Memaparkan catatan dengan label modern. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label modern. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Disember 2012

Dynamite

Wokkei, aku buleh  tempek dah lagu terbaru band Thailand ni. Yang ni dari band Big Ass atau puak Pungkoq Besarq. Aku tak tau pulak ada penyanyi baru. Selalu penyanyi dia kawan lain. Untuk pengetahuan hangpa, aku tak pernah dengaq lagu bahasa Melayu pom, wakakaka. Aku banyak dengaq lagu bahasa Siam ngan bahasa Inggeris. Tajuk lagu ni Dynamite. 

Aku tak larat nak trenslet lagu ni lagi. Hangpa buleh la dengaq-dengaq dolu amik angin Bangkok. Ni antara promosi budaya entertainment sebelah Bangkok sana. Selalu orang duk dengaq lagu kampung sebelah selatan ja. Jadi, ni kita sajikan lagu urban sebelah Bangkok.



Muzik ni dihasilkan di Karmma Studio. Ada lagu sempoi lein lagi, nanti aku try tempek boh dalam ni. Ramai orang ingat Kelantan sebagai "the Clash of Malay Civilization" pasai sempadan budaya dengan Siam. Bukan nak perleceh Kelantan lah, tapi ramai budak Kelantan aku jumpa masa aku mengaji dolu tak reti cakap bahasa Siam pom. Aku duk dengan budak-budak Thailand sana, depa kata duk dengan aku lagi berasa macam duk dengan sesama puak Siam walaupon masa aku cakap bahasa Melayu Kedah. 

Sebenarqnya kami kat Kedah Utara-Perlis pun banyak terkena pengaruh Siam. Ni antara bukti dia la, hangpa buleh jumpa jugak puak Melayu, puak Cina dan puak Arab Peranakan yang buleh cakap bahasa Siam. Bukan pasai keturunan Thai tapi pasai bahasa ni bahasa lingua franca di kawasan yang pernah termasuk dalam perebutan wilayah antara negara-negara kota sekitar kurun ke-17 sampai ke-19 M. Kami tak dengarq lagu bahasa Melayu sangat tapi dengarq lagu bahasa Siam terus. Tapi makin ke selatan sebelah Kota Setar sana, dia makin jadi Melayu la dengan hangpa nampak puak-puak Melayu kampung atau pun urban sebelah Kedah ke selatan dengarq banyak ke lagu bahasa Melayu macam di pusat bandaraya di KL sana. 

Harap hangpa terhibur la sambil duk layan kedai Siam ni. Ada apa-apa cadangan penambahbaikan ka nak ajaq cara bagi advance laman sesawang ni ka nak menderma untuk projek peningkatan bahasa Thai hangpa semua, buleh la jugak kontek aku. Aku open saja mengalu-alukan hangpa dengan tadahan kolam renang. Aku minat nak tulung hangpa yang berminat untuk belajaq bahasa Thai sambil bertukar-tukar kebudayaan, berhibur dan seronok-seronok. Kita buat kawan belaka tak mau mengklai-mengklai naa,  hahaha.