Jalan Khaosan
Selingan sat na. Baru-baru ni ada kejadian letupan di Bangkok rasanya dekat kedutaan Israel dekat situ oleh puak Iran. Aku paling menyampah menatang-menatang takda kerja sebegini. Seronok noh tengok darah menitik-nitik mengalir merata-rata. Bongok punya menatang...
Sejarah
Dari insiden ini, diketahui bahawa negara Thailand ada mempunyai mesarakat Yahudi di ibu kota dan beberapa kota lain dalam wilayah-wilayah Thailand. Sebenarnya lama sudah lah, mesarakat Yahudi berada di wilayah Siam sekitar dalam abad ke-17 lagi dengan ketibaan keluarga-keluarga pelarian dan pedagang Yahudi dari Baghdad.
Baru-baru ini sahaja, ketibaan pendatang baru Yahudi yang terdiri daripada keturunan orang Yahudi Barat atau disebut sebagai Ashkhenazi sama ada pelarian dari Russia atau dari Kesatuan Soviet. Ada juga yang menyebut bahawa orang Yahudi Parsi pernah juga lari ke Thailand dalam tahun 1970-an sampai tahun 1980-an bagi mengelakkan penindasan di Iran.
Kebanyakan penduduk Yahudi dalam Thailand, kurang daripada 1000 orang duduk di Bangkok utamanya di jalan Khaosan dan kawasan dekat-dekatnya. Ada juga rumah ibadat Yahudi kecil-kecil di Phuket, Chiang Mai, dan Koh Samui. Dalam perayaan agama orang Yahudi, bilangan orang Yahudi akan meningkat ke beberapa ribu orang sebab dicampur dengan orang Yahudi dari Israel dan Amerika Serikat yang bercuti ke Thailand.
Atas permintaan dua rumah ibadat di Bangkok iaitu Bayt Elisheva dan Even Chen, seorang Rabbi iaitu Yusuf Khaym dilantik sebagai Rabbi pertama di Bangkok pada tahun 1993. Beliau ini sudah berada di Thailand sejak 1993 apabila Persatuan Yahudi Thailand ditubuhkan dan merupakan seorang ahli pergerakan tasawuf Yahudi Barat iaitu Khabad. Kemudian beliau dibantu oleh Rabbi Nekhemiyah Wilhelm yang juga dari pergerakan Khabad pada 1995.
Atas permintaan dua rumah ibadat di Bangkok iaitu Bayt Elisheva dan Even Chen, seorang Rabbi iaitu Yusuf Khaym dilantik sebagai Rabbi pertama di Bangkok pada tahun 1993. Beliau ini sudah berada di Thailand sejak 1993 apabila Persatuan Yahudi Thailand ditubuhkan dan merupakan seorang ahli pergerakan tasawuf Yahudi Barat iaitu Khabad. Kemudian beliau dibantu oleh Rabbi Nekhemiyah Wilhelm yang juga dari pergerakan Khabad pada 1995.
Pergerakan Khabad di Thailand
Di Bangkok ada markaz Khabad yang memberi perkhidmatan kepada pelancong Israel muda. Ia merupakan pusat penting semasa peristiwa tsunami 2004. Pusat ini menyediakan makanan hari Sabtu bagi ratusan pelancong dan pengembara Yahudi setiap minggu, dan juga ramai lagi ke situ semasa hari Paskah.
Pendidikan Keagamaan Yahudi
Masa kini, ada banyak jenis pusat pendidikan Yahudi di Bangkok. Dari taman didikan kanak-kanak sampai sekolah tinggi termasuklah madrasah Yahudi Ortodoks iaitu Yeshiva. Lepas bertahun-tahun memohon dan kerjanya ditolak sahaja oleh kerajaan, maka baru-baru ini sahaja kerajaan Thailand membenarkan pembukaan tanah perkuburan orang Yahudi secara resmi.
Penutup
Jadi ini sedikit sebanyak mengenai mesarakat-mesarakat yang wujud dalam negara Thailand kita untuk pengenalan kepada kemasarakatan dalam negara Thailand. Orang sebelah pantai Barat di Thailand sebenarnya berotak terbukak jika dibandingkan dengan sebelah ulu (pantai Timur). Kami peduli apa bab agama ka apa pun jangan dok buat tahik menyusah orang sudah... Angpa nak idup lagumana pom suka hati hangpa lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan