Selasa, 7 Januari 2014

Sistem Kerajaan Thailand


Kerajaan Thailand atau รัฐบาลไทย Rathaban Thai (Kerajaan Adiraja Thailand) merupakan kerajaan yang bersifat kesatuan yang bersatu di bawah Kerajaan Thailand.

Thailand merupakan sebuah negara beraja perlembagaan dengan sistem demokrasi berparlimen sama macam negara Malaysia sejak 1932. Negara ini sudah wujud dalam beberapa bentuk sejak kurun ke-13 M, namun negara ini muncul sebagai negara-bangsa moden selepas pengasasan wangsa Chakri dan kotaraya Bangkok pada 1782.

Revolusi 1932 mengakhiri sistem monarki mutlak dan menggantikannya dengan sistem raja berperlembagaan. Namun, dari situ sistem demokrasi (kuasa rakyat) menjadi lemah dan negara digantikan pula oleh pemerintahan regim tentera selepas rampasan kuasa. Yang terbaru rampasan kuasa tentera terjadi pada 2006. 

Dalam perlembagaan 2007 dirangka oleh majlis yang dilantik oleh tentera, namun disahkan menerusi referendum, susunan kerajaan Thailand yang kini diasaskan. Thailand mempunyai 17 Perlembagaan sampai setakat ini sebab banyak pindaan. Namun, asas bagi struktur kerajaan Thailand masih sama tak berubah. Kerajaan Thailand dibentuk daripada tiga rantingan iaitu:
  • Eksekutif
  • Perundangan
  • Mahkamah
Sistem kerajaan dimodelkan kepada sistem Westminster. Semua cawangan kerajaan bertempat di Bangkok yang menjadi ibukota Thailand.

Monarki

Maharaja Thailand kini, baginda Rama IX, Bhumibol Adulyadej merupakan pemerintah monarki yang paling lama sekali memerintah di dunia dan sudah bertakhta sejak 1946. Dua tahun sebelum pak aku lahir. Perlembagaan menyatakan bahawa walaupun kedaulatan negara berada pada tangan rakyat, tetapi maharaja yang menjalankan kuasa-kuasa menerusi tiga cawangan kerajaan Thai tersebut. 

Perlembagaan mengehadkan kuasa maharaja, tetapi maharaja masih menjadi lambang dan kepala negara terutama bagi bangsa Thai. Sebagai ketua negara, baginda mempunyai sedikit kuasa dan peranan dalam menggerakkan jentera kerajaan. Menurut perlembagaan, maharaja sebagai mahakesatria mengepalai pasukan bersenjata negara, mesti menganuti ajaran Buddha serta menjadi pelindung juga kepada semua kepercayaan agama yang diamalkan dalam negara baginda.   

Maharaja juga masih mempunyai kuasa tradisional seperti kuasa melantik waris bagi mewarisi takhta, kuasa memberi pengampunan kepada pesalah dan juga kuasa memberi perkenan diraja. Maharaja dibantu dalam tugasan baginda oleh Majlis Tindakan Sulit Thailand.

Baginda maharaja juga memegang peranan sebagai ketua bagi wangsa Chakri, keluaga diraja yang diasaskan oleh baginda Buddha Yodfa Chulaloke (Rama I) pada 1782. Pemerintah monarki dan kerabat diraja dihormati sesungguhnya oleh masyarakat Thailand. Pemerintah monarki sekarang juga mempunyai kekuasaan bagi menjaga tatasusila rakyat dan badan keagamaan. Seringkali juga menjadi penyelesai masalah politik dalam negara.

Kediaman rasmi maharaja adalah di Istana Negara, namun maharaja kini bersemayam di Istana Chitralada di Bangkok atau di istana tidak rasmi di Klai Kangwon, Hua Hin. Istana diuruskan oleh Biro Istana Diraja dan kewangan pula oleh Biro Harta Mahkota.

Pewaris takhta kini adalah Putera Mahkota, Maha Vajiralongkorn. Pewarisan takhta diuruskan menerusi akta 1924, Perundangan Warisan Istana, yang disusun oleh maharaja Vajiravudh. Perundangan Istana menurut adat Ketemenggungan iaitu hanya waris lelaki dibenarkan naik takhta dan mewarisi segala pewarisan.         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan