Ahad, 12 Januari 2014

Mulut Anjing Cabar Hantu



Wayang baru lepas tahun lepas tahun 2010.... Nak haram la aku tak tengok lagi, wakaka....

 

Tajuk dia lebih kurang bunyi มอ 6/5 ปากหมา ท้าผี Mɔ Hɔk Tab Ha Pak Ma Tha Phi. Aku tak tahu lah signifikasi Mɔ. 6/5 tu apa tapi berikutnya bermaksud "Mulut Hanjing Cabar Hantu" macam itu lah. Mulut anjing tu merujuk kepada mulut celupar. Tajuk bahasa Inggerisnya, "Make Me Shudder".

Sinopsis

Yang aku dapat cek pun ringkas saja. Menceritakan pasai budak-budak Gred 12 yang memecah masuk ke bangunan lama di sebuah sekolah yang dipercayai berhantu apabila bermulanya musim cuti.  Musim cuti budak-budak tak ada kerja jadi mula buat benda-benda merapu nak tengok setan la apa.

Ada hantu yang muncul disebabkan budak senior bunuh diri dengan terjun bangunan sebab tak lepas dalam peperiksaan nak masuk Kolej Perubatan Harvard dan seorang cikgu wanita yang kena tikam sampai mati. Dikatakan hantu-hantu ini berkeliaran di sekolah tersebut jadi ada seorang budak dalam kelompok budak-budak itu mencabar hantu-hantu itu supaya keluar kalau betul-betul wujud untuk ditendang jubog nya.

Dek kerana dicabar, hantu-hantu tersebut pun menampakkan diri mereka dan menghantui budak-budak tersebut.

Review

Aku cuma boleh kumpulkan review daripada orang lain saja sebab aku tak dan nak tengok wayang ini. Daipada laman blog Daily Dose of Horor (DDH), penulis dari Thailand yang menyumbangkan pandangan di laman tersebut menyatakan bahawa dia menyangkakan bahawa wayang arahan Poj Arnon yang menjadi orang belakang tabir wayang-wayang bersekuel Hor Taew Taek akan menghasilkan sesuatu yang gempak dari sebelumnya. OK, pandangan ini menunjukkan tahap "terhibur" dia adalah negatif....

Tapi malang sekali penulis tersebut langsung tak tergelak atau berasa takut pun semasa tayangan gambar berlangsung. Penulis berkata bahawa dia sangat bosan dan hanya melihat jamnya saja berharap agar cerita itu berakhir segera. Penulis berasa bahawa wayang tersebut sangat "murah" kerana lokasi wayang itu cuma di satu tempat sahaja sepanjang masa. Seluruh babak pula dilebarkan sampai ke tahap penulis nak muntah dan selepas 20 minit dia terasa menyampah mendengar watak utama dalam wayang itu menjerit dan merintih yang menampakkan bahawa dia buat-buat dan tak menjiwai watak. 

Bagi penulis blog DDH, wayang ini bukan sesuatu yang baru dan tak membawa sebarang pembaharuan pun. Ia kelihatan seperti cuba melalui jalan yang sama dilalui oleh wayang berjudul Pee Mak, iaitu raja kepada wayang bergenre komedi seram Thailand. Skripnya didapati terlampau memenatkan kepala otak penonton dan masa bagi menakutkan penonton tak kena. Kesan-kesan 3D murah membuatkan penonton tak selesa jadi elok lah penonton jauhkan diri saja dari tayangan pawagam bagi wayang ini kerana tak berbaloi.     

Yang positif pula mengenai wayang ini datang dari rakyat Malaysia yang menulis review tentangnya. Penulis review dari laman lingkungan blog, Krezi Kanmani Mani (KKM) menyatakan bahawa pelakon-pelakon yang memainkan watak sangat-sangat lawak. Kadangkala dia terasa kasihan dengan mereka dan kadang-kala terasa nak menjerit mengatakan, "padan muka, siapa suruh gatal sangat nak kacau benda itu" kepada budak-budak dalam wayang itu. Jalan cerita bodoh-bodoh dan sedikit-sebanyak membosankan penonton tapi pada setengah-setengah tahap itu penonton boleh menikmati lagi rasa seram yang bangang. Mungkin akan tergelak lah jugak sikit-sikit. Ada juga lah setengah penonton yang terjerit besar mungkin pada beberapa babak yang mereka rasa seram. 

Pengajaran daripada wayang gambag ini adalah mulut tu janganlah duk celupag dan janganlah duk buat benda-benda mengarut pi melawat rumah hantu lah apa mencari sakit.

Penulis blog KKM berkata bahawa kalau tak ada benda nak buat dan lapang nak bergelak tawa, silalah tonton wayang ini. Tak perlu nak susah-susah pikir panjang. Tontonilah dengan kawan anda yang gila-gila dan nikmati pemandangan penonton wayang lain yang mengerekot beberapa ketika atau cuba jangan menjerit kuat-kuat. Mungkin wayang ini tak sebagus wayang-wayang Thailand yang lain tapi boleh lah. 

Emmm.... Pandai gak aku buat copy-writing... Sapa-sapa wartawan Berita Harian ka mana-mana di majalah nak ambil copy-writer sambilan boleh lah kontek aku... Boleh dirunding... aahaha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan