Nah buat darshan tambah bunn, hahaha
Zaman Sukhothai
Abad ke-18 tahun Saka, empayar Angkor Kemboja yang menguasai daratan mula hilang taring. Hal ini memberikan peluang kepada puak-puak Thai mengisytiharkan kemerdekaan dan membangunkan negara mereka sendiri. Tahun Saka ke-18 lebih kurang abad Masihi ke-12.
Bawah pimpinan Po Khun Seri Indraditya dan Ban Muang mereka bangkit. Satu sebab lagi depa ni bangkit adalah disebabkan oleh kaum wanita depa sering kena culik dan dianiaya orang Kemboja. Jadi melalui Po Khun Indraditya ini depa dapat bebas dan juga dapat jadi sebuah negara merdeka pulak. Orang Sukhothai menganut ajaran Buddha aliran Theravada dan jugak ada yang menganut aliran Mahayana. Orang sebelah timur laut dan belah Nakorn Seri Tammarat tak masuk bawah jajahan negara Sukhothai pun. Nakon Seri Tammarat ni Ligor lah. Depa ni tetap lah kekal dengan ajaran Buddha aliran Theravada.
Semasa pemerintahan raja Ramakhamhaeng, raja ketiga negara Sukhothai, pengaruh negara ini mula merebak meluas sampai ke utara sejauh Luang Phrabang di Laos hari ini dan ke selatan sejauh utara Segenting Kera dekat Semenanjung Tanah Melayu. Di timur sana sempadan dengan sungai Mekong, dan di barat pun mereka berjaya menawan seluruh negara orang Mon (orang asli).
Kuasa Seriwijaya di selatan pun mula berkurangan. Hal ni disebabkan oleh orang Thai menekan mereka di sebelah utara dan orang Jawa menekan mereka dari sebelah empayar mereka jauh di sebelah selatan. Seperti sebelumnya juga, aliran Mahayana Mantrayana dalam kawasan Segenting Kera hasil sebaran orang Melayu Seriwijaya serta orang Kemboja mula jatuh. Aliran Theravada mula naik seri semula dalam kalangan orang awam. Seriwijaya dan Angkor Kemboja yang sama-sama naik kuasa mula juga sama-sama jatuh. Ketika itu juga, aliran Buddha Theravada budaya acuan Langkawangsa disebarluas oleh raja Ramakhamhaeng dari negara Sukhothai.
Ajaran Buddha aliran Theravada dari Seri Langka mula menggantikan tempat aliran Theravada tempatan dan aliran Mahayana. Bahasa Sansekrit yang digunakan oleh penganut Buddha Mahayana mula digantikan dengan bahasa Bali yang digunakan oleh penganut Buddha aliran Theravada Langkawangsa. Pengajian bahasa Bali mendapat tempat di seluruh tempat di daratan. Ramai raja negara Sukhothai sendiri yang mahir bahasa Bali seperti Phraya Lithai. Baginda ini berpengalaman dalam pengajian ajaran Buddha dan hidup menurut ajaran Buddha aliran Theravada. Baginda juga menjelaskan lagi pengajian ajaran Buddha dalam kitab dipanggil sebagai Tribhumi Phra Ruang. Kitab ini merupakan antara manuskrip awal ajaran Buddha Theravada dalam negara orang Thai di daratan. Indeks dan bibliografinya memberi maklumat kajian mendalam yang telah dijalankan oleh para pengkaji ajaran Buddha pada masa itu dan Phraya Lithai merupakan salah seorang darinya. Ini satu contoh lah mengenai bagaimana perkembangan ajaran Buddha berkembang dalam bentuk amalan dan kajian.
Satu batu besurat sekitar tahun Saka 1835 dari zaman raja Ramakhamhaeng menyatakan bahawa susunan biara Seri Langka turut digunapakai di negara Sukhothai dan kawasan yang terkena pengaruh mandalanya. Batu besurat tahun 1904 Saka pulak dari zaman raja Lithai menyatakan bahawa Phra Po dari Seri Langka, Mahaswamaa dijemput menjadi bhikkhu diraja Sukhothai bagi jabatan Mahasangha Raja. Zaman ini juga ada mencatatkan pembahagian bhikkhu kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Gamawasam yang tinggal sama-sama dalam biara di pekan-pekan atau di kampung serta kumpulan Arannyawasam yang tinggal seorang diri dalam hutan bertapa. Yang di hutan tu kita panggil Chao Phanawa.
Pembahagian kumpulan bhikkhu ni adalah disebabkan oleh dua ciri yang wujud dalam pengajian kitab Buddha. Ciri-cirinya adalah:
1. Ganthadura ertinya urusan pembelajaran atau menadah kitab.
2.Wipassanaadhura ertinya urusan pengamalan atau tapa bagi membangunkan pemandangan dari dalam diri.
Secara resminya dua-dua kumpulan bhikkhu ni nampak tak terpisah pun dan depa ni buleh dilihat di mana-mana sahaja sampai ke hari ini. Dalam zaman Sukhothai ini, ajaran Buddha memainkan peranan yang utama jugak dalam menjadi asas kepada kebudayaan, seni bina, dan juga pembinaan rupa berhala Buddha. Setengah bukti dapat dilihat dalam hasil kerja tangan menosia yang terpapar pada rupa-rupa Buddha yang dipanggil sebagai Jinaraja di Biara Besar Sukhothai di Phitsanulok dalam 400 kilo dari kotaraya Bangkok dan Jinaseri di Biara Pawarawinesak di Bangkok.
Bintang kerajaan Sukhothai bersinar lah selama 120 tahun lebih kurangnya dan kemudian ia mula jatuh apabila ia ditakluki oleh kerajaan Seri Ayuttaya atau kerajaan Siam dari wilayah tengah.
Zaman Chiangmai
Sementara satu puak Thai membangunkan negara iaitu kerajaan Sukhothai dekat-dekat sungai Chao Phraya sana, satu lagi puak Thai di sebelah tanah tinggi barat daya dipanggil sebagai Lanna pula berjaya menyepak keluar pengaruh orang Mon dari sungai Ping.
Hal ini terjadi semasa abad ke-19 tahun Saka kira-kira dalam abad ke-13 masihi. Raja Mengrai dari dinasti Cheang San telah mengalahkan raja Ye Ba dari negara orang Mon dekat bandar Lamphun di utara Thailand hari ini. Raja Mengrai lantas membangunkan ibu kota di Chiangmai. Pada ketika itu, ajaran Buddha Langkawangsa dari Seri Langka telah pun bersinar dalam negeri-negeri orang Mon dan juga di negara Sukhothai. Pengaruh ajaran Buddha aliran Theravada Langkawangsa tersebar sampai sebelah tanah tinggi barat daya namun tidak begitu berjaya bertapak kukuh di situ.
Dalam abad ke-20 tahun Saka, kira-kira dalam abad ke-14 masihi, melalui perisytiharan diraja oleh raja Kue Na, beberapa orang bhikku Langkawangsa dari Moulmein (Mortama) dan juga dari Sukhothai dijemput datang ke Chiangmai yang letaknya kira-kira 750 kilo dari Bangkok bagi tujuan menjelaskan hal-hal ajaran agama.
Dari bhikkhu-bhikkhu ini, ada pengikut seorang bernama Ananda dari kota Mortama dalam negara orang Mon dan juga Sumana dari negara Sukhothai masuk ke Chiangmai. Dalam tahun 2020 saka, bawah barami raja Tilokaraja ke-30 dari wangsa Chiangmai dan kepimpinan Dharmmadinnathera yang memantau Majelis Para Bhikkhu yang berlangsung selama setahun itu mengadakan perjumpaan di Mahabodhiwangsa Wihara.
Umumnya, ia merupakan majelis terawal yang diadakan dalam kawasan pra-Siam yang mengimbas semula pengajian berterusan ajaran Buddha pada ketika itu. Satu timbunan kitab Bali dikumpulkan semula oleh para Thera dikurnia kepada barangsiapa yang ingin terus mendalami kajian dalam bahasa Bali dan ajaran Buddha.
Antara kitab-kitab dalam kumpulan yang disediakan adalah:
1. Abidhammayojanaa
2. Malakaccayaanayojana
3. Vinayayojana
4. Wessantaradampanam
5. Mangalatthadampanam
Dalam abad ke-22 tahun Saka, Chiangmai dihentam oleh tentera Burma dan dari ketika itu, ia mula menjadi kota yang menyedihkan. Ia diserang dan dirobek oleh dua kuasa iaitu kuasa Burma dan kuasa Siam (Sri Ayuttayawangsa) yang tengah naik dari sebelah selatannya.
Negara-negara orang Thai di sebelah utara sebenarnya kena hentam dengan negara orang Siam. Selepas itu, negara mereka kena serap masuk dalam empayar Siam. Mereka cuma menjadi wangsa (dinasti) utara sahaja dalam empayar sama macam wangsa selatan iaitu negeri-negeri orang Melayu. Kalau mereka berjaya lawan dengan kuasa pusat baharu mereka boleh menjadi wangsa pemerintah. Abad ke-17 masihi, Patani pernah cuba hentam kuasa pusat tetapi tidak jayanya. Kalau jayanya maka Patani lah jadi kuasa pusat. Gitu lah ceriteranya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan