Sabtu, 4 Januari 2014

Protes Anti-Kerajaan 2013: Rentetan Peristiwa


Baru-baru ini berlaku protes pula di kotaraya Bangkok bermula awal November 2013. Selepas tiga tahun keadaan aman-aman saja, berlaku pula tunjuk perasaan yang menentang pentadbiran perdana menteri, Yingluck Shinawatra. Tindakan ini dipacu oleh geran pengampunan awam yang mungkin mengampunkan dan membawa kepada kepulangan bekas perdana menteri dalam buangan, Thaksin Shinawatra secara senyap-senyap.

Geran pengampunan tersebut dilepaskan oleh parti Pheu Thai yang menguasai Rumah Perwakilan pada 1 November, dan menyebabkan timbulnya bantahan dari kedua-dua parti Demokrat dan pergerakan pro-kerajaan, Gerakan Baju Merah. Geran tersebut ditolak oleh Senat pada 11 November, namun tunjuk perasaan, diketuai oleh bekas ahli parlimen dari parti Demokrat, Suthep Thaugsuban, perlahan-lahan berkembang menjadi agenda anti-kerajaan. 

Pada 20 November, Mahkamah Perlembagaan mengeluarkan rang undang-undang yang menyatakan bahawa pemindaan perlembagaan tahun 2007 sebagai tidak sah. Pemindaan tersebut mungkin merubah Senat dari badan separa lantikan kepada badan undian sepenuhnya. Parti Pheu Thai menolak rang undang-undang tersebut dan mendakwa bahawa mahkamah tidak adil terhadap kes tersebut. Protes anti-kerajaan mula berkembang pada minggu berikutnya. Keadaan ini menimbulkan juga protes lain dari pihak penyokong kerajaan yang melawan protes anti-kerajaan.

Pada 25 Nov, penunjuk perasaan anti-kerajaan dipimpin Thaugsuban mula mengelilingi dan bergerak masuk ke beberapa pejabat kerajaan dan meminta supaya jabatan-jabatan kerajaan agar tutup dan jangan bekerjasama dengan kerajaan parti Pheu Thai. Mereka walau bagaimanapun tidak bertindak dengan kekerasan, sampailah berlakunya pergelutan antara penunjuk perasaan anti-kerajaan dengan penunjuk perasaan pro-kerajaan pada 30 November. 

Pada 1 Disember, empat orang mati dan 57 cedera. Perkembangan tunjuk perasaan pada 1 Disember menyaksikan dua hari pertembungan antara penunjuk perasaan anti-kerajaan dengan pihak polis. Pihak polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menghalau penunjuk perasaan yang cuba untuk memecah masuk ke Rumah Kerajaan. Dilaporkan seramai 119 orang tercedera.

Pada 3 Disember, pihak polis membuang penghadang dan membenarkan penunjuk perasaan masuk ke tapak Rumah Kerajaan, sekaligus mengurangkan ketegangan untuk sementara waktu. Keadaan ini bertujuan bagi kedua-dua pihak merayakan hari kelahiran baginda maharaja, walaupun penunjuk perasaan mengumumkan bahawa mereka akan terus berarak supaya "Thaksinokrasi" dihapuskan terus dari pemandangan politik Thailand.

Para penjunjuk perasaan juga bersumpah akan berjuang sehingga ke "medan terakhir" pada 9 Disember. Hari berikutnya, semua 153 ahli parlimen dari parti Demokrat meletak jawatan sekaligus meletakkan lagi tekanan besar kepada kerajaan. Pada pagi 9 Disember, perdana menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mengumumkan pembubaran Rumah Perwakilan (Parlimen), sekaligus menandakan pilihanraya umum akan berlaku pada 2 Februari 2014 ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan