Memaparkan catatan dengan label tulisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tulisan. Papar semua catatan

Khamis, 31 Januari 2013

Diftong Ai Mai Muen

Ok, masukan baru kita.... Hangpa tengok pada tulisan bawah ini... Dia campuran tulisan Siam dengan huruf X. Yang aksara Siam tu adalah diftong bagi bunyi "ai" yang hangpa akan sebut dia betui-betui bunyi "aii". Yang huruf X tu mewakili sebarang aksara yang hangpa akan letakkan selepas diftong tu. Macam juga tulisan-tulisan bahasa Hindu lain juga, aksara Siam ditulis dengan diftong yang tunggang terbalik...  

 ใX

Diftong yang ini, kita panggil sebagai srak ai mai muen. Ada sekurang-kurangnya 20 perkataan yang ada srak ai mai muen. Antaranya kita letak dalam senarai...

ใกล้ klai dekat
ใคร krai siapa
ใคร่ krai keinginan

ใจ chai hati
ใช่ chai ya
ใช้ chai guna, pakai, letak

ใด dai sebarang
ใต้ ttai arah

ใน nai dalam

ใบ bai daun
ใบ้ bai bisu

ใฝ่ fai minat
ใย yai sarang labah-labah

สะใภ้ sephai ipar pempuan

ใส sai jelas
ใส่ sai letak

หลงใหล longlai gila obses
ให้ hai bagi
ใหญ่ yai besarq
ใหม่ mai baru

Seterusnya nanti kalau aku dan, aku tempek bagi senarai vokal panjang atau pendek... Bagi yang teringin nak baca buku-buku bahasa Thai atau bahasa Siam lah. Nak belajaq satu-satu benda pun lambat lah nak buleh. Kena sabaq sat la noh... Nak baca selepas dah reti tu sat saja, lolol...

Khamis, 16 Disember 2010

Keterangan Huruf Bahasa Siam

Ada disertakan carta. Ini pun kita pinjam mari dari blog orang juga. Bila belajar bahasa Siam, kena tahu juga lah sedikit sebanyak tulisannya. Fasal bahasa Siam payah untuk dieja menggunakan tulisan Rumi. Sebutannya mengikut cara membaca tulisannya sendiri.

Untuk pengetahuan
am semua, tulisan bahasa Siam ini berasal dari tulisan kelompok tulisan Brahmi. Bermula dengan bentuk tulisan empayar Pallava dan Chalukya berbentuk seperti cacing-cacing di pahatan batu-batu bersurat. Kemudian, tulisan ni diguna dan diperkemas semula oleh orang-orang empayar Funan. Katanya, ibu kota Funan terletak dalam wilayah negara Kemboja moden. Tulisan bahasa Kemboja (bahasa Senoi Khmer) dan tulisan bahasa Siam berasal dari tulisan Brahmi yang sama.

P
ada abad ke-12 M, raja negara Sukhothai yakni Panglima Po Khun Ramkhamhaeng dikatakan mencipta tulisan untuk bahasa Thai dengan inspirasi dari tulisan bahasa Khmer Krom. Bentuk tulisannya pun lebih ringkas daripada tulisan worang Kemboja. Pada hari ini, kita dapat melihat tulisan bahasa Siam berbentuk seperti di bakul ikan dan sayur di pasar basah. Tulisan bahasa Khmer Krom masih lagi diguna untuk menulis kitab suci dan mencacah kulit dengan jampi mantra. 

Yang ini, carta dari blog sapa dia entah. Kalau tuannya nampak, sila hubungi aku supaya aku boleh bubuh nama tuannya untuk rujukan. Kita pun bukan suka merembat barang orang. Carta ini adalah perbandingan antara tulisan bahasa Siam dengan tulisan Devanagri yang diguna untuk menulis bahasa Hindi serta bahasa Sanskrit.


Huruf bahasa Siam, dipanggil sebagai, aksorn Thai, maksudnya aksara bahasa Thai. Di negeri Yala aku macam dengar depa kata, tulis Noyă. Huruf ini pun boleh diguna untuk menulis bahasa lain seperti bahasa Lao. Tapi bentuk tulisan untuk bahasa Lao lagi mudah daripada cara tulisan bahasa Thai. 

Sebab tulisan bahasa Thai ada ejaan bahasa Pali-Sanskrit, bahasa Kemboja dan cara menulis untuk perkataan bahasa Thai biasa. Begitu juga dengan perkataan pinjaman ke bahasa Thai dari bahasa lain. Ejaan bahasa Lao ikut sebiji bunyiny.a Bahasa Thai pulak seperti bahasa Inggeris. Dia eja lain, sebut pula lain. Tapi usahlah risau, jika sudah biasa ok lah itu. Awal-awal memang payah sedikit.

Inil
ah dia pengenalan sedikit sebanyak. Aku tak larat nak mĕğawit tangni lama-lama. Ada pakcik google juga teknologi sungguh mudah dipetik di hujung jari. Rajin-rajin cubalah mencari maklumat lebih-lebih. Kita cuma sembang-sembang untuk mengisi masa lapang saja.