menurut lembaran-lembaran Bali-Sanskirit dibahagikan kepada 18 kumpulan yang lagi kecil.

Zaman Nanchao

Menjelang abad ke-7 tahun Saka. Orang Thai mengalami masalah dengan orang Han dalan empayar China. Mereka yang bermasalah dan memberontak ini lari ke selatan lagi sampai masuk ke bahagian Indo-China di utara dan ada yang bertebaran di Segenting Kera dekat kawasan orang Melayu. Dalam kalangan orang-orang ini, muncul seorang pemimpin yang dikenali sebagai Pi Loq. Beliau ini membangunkan kerajaan Nanchao yang bertahan selama lima abad. Ibu kota mereka di pekan Talipu. Semasa zaman ini, ajaran Buddha aliran Mahayana dianuti di dalam wangsa Tang di China purba dipercayai juga dianuti dan berkembang di dalam tanah Siam purba. 

Satu dari ufti negara Nanchao yang dibayar kepada raja wangsa Sung di China purba antaranya merupakan lembaran kitab Wajra Prannaparameta Suttam menurut aliran Mahayana. Dalam abad seterusnya dalam abad ke-18 tahun Saka, kerajaan Nanchao diserang lah oleh askar-askar Kubilai Khan dari wangsa Yuan. Hal ini menyebabkan orang Thai berhijrah jauh lagi ke selatan sana kerana mereka tak mahu dijajah. Mereka yang lari ini kemudian bertemu dengan rakan sebangsa mereka yang awal-awal lagi dah menetap di Segenting Kera.

Zaman Cheang Saen

Kerajaan Cheang Saen atau kerajaan Yonok bermula sekitar abad ke-16 tahun Saka oleh orang Thai yang berhijrah dari kerajaan Ai-Lao. Keagamaan mereka nampaknya bersifat kosmopolitan. Dalam masa yang sama, ada antara mereka masih lagi penyokong tegar ajaran Buddha dari negara lama mereka. Yang lain-lain pula berpegang teguh dengan ajaran Buddha aliran Theravada yang dianuti oleh orang Mon (orang asli Siam). Ada juga yang menganuti ajaran Buddha aliran Mahayana dari Kemboja dan aliran Mahayana dari negara Nanchao.

Dalam masa-masa tertentu, bahagian negara ini termasuk dalam jajahan negara orang Burma. Orang Burma juga selalu menganut pelbagai agama yang dianuti di negara yang mereka jajahi. Orang Burma pun sama macam orang Thai juga menganut ajaran Buddha aliran Theravada yang dianuti pada awalnya oleh orang Mon. Kemudian mereka beralih kepada aliran Mantrayana yang cabang kecil dalam aliran Mahayana. Aliran ini sampai di Burma terus dari Bengal di benua India.

Dalam abad ke-16 tahun Saka, raja Anirudha dari Burma menganut semula ajaran Buddha aliran Theravada. Pusat sebaran ajaran Buddha Theravada diletak di Phukam (Pagan). Di situ aliran Theravada mencapai kegemilangannya. Hal ini juga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli sejarah yang membuat kenyataan bahawa ajaran Buddha kemudian termasuk dalam susunan pemikiran dan amalan yang secara salahnya dinamai dengan aliran Theravada menurut gaya Pagan. Sebenarnya aliran ini adalah aliran yang dipelopori oleh orang Mon sejak awal lagi. Aliran Theravada yang diikuti oleh orang Mon ini telah mengalami kejatuhan sebelumnya tapi selepas itu dipulihkan semula kedudukannya dalam negara semasa pemerintahan raja orang Burma iaitu raja Anirudha Agung.

Oleh sebab usaha berterusan raja Anirudha serta kekuasaan di sebelah barat daya sempadan empayar Siam, raja Anirudha berjaya membawa masuk pekan-pekan sepanjang sungai Chao Phraya dalam jajahan mandala negaranya. Pekan Nakhorn Prathom juga dilanda oleh negara raja Anirudha. Jadi, ajaran Buddha aliran Theravada mendapat tempatnya semula di tanah yang dimasuki itu. Walaupun tempat-tempat itu merupakan tempat penduduk yang asalnya beraliran Theravada namun akibat lamanya dijajahi orang Kemboja menyebabkan rakyat di situ masih mengamalkan ajaran dari aliran Buddha Mahayana.  

Zaman Langkawangsa

Langkawangsa merujuk kepada Seri Langka. Dalam tahun Saka ke-17 juga, di Seri Langka bertakhta lah raja Parakramabahu. Baginda ini seorang setia pada ajaran Buddha dan sangat suka memberi dana dan sukho nya demi menyebarkan ajaran Buddha dalam negaranya.

Pencapaian ajaran Buddha yang cemerlang dalam negara itu disebabkan oleh tindakan raja Parakramabahu menyatukan semua bhikkhu dari pelbagai aliran yang bertelagah dalam cabang-cabang kecil dengan mengadakan Majelis Thera-Thera yang Alim. Tujuan majelis ini dalah untuk menyelesaikan masalah dalam isi kandungan Tripitaka iaitu kitab ajaran Buddha. Perkara ini sudah dibangkitkan dan dijalankan di benua India sana tak terkecuali juga di Seri Langka sebelum itu lagi.

Majelis ini berjaya mencapai tujuannya. Bahasa Bali sekali lagi disusun dan dikaji semula. Ia diisytihar sebagai bahasa resmi untuk kajian dan pengajian ajaran Buddha. Berita ini tersebar luasnya dan jauh sampai ke tanah asing yang juga menganuti ajaran Buddha seperti di Siam dan Burma. Negara-negara dalam empayar asing ini turut menghantar bhikkhu mereka ke Seri Langka bagi mengaji ajaran Buddha semula di Seri Langka. Bhikkhu-bhikkhu negara-negara asing ini  melihat sendiri akhlak baik para bhikkhu Seri Langka serta pengetahuan asas ajaran Buddha mereka yang kukuh maka mereka pun kagum lah. Mereka mengambil peluang itu untuk belajar ajaran-ajaran lanjut dengan teliti dengan Guru.

Untuk tujuan ini, bhikkhu-bhikkhu asing ini dilantik semula menurut upacara yang tersusun dengan aturan dan syarat-syarat yang sama seperti yang dijalankan kepada para bhikkhu Seri Langka. Selesai pengajian maka para bhikkhu ini membawa pulang bersama mereka akhlak yang mulia yang diperbaharui, kepercayaan agama yang lebih kukuh serta ciri-ciri kebudayaan orang Seri Langka turut mempengaruhi mereka. Orang ramai mula tertarik sebab budaya baru, maka ramai lelaki muda yang keluar dari rumah menjalani kehidupan dalam wihara atau kehidupan bertapa dalam alam sekeliling. Kebudayaan Langkawangsa ini turut terpasak dalam negara-negara dalam Burma, Kemboja, dan tanah Siam.

Di tanah Siam, sebelum kemunculan kerajaan Sri Ayuttaya pada abad ke-13 masehi. Ada kerajaan Sukhothai di utara Bangkok dekat-dekat Phitsanulok sana. Negara ini menyerap juga budaya Langkawangsa sekitar abad ke-18 tahun Saka. Bhikkhu-bhikku negara Sukhothai ini bukan pulang sendiri sahaja ke negara mereka tetapi mereka turut pulang bersama dengan saudara-saudara bhikkhu dari negara Seri Langka.

Mereka mendarat pada awalnya di pelabuhan dalam sekutu selatan Sukhothai di Nakhorn Seri Thammarat iaitu 800 kilo dari selatan Bangkok. Di situ, mereka mengikut jalan darat ke utara sambil mengajar kebudayaan baru dari negara Seri Langka. Mereka tiba kemudiannya di ibu kota negara Sukhothai iaitu kira-kira 500 kilo dari utara Bangkok hari ini.

Raja Ramakhamhaeng yang memerintah negara Sukhothai sendiri merupakan penganut ajaran Buddha yang taat. Baginda sangat berbahagia menerima berita ketibaan bhikkhu-bhikkhu tersebut. Baginda terus menghantar utusan menjemput kumpulan bhikkhu Langkawangsa segera mengajar ajaran Buddha Theravada di sekitar negara Sukhothai. Baginda membuat janji akan membantu setakat mampu dan memberi kemudahan supaya para bhikkhu tidak mengalami kesulitan menyebar ajaran. Melalui batu bersurat, para bhikkhu Langkawangsa yang masuk ke tanah besar dari Nakhorn Seri Thammarat, baginda raja Ramakhamhaeng belajar kitab Buddha dan belajar akhlak sang Buddha. Baginda sendiri mengajarkan rakyat baginda melalui contoh diri baginda.

Kemunculan budaya Seri Langka ini disokong oleh raja Sukhothai. Tapi lepas itu budaya ini mula jatuh akibat perkembangan aliran Buddha Mahayana. Hal ini terjadi disebabkan oleh masalah hukum ajaran dan juga amalan-amalan kebiaraan yang besar bezanya. Ajaran Theravada tempatan yang sebelum ini dianuti tak begitu berbeza dari segi semangat dan amalannya telah diserap masuk dalam kebudayaan baru dari Seri Langka.

Pergerakan ini penting dan lama pengaruhnya dalam amalan ajaran Buddha dari masa itu sampai ke zaman moden ini. Bukti yang jelas dilihat hari ini adalah dalam upacara Uposatha, atau boleh dilihat pada gedung keagamaan di arama di wihara. Dalam wangsa Sukhothai dan wangsa Chakri (hari ini), akan kelihatan dua tiga bijik batu yang menjadi penanda dekat kawasan bumbung batu melengkung. Kemungkinannya adalah untuk membahagikan kawasan bhikkhu Seri Langka beramal dalam sempadan tersebut. Batu sempadan yang tak dibangunkan dengan betul menurut adat-istiadat keagamaan dibina menurut kepercayaan tempatan dan piawaian sendiri. Tapi dari sini dapat lah kita lihat bahawa betapa mendalamnya pengaruh kebudayaan Langkawangsa dalam ajaran Buddha dan istiadat kebiaraan di Siam hari ini hasil dari hubungan lampau.

Ringkasan Permulaan Siam

Nanti dapat lah kita lihat pula kerajaan Thai klasik... Bermulanya nama Siam adalah dari kerajaan Seri Ayuttaya di tengah Siam. Ada kekeliruan dalam sejarah sebab orang ingat Siam sebenarnya nama lama. Ia sebenarnya nama sebuah empayar pada kurun ke-13 masehi. Negara Sukhothai dan negara Nakorn Seri Thammarat dua-dua ini sebenarnya sekutu walaupun bangsa berlainan. Nakorn Seri Tammarat negara bangsa Melayu, agama yang sama iaitu agama Buddha. Orang Siam Malaysia di Utara sebenarnya sama keturunan dengan orang Melayu Islam tapi sebab agama Buddha maka dia tak buleh jadi Melayu ikut perlembagaan, hahahaha.   

Abad ke-13 M nanti bermula zaman klasik... Seri Ayuttaya (Siam) akan takluk Sukhothai. Bila Sukhothai masuk ke Seri Ayuttaya dia jadi dinasti Utara. Nakorn Seri Tammarat jadi dinasti Selatan. Nanti ada kisah Patani menganut Islam. Yang negara-negara lain di sebelah Selatan ada tak mboh masuk Islam maka depa mula berkelahi.

      

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan