Jumaat, 3 Januari 2014

Nong dan Theng, Samseng Bukit Emas.

Sawaddikrap!!

Lama sunggoh aih kita tidak memantau kemari. Dalam masa empat bulan ini, banyak sungguh perkara terjadi. Isu dunia baru-baru ini, Thailand pula bergolak apabila Suthep Thaugsuban yang merupakan bekas ahli parlimen mewakili wilayah Surat Thani (negeri selatan Thailand) di Bangkok memulakan protes pada 11 Disember 2013 yang meminta rakyat supaya tidak bekerjasama dengan perkhidmatan awam negara selepas meletakkan jawatan. 

Isu di Malaysia pula adalah mengenai polemik kenaikan harga barangan, spekulasi mengenai GST, banjir teruk di Pahang dan sebagainya. Isu dalam hidup aku pun tak beres-beres lagi. Jadi aku tengok wayang sahaja setiap malam bagi menghilangkan tekanan hidup...


 

Tajuk di atas masukan itu sebenarnya berbunyi โหน่งเท่งนักเลงภูเขาทอง Nong Theng Nak Leng Phukhau Thong bermaksud Nong dan Theng, Samseng Bukit Emas. Wayang gambar ini dikeluarkan pada tahun 2006 dan aku baru nak tontonnya pun. Genre wayang ini, komedi lah tonton sambil bergelak tawa sambil hentam ayaq kopi. Tonggak utama dia Pongsak Pongsuvan dan Chusak Eamsuk. Edaran wayang oleh Sahamongkol Antarabangsa.

Sinopsis

Pada tahun 1920-an, Bun Theng seorang pemain wayang bangsawan Likey menghadapi kemungkinan yang kesenian ini akan mati apabila dia dan keluarganya diancam untuk dihalau keluar dari kawasan persembahan mereka oleh seorang ahli perniagaan. Ahli perniagaan tersebut mahu membina panggung wayang atas tapak pementasan wayang Likey Bun Theng. 

Dalam pada itu, penggambaran untuk wayang Hollywood pertama, Miss Suwanna of Siam, dijalankan di Thailand. Melihat wayang Barat tersebut mempunyai kesan yang merosakkan kepada budaya Siam tradisional, Bun Theng dengan bantuan rakan samsengnya, Ai Nong, cuba untuk merosakkan penggambaran wayang tersebut di samping mengelakkan keluarganya daripada dihalau dari tapak pementasan yang sudah mendarah daging dalam diri mereka.  


Untuk makluman para pengunjung yang dihormati sekelian, wayang bangsawan Likey ini terkenal di sebelah negeri selatan Thailand terutamanya di Phuket. Asal-usul wayang bangsawan ini kemungkinannya dari wayang bangsawan Hindu yang masuk melalui Utara Tanah Melayu sekitar kurun ke-19 M. Perkataan Likey itu dikatakan berasal dari bahasa Melayu, iaitu Dikir atau Jikey dalam loghat bahasa Melayu Perlis. Kesenian yang diangkat masuk dalam layar kebangsaan sebenarnya membanggakan kita semua orang Selatan Thailand walaupun kita duduk dalam rantau negara lain kerana kita berkongsi kebudayaan juga sesama sendiri. 


Barisan Pelakon

Pongsak Pongsuvan sebagai Bun Theng
Chusak Eamsuk sebagai Ai Nong
Isari Songcharern sebagai Linchi

Jadi, ini adalah antara wayang cadangan aku lah kepada tuan-tuan dan puan-puan. Ada banyak lagi sebenarnya wayang gambar yang aku hendak cadangkan bagi yang belum pernah menonton. Yang bagusnya itu adalah kita dapat berkongsi idea daripada wayang-wayang ini semua walaupun tak terkenal macam wayang Hollywood atau wayang Barat. Menarik itu dari segi sinematografi lah. Cara dan sudut gambar-gambar dirakamkan pun memainkan peranan penting dalam sesuatu wayang. Ciri ini pun menarik perhatian penonton.

1 ulasan:

  1. ufawallet777.club UFABet True Wallet เล่นได้เงินรางวัลแน่นอน เครดิตโบนัสพิเศษแจกทุกวัน ตอบโจทย์นักเล่นทุกระดับด้วยบริการระดับ vip ตลอด 24 ชั่วโมง

    BalasPadam