Ahad, 12 Januari 2014

Mulut Anjing Cabar Hantu



Wayang baru lepas tahun lepas tahun 2010.... Nak haram la aku tak tengok lagi, wakaka....

 

Tajuk dia lebih kurang bunyi มอ 6/5 ปากหมา ท้าผี Mɔ Hɔk Tab Ha Pak Ma Tha Phi. Aku tak tahu lah signifikasi Mɔ. 6/5 tu apa tapi berikutnya bermaksud "Mulut Hanjing Cabar Hantu" macam itu lah. Mulut anjing tu merujuk kepada mulut celupar. Tajuk bahasa Inggerisnya, "Make Me Shudder".

Sinopsis

Yang aku dapat cek pun ringkas saja. Menceritakan pasai budak-budak Gred 12 yang memecah masuk ke bangunan lama di sebuah sekolah yang dipercayai berhantu apabila bermulanya musim cuti.  Musim cuti budak-budak tak ada kerja jadi mula buat benda-benda merapu nak tengok setan la apa.

Ada hantu yang muncul disebabkan budak senior bunuh diri dengan terjun bangunan sebab tak lepas dalam peperiksaan nak masuk Kolej Perubatan Harvard dan seorang cikgu wanita yang kena tikam sampai mati. Dikatakan hantu-hantu ini berkeliaran di sekolah tersebut jadi ada seorang budak dalam kelompok budak-budak itu mencabar hantu-hantu itu supaya keluar kalau betul-betul wujud untuk ditendang jubog nya.

Dek kerana dicabar, hantu-hantu tersebut pun menampakkan diri mereka dan menghantui budak-budak tersebut.

Review

Aku cuma boleh kumpulkan review daripada orang lain saja sebab aku tak dan nak tengok wayang ini. Daipada laman blog Daily Dose of Horor (DDH), penulis dari Thailand yang menyumbangkan pandangan di laman tersebut menyatakan bahawa dia menyangkakan bahawa wayang arahan Poj Arnon yang menjadi orang belakang tabir wayang-wayang bersekuel Hor Taew Taek akan menghasilkan sesuatu yang gempak dari sebelumnya. OK, pandangan ini menunjukkan tahap "terhibur" dia adalah negatif....

Tapi malang sekali penulis tersebut langsung tak tergelak atau berasa takut pun semasa tayangan gambar berlangsung. Penulis berkata bahawa dia sangat bosan dan hanya melihat jamnya saja berharap agar cerita itu berakhir segera. Penulis berasa bahawa wayang tersebut sangat "murah" kerana lokasi wayang itu cuma di satu tempat sahaja sepanjang masa. Seluruh babak pula dilebarkan sampai ke tahap penulis nak muntah dan selepas 20 minit dia terasa menyampah mendengar watak utama dalam wayang itu menjerit dan merintih yang menampakkan bahawa dia buat-buat dan tak menjiwai watak. 

Bagi penulis blog DDH, wayang ini bukan sesuatu yang baru dan tak membawa sebarang pembaharuan pun. Ia kelihatan seperti cuba melalui jalan yang sama dilalui oleh wayang berjudul Pee Mak, iaitu raja kepada wayang bergenre komedi seram Thailand. Skripnya didapati terlampau memenatkan kepala otak penonton dan masa bagi menakutkan penonton tak kena. Kesan-kesan 3D murah membuatkan penonton tak selesa jadi elok lah penonton jauhkan diri saja dari tayangan pawagam bagi wayang ini kerana tak berbaloi.     

Yang positif pula mengenai wayang ini datang dari rakyat Malaysia yang menulis review tentangnya. Penulis review dari laman lingkungan blog, Krezi Kanmani Mani (KKM) menyatakan bahawa pelakon-pelakon yang memainkan watak sangat-sangat lawak. Kadangkala dia terasa kasihan dengan mereka dan kadang-kala terasa nak menjerit mengatakan, "padan muka, siapa suruh gatal sangat nak kacau benda itu" kepada budak-budak dalam wayang itu. Jalan cerita bodoh-bodoh dan sedikit-sebanyak membosankan penonton tapi pada setengah-setengah tahap itu penonton boleh menikmati lagi rasa seram yang bangang. Mungkin akan tergelak lah jugak sikit-sikit. Ada juga lah setengah penonton yang terjerit besar mungkin pada beberapa babak yang mereka rasa seram. 

Pengajaran daripada wayang gambag ini adalah mulut tu janganlah duk celupag dan janganlah duk buat benda-benda mengarut pi melawat rumah hantu lah apa mencari sakit.

Penulis blog KKM berkata bahawa kalau tak ada benda nak buat dan lapang nak bergelak tawa, silalah tonton wayang ini. Tak perlu nak susah-susah pikir panjang. Tontonilah dengan kawan anda yang gila-gila dan nikmati pemandangan penonton wayang lain yang mengerekot beberapa ketika atau cuba jangan menjerit kuat-kuat. Mungkin wayang ini tak sebagus wayang-wayang Thailand yang lain tapi boleh lah. 

Emmm.... Pandai gak aku buat copy-writing... Sapa-sapa wartawan Berita Harian ka mana-mana di majalah nak ambil copy-writer sambilan boleh lah kontek aku... Boleh dirunding... aahaha...

Jumaat, 10 Januari 2014

Selasa, 7 Januari 2014

Sistem Kerajaan Thailand


Kerajaan Thailand atau รัฐบาลไทย Rathaban Thai (Kerajaan Adiraja Thailand) merupakan kerajaan yang bersifat kesatuan yang bersatu di bawah Kerajaan Thailand.

Thailand merupakan sebuah negara beraja perlembagaan dengan sistem demokrasi berparlimen sama macam negara Malaysia sejak 1932. Negara ini sudah wujud dalam beberapa bentuk sejak kurun ke-13 M, namun negara ini muncul sebagai negara-bangsa moden selepas pengasasan wangsa Chakri dan kotaraya Bangkok pada 1782.

Revolusi 1932 mengakhiri sistem monarki mutlak dan menggantikannya dengan sistem raja berperlembagaan. Namun, dari situ sistem demokrasi (kuasa rakyat) menjadi lemah dan negara digantikan pula oleh pemerintahan regim tentera selepas rampasan kuasa. Yang terbaru rampasan kuasa tentera terjadi pada 2006. 

Dalam perlembagaan 2007 dirangka oleh majlis yang dilantik oleh tentera, namun disahkan menerusi referendum, susunan kerajaan Thailand yang kini diasaskan. Thailand mempunyai 17 Perlembagaan sampai setakat ini sebab banyak pindaan. Namun, asas bagi struktur kerajaan Thailand masih sama tak berubah. Kerajaan Thailand dibentuk daripada tiga rantingan iaitu:
  • Eksekutif
  • Perundangan
  • Mahkamah
Sistem kerajaan dimodelkan kepada sistem Westminster. Semua cawangan kerajaan bertempat di Bangkok yang menjadi ibukota Thailand.

Monarki

Maharaja Thailand kini, baginda Rama IX, Bhumibol Adulyadej merupakan pemerintah monarki yang paling lama sekali memerintah di dunia dan sudah bertakhta sejak 1946. Dua tahun sebelum pak aku lahir. Perlembagaan menyatakan bahawa walaupun kedaulatan negara berada pada tangan rakyat, tetapi maharaja yang menjalankan kuasa-kuasa menerusi tiga cawangan kerajaan Thai tersebut. 

Perlembagaan mengehadkan kuasa maharaja, tetapi maharaja masih menjadi lambang dan kepala negara terutama bagi bangsa Thai. Sebagai ketua negara, baginda mempunyai sedikit kuasa dan peranan dalam menggerakkan jentera kerajaan. Menurut perlembagaan, maharaja sebagai mahakesatria mengepalai pasukan bersenjata negara, mesti menganuti ajaran Buddha serta menjadi pelindung juga kepada semua kepercayaan agama yang diamalkan dalam negara baginda.   

Maharaja juga masih mempunyai kuasa tradisional seperti kuasa melantik waris bagi mewarisi takhta, kuasa memberi pengampunan kepada pesalah dan juga kuasa memberi perkenan diraja. Maharaja dibantu dalam tugasan baginda oleh Majlis Tindakan Sulit Thailand.

Baginda maharaja juga memegang peranan sebagai ketua bagi wangsa Chakri, keluaga diraja yang diasaskan oleh baginda Buddha Yodfa Chulaloke (Rama I) pada 1782. Pemerintah monarki dan kerabat diraja dihormati sesungguhnya oleh masyarakat Thailand. Pemerintah monarki sekarang juga mempunyai kekuasaan bagi menjaga tatasusila rakyat dan badan keagamaan. Seringkali juga menjadi penyelesai masalah politik dalam negara.

Kediaman rasmi maharaja adalah di Istana Negara, namun maharaja kini bersemayam di Istana Chitralada di Bangkok atau di istana tidak rasmi di Klai Kangwon, Hua Hin. Istana diuruskan oleh Biro Istana Diraja dan kewangan pula oleh Biro Harta Mahkota.

Pewaris takhta kini adalah Putera Mahkota, Maha Vajiralongkorn. Pewarisan takhta diuruskan menerusi akta 1924, Perundangan Warisan Istana, yang disusun oleh maharaja Vajiravudh. Perundangan Istana menurut adat Ketemenggungan iaitu hanya waris lelaki dibenarkan naik takhta dan mewarisi segala pewarisan.         

Isnin, 6 Januari 2014

Manusia Halimunan

Lama tak tempek ke lagu....Yang ni tadak dialog sekerat dua minit... Lagu terussss, enjoyyyy!!!!

 

Seronok noh jadi halimunan, tiada siapa pun tahu kita nak buat apa walaupun di depan muka depa, wakakak... Ratriii sawat, selamat malam (pagi buta dah kot)...

Dia Panggil Aku Cinta




Ha, ni kira wayang baru la jugak. Keluaran 11 Oktober 2012, dua tahun lepaih. Judul bahasa Inggeris dia tak silap bertajuk, My Name is Love. Judul bahasa Thai, เค้าเรียกผมว่าความรัก Kau Rieg Pom wa Khwam Rak. Wayang bergenre romantik komedi ini ditunjangi oleh Pai Arak Amonsupasiri dan Bo Tunyasupang. Jalan cerita dia tak rumit sangat jadi aku senang nak buat "sinopsis" untuk yang berminat. Hendak syok tengok sendiri lah pi beli pop-corn ka beli ghopok lekor sentai sambil depan laptop hangpa. Tengok kat Tiub Hang pun buleh tapi jangan duk tempek merata-rata pula. Bukan apa, untuk kemudahan penonton-penonton lain, wakaka... Takut satgi depa "remove", naya la orang lain yang tak jumpa cakera padat video dia kesian.. sobs... sobs.. 

Sinopsis 

Cerita bermula dengan watak Q dan rakan sekolah dia pakai baju sekolah macam haram bertemu dengan anak perempuan jiran dia bernama Kerr. Kerr bagi kertas lah kononnya menyatakan dia suka kat abang Q sebelah rumah dia itu. Kemudian Q ambil surat tersebut dan mencoretkan sesuatu. Rupanya dia mencoretkan sesuatu yang menyakiti hati budak perempuan tersebut. Budak perempuan tersebut menangis teresak-esak sebab dikeji sebagai gadis perut berlipat tiga (gemok) oleh budak jantan yang digilainya itu. Budak perempuan itu kata, "hang ingat baik-baik sikit na! Bila aku dah besag nanti walaupun hang telanjang depan aku pun aku tak lapag berahi kat hang dah!". Babak tersebut berakhir dengan Q jirus ayag kat budak perempuan malang tersebut sampai dia lari dan Q bergelak sakan dengan kawan dia.

Babak kedua bermula dengan Q dah besar dah, Kerr pun dah besar. Kerr masuk universiti jadi gadis popular kegilaan ramai. Q pulak jadi salesman untuk syarikat jual mesin pam ayag berjenama, Super Sucker. Sebab Kerr sudah besar lah tak gemuk macam dia kecil lagi, dia sudah jadi cun lah daripada masa dia kecil dulu. Jadi, Q pun sama macam jantan-jantan lain tergila-gilakan Kerr. Tapi, Kerr sentiasa duk ingat perbuatan Q yang nakal dan jahat itu semasa dia kecil dulu. Maka dia pun tidak mau melayan Q. Suatu hari, Q sedang melayari Facebook sambil skodeng pi skodeng mai laman sosial tersebut melihat gambar-gambar selfie Kerr tiba-tiba keluar tetingkap yang tak boleh dipadam dari monitor komputer Q. Sebab tak boleh dipadamkan dan tetingkap tersebut mendesak Q supaya menyertainya maka Q pun mengisi sahaja maklumat peribadinya dalam borang atas talian. Dia tidak baca syarat-syarat sebelum mengisi borang dalam talian tersebut sebab terlalu bosan. Esok paginya dia pergi kerja macam biasa dan dituduh datang lambat melebihi lima minit oleh bos syarikat dia. Bos syarikat dia bernama Big. Kebetulan bos dia itu adalah junior Q masa di sekolah. Selalu Q suka duk perdajey (kenakan) dia. Big berhenti sekolah selepas dimalukan apabila dia terjatuh dalam air dan belalai dia dinyonyot oleh ikan bandaraya, lol. Dari situ dia dapat idea untuk buat mesin pam ayag berjenama, Super Sucker.     

Babak ketiga, dalam tren di kotaraya, Q didatangi seorang lelaki gempal. Lelaki tersebut memberikan dia buku nota senarai tugasan sebagai "Cupid" atau "Kama Deva" (Kama Thep). Dia tidak paham keadaan tersebut dan cuba melarikan diri tapi tetap dikejar. Kemudian dia terjumpa Cupid lain pula. Disebabkan Q sudah menjadi Cupid, jadi dia tidak boleh menyebut perkataan "cinta" untuk dirinya sendiri serta tidak boleh mengakui dirinya sebagai Cupid dalam misi menyatukan pasangan supaya bercinta. Kebanyakan misi Q tidak berjaya dan kelam-kabut belaka. Lalu, ketua Cupid menghantar konsultan yang lebih senior sebagai mentor untuknya kerana rakan Cupid nya yang sebelum itu tak boleh pakai juga walaupun seorang senior.

Babak keempat ini aku skip lah tak larat woo nak taip. Aku lena sayup cek semata-mata nak buat sinopsis bodo-bodo ini. Yang ini agak pelik sedikit sebab kes yang Q kena uruskan ini adalah percintaan antara seorang polis lelaki yang menguruskan kes dadah samseng bandaraya dalam pakaian preman bernama abang Raab. Rupanya baru diketahui abang Raab yang akan dijodohkan tersebut sebenarnya seorang "gay" sebab mereka tidak periksa dulu buku nota tersebut betul-betul, lol. Dia jatuh hati kepada seorang penjaga kedai bernama, Mor. Mor itu seorang lelaki, bukannya perempuan. Raab berasa takut untuk menyatakan perasaannya kepada penjaga kedai tersebut kerana dia bimbang nanti persahabatannya itu akan hancur dan terus lelaki itu tidak mau berkawan dengannya. Q berleter kepada abang Raab bila abang Raab berputus asas dengan menyatakan bahawa ramai orang tak mampu hendak melafazkan kata "aku cinta pada engkau" jadi abang Raab mestilah ambil risiko mengucapkan juga kata-kata tersebut walaupun tidak mengetahui sama ada dia akan hidup lagi pada keesokan harinya atau perhubungannya itu akan kekal atau tidak dengan orang yang dicintai. Misi Q yang itu berjaya pula, hahaha....

Babak kelima, misi terakhir Q adalah merapatkan kawannya sendiri Jo dengan rakan sepejabat mereka, Miew. Tapi Miew kebetulannya berhenti kerja dan masuk kerja di tempat lain pula. Bila Jo mengakui perasaannya kepada Miew, tiba-tiba Miew pula sudah ada boyfriend. Kemudian, mentor Q pula kehilangan Tablet Cupidnya. Rupanya Tablet Cupid tersebut dicuri oleh Q sebab dalam tablet tersebut dituliskan bos Q yang bernama Big itu dijodohkan dengan orang yang dicintainya, Kerr.

Q kemudian cuba menyatakan isi hatinya kepada Kerr di lokasi pengambaran iklan Super Sucker. Waktu itu Q memakai kostum ikan maskot Super Sucker. Tapi setiap kali cuba menyatakan isi hatinya, mulutnya mengeluarkan perkataan-perkataan lucah seperti hendak memegang payudara Kerr, hendak menyembam dalam payudara Kerr, hendak mencium spentot Kerr atau terkena penyakit kelamin disebabkan terhalang oleh kedudukannya sebagai Cupid.

Penghabis dia hangpa tengok sniri lah tak larat dah aihhhh.... Aku cuma nak kata aku lemaih perot tengok rambut watak Q tu, rambut panjang sama macam rambut Kerr. Lagi satu stail wayang kita dah jadi macam wayang Jepun la pulak. Tengok wayang Korea wayang Jepun pun, wayang Siam tethaaaap di hati... muahahahaa.... Propa tak tersanggah... Rindu la kat Krungthep Maha Nakorn (Bangkok)... Adui la..... Adui la.....

Protes 2013: Latarbelakang


Kerajaan bawah pimpinan Yingluck Shinawatra berkuasa dalam pilihanraya pilihanraya-pilihanraya 2011, dan parti Pheu Thai memenangi kebanyakan kerusi dalam Parlimen. Yingluck merupakan adik kepada bekas perdana menteri Thailand, Thaksin dan parti tesebut sangat rapat perkaitannya dengan beliau.

Thaksin ditendang dalam penggulingan kuasa tahun 2006 dan hidup di dalam buangan bagi mengelakkan pertuduhan rasuah tahun 2008. Beliau walau bagaimanapun masih lagi mendapat sokongan orang-orang pedalaman dan orang miskin di bandaraya. Beliau masih lagi dilihat sebagai seorang tokoh pemecahbelah masyarakat dengan golongan elit bandaraya serta orang kelas pertengahan tidak suka akan beliau. Protes oleh penentang beliau, "Baju Kuning" dipelopori oleh Demokrasi untuk Perikatan Rakyat, dan penyokong beliau pula, "Baju Merah" dikepalai oleh Barisan Bersatu Menentang Kuku Besi (UDD), selalu sahaja bertempur sampai berdarah-darah terutamanya pada Mei 2010 apabila hampir 90 orang mati disebabkan oleh campur tangan tentera yang menghentam penunjuk perasaan Baju Merah yang menentang kerajaan diketuai oleh Abhisit Vejjajiva. 

Beberapa cadangan pengampunan dan pemindaan perlembagaan panas sekali didebatkan di Rumah Perwakilan (Parlimen) ketika Yingluck menjadi perdana menteri. Kebanyakannya dilihat sebagai menyebelahi Thaksin dan ditolak oleh parti Demokrat. Pada Ogos 2013, majoriti ahli parlimen yang dibentuk oleh ahli parti Pheu Thai meluluskan selepas bacaan pertama, draf yang dicadangkan oleh ahli parlimen dari parti Pheu Thai dan aktivis UDD, Vorachai Hema.

Protes jalanan menuju ke sesi parlimen yang diadakan oleh puak anti-Thaksin menggelarkan diri mereka sebagai Kuasa Rakyat Demokrasi Menggulingkan Thaksinisme (Pefot), bersama dengan parti Demokrat, namun mereka gagal mencapai halaju yang diperlukan. Cadangan Pengampunan diserahkan kepada jawatankuasa peneliti seramai 35 orang, selepas itu dipulangkan semula ke Rumah Perwakilan bagi bacaan kedua dan ketiga.  

Jawatankuasa tersebut menghantar semula draf yang sudah disemak pada 18 Oktober. Cadangan pengampunan tersebut, dalam bentuk asalnya ditujukan bagi mengisytiharkan penunjuk perasaan dalam kalangan orang awam tidak bersalah tetapi mengecualikan pemimpin kerajaan dan pihak tentera, diperkembangkan lagi selanjutnya menjadi "pengampunan berselimut" yang meliputi tempoh 2004-2013. Keadaan ini turut memasukkan sekali pertuduhan-pertuduhan menentang Thaksin, serta pertuduhan membunuh yang dibuat terhadap pemimpin-pemimpin parti Demokrat seperti Abhisit Vejjajijva dan Suthep Taugsuban berkenaan peranan mereka dalam kekacauan tahun 2010.

Sabtu, 4 Januari 2014

Protes Anti-Kerajaan 2013: Rentetan Peristiwa


Baru-baru ini berlaku protes pula di kotaraya Bangkok bermula awal November 2013. Selepas tiga tahun keadaan aman-aman saja, berlaku pula tunjuk perasaan yang menentang pentadbiran perdana menteri, Yingluck Shinawatra. Tindakan ini dipacu oleh geran pengampunan awam yang mungkin mengampunkan dan membawa kepada kepulangan bekas perdana menteri dalam buangan, Thaksin Shinawatra secara senyap-senyap.

Geran pengampunan tersebut dilepaskan oleh parti Pheu Thai yang menguasai Rumah Perwakilan pada 1 November, dan menyebabkan timbulnya bantahan dari kedua-dua parti Demokrat dan pergerakan pro-kerajaan, Gerakan Baju Merah. Geran tersebut ditolak oleh Senat pada 11 November, namun tunjuk perasaan, diketuai oleh bekas ahli parlimen dari parti Demokrat, Suthep Thaugsuban, perlahan-lahan berkembang menjadi agenda anti-kerajaan. 

Pada 20 November, Mahkamah Perlembagaan mengeluarkan rang undang-undang yang menyatakan bahawa pemindaan perlembagaan tahun 2007 sebagai tidak sah. Pemindaan tersebut mungkin merubah Senat dari badan separa lantikan kepada badan undian sepenuhnya. Parti Pheu Thai menolak rang undang-undang tersebut dan mendakwa bahawa mahkamah tidak adil terhadap kes tersebut. Protes anti-kerajaan mula berkembang pada minggu berikutnya. Keadaan ini menimbulkan juga protes lain dari pihak penyokong kerajaan yang melawan protes anti-kerajaan.

Pada 25 Nov, penunjuk perasaan anti-kerajaan dipimpin Thaugsuban mula mengelilingi dan bergerak masuk ke beberapa pejabat kerajaan dan meminta supaya jabatan-jabatan kerajaan agar tutup dan jangan bekerjasama dengan kerajaan parti Pheu Thai. Mereka walau bagaimanapun tidak bertindak dengan kekerasan, sampailah berlakunya pergelutan antara penunjuk perasaan anti-kerajaan dengan penunjuk perasaan pro-kerajaan pada 30 November. 

Pada 1 Disember, empat orang mati dan 57 cedera. Perkembangan tunjuk perasaan pada 1 Disember menyaksikan dua hari pertembungan antara penunjuk perasaan anti-kerajaan dengan pihak polis. Pihak polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menghalau penunjuk perasaan yang cuba untuk memecah masuk ke Rumah Kerajaan. Dilaporkan seramai 119 orang tercedera.

Pada 3 Disember, pihak polis membuang penghadang dan membenarkan penunjuk perasaan masuk ke tapak Rumah Kerajaan, sekaligus mengurangkan ketegangan untuk sementara waktu. Keadaan ini bertujuan bagi kedua-dua pihak merayakan hari kelahiran baginda maharaja, walaupun penunjuk perasaan mengumumkan bahawa mereka akan terus berarak supaya "Thaksinokrasi" dihapuskan terus dari pemandangan politik Thailand.

Para penjunjuk perasaan juga bersumpah akan berjuang sehingga ke "medan terakhir" pada 9 Disember. Hari berikutnya, semua 153 ahli parlimen dari parti Demokrat meletak jawatan sekaligus meletakkan lagi tekanan besar kepada kerajaan. Pada pagi 9 Disember, perdana menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mengumumkan pembubaran Rumah Perwakilan (Parlimen), sekaligus menandakan pilihanraya umum akan berlaku pada 2 Februari 2014 ini.

Jumaat, 3 Januari 2014

Nong dan Theng, Samseng Bukit Emas.

Sawaddikrap!!

Lama sunggoh aih kita tidak memantau kemari. Dalam masa empat bulan ini, banyak sungguh perkara terjadi. Isu dunia baru-baru ini, Thailand pula bergolak apabila Suthep Thaugsuban yang merupakan bekas ahli parlimen mewakili wilayah Surat Thani (negeri selatan Thailand) di Bangkok memulakan protes pada 11 Disember 2013 yang meminta rakyat supaya tidak bekerjasama dengan perkhidmatan awam negara selepas meletakkan jawatan. 

Isu di Malaysia pula adalah mengenai polemik kenaikan harga barangan, spekulasi mengenai GST, banjir teruk di Pahang dan sebagainya. Isu dalam hidup aku pun tak beres-beres lagi. Jadi aku tengok wayang sahaja setiap malam bagi menghilangkan tekanan hidup...


 

Tajuk di atas masukan itu sebenarnya berbunyi โหน่งเท่งนักเลงภูเขาทอง Nong Theng Nak Leng Phukhau Thong bermaksud Nong dan Theng, Samseng Bukit Emas. Wayang gambar ini dikeluarkan pada tahun 2006 dan aku baru nak tontonnya pun. Genre wayang ini, komedi lah tonton sambil bergelak tawa sambil hentam ayaq kopi. Tonggak utama dia Pongsak Pongsuvan dan Chusak Eamsuk. Edaran wayang oleh Sahamongkol Antarabangsa.

Sinopsis

Pada tahun 1920-an, Bun Theng seorang pemain wayang bangsawan Likey menghadapi kemungkinan yang kesenian ini akan mati apabila dia dan keluarganya diancam untuk dihalau keluar dari kawasan persembahan mereka oleh seorang ahli perniagaan. Ahli perniagaan tersebut mahu membina panggung wayang atas tapak pementasan wayang Likey Bun Theng. 

Dalam pada itu, penggambaran untuk wayang Hollywood pertama, Miss Suwanna of Siam, dijalankan di Thailand. Melihat wayang Barat tersebut mempunyai kesan yang merosakkan kepada budaya Siam tradisional, Bun Theng dengan bantuan rakan samsengnya, Ai Nong, cuba untuk merosakkan penggambaran wayang tersebut di samping mengelakkan keluarganya daripada dihalau dari tapak pementasan yang sudah mendarah daging dalam diri mereka.  


Untuk makluman para pengunjung yang dihormati sekelian, wayang bangsawan Likey ini terkenal di sebelah negeri selatan Thailand terutamanya di Phuket. Asal-usul wayang bangsawan ini kemungkinannya dari wayang bangsawan Hindu yang masuk melalui Utara Tanah Melayu sekitar kurun ke-19 M. Perkataan Likey itu dikatakan berasal dari bahasa Melayu, iaitu Dikir atau Jikey dalam loghat bahasa Melayu Perlis. Kesenian yang diangkat masuk dalam layar kebangsaan sebenarnya membanggakan kita semua orang Selatan Thailand walaupun kita duduk dalam rantau negara lain kerana kita berkongsi kebudayaan juga sesama sendiri. 


Barisan Pelakon

Pongsak Pongsuvan sebagai Bun Theng
Chusak Eamsuk sebagai Ai Nong
Isari Songcharern sebagai Linchi

Jadi, ini adalah antara wayang cadangan aku lah kepada tuan-tuan dan puan-puan. Ada banyak lagi sebenarnya wayang gambar yang aku hendak cadangkan bagi yang belum pernah menonton. Yang bagusnya itu adalah kita dapat berkongsi idea daripada wayang-wayang ini semua walaupun tak terkenal macam wayang Hollywood atau wayang Barat. Menarik itu dari segi sinematografi lah. Cara dan sudut gambar-gambar dirakamkan pun memainkan peranan penting dalam sesuatu wayang. Ciri ini pun menarik perhatian penonton.