Selasa, 26 Februari 2013

Tengku Prem: Penterjemahan Sastera Thai


Kali ini, kita mempunyai masukan mengenai sastera Thailand. Tujuan aku perbuat masukan ini bukan sahaja untuk hal pembelajaran bahasa dan kebudayaan Thai. Sebaliknya adalah untuk diambil nilainya dan diterapkan bagi usaha penerbitan berbahasa Melayu. Bahasa Melayu di negaranya sendiri pun nilainya lebih rendah daripada bahasa Burma yang diperlukan oleh Badan Rentas Sempadan walaupun ada institusi penterjemahan dan Dewan Bahasa yang cuma menjadi gajah puteh. Tidak ada koordinasi dan pusat-pusat bersifat tertutup hidup segan mati tidak mahu adalah antara penyumbang kepada pelajar-pelajar bahagian kesusasteraan cuma berakhir sebagai guru sekolah atau pun pergi bekerja menjadi pelayan restoran, penoreh getah dan sebagainya. Puas lah hati orang-orang di jabatan kerajaan semua kan. Letak sahaja saudara-mara sendiri di situ tanpa mengira kepraktikalan.

Pelajar-pelajar yang belajar bahasa Melayu secara murni atau secara "fusion" dengan bahasa Inggeris langsung tidak dapat pergi jauh dalam bidang penerbitan atau media dan hal ini sangat dikesali kerana pembangunan kebendaan menjadi tidak seiring dengan pembangunan rohaniah dan spiritual. Sebenarnya orang Melayu Utara sebelah Satun ada lagi yang boleh berbahasa Melayu loghat Kedah dan setengahnya memang berpindah masuk ke situ dari Kedah apabila berkahwin dengan orang Satun tapi sebab nilai bahasa Melayu tidak meluas lagi maka ramai yang memilih untuk "hanya" berbahasa Thai atau berbahasa Siam. Boleh nampak betapa ruginya kita? 

Sastera Thailand ini samalah macam karya sastera bahasa-bahasa lain. Walau bagaimanapun, tugas untuk menyebarkannya ke seluruh dunia sebenarnya adalah masalah yang besar dan sukar juga. Pertamanya, bahasa Thai walaupun merupakan bahasa yang mau dan mampu menyampaikan kepelbagaian pengalaman manusia tetapi hanya dapat difahami oleh bilangan kecil manusia sahaja. Selain itu, mungkin juga setengah pembaca yang kurang faham kebudayaan Thai dan Siam secara umumnya mungkin akan terasa bahawa ia tidak logik dengan hal-hal kuasa ghaib, kuasa ajaib dan sebegainya yang muncul dalamnya. Namun, hal-hal ini sebenarnya adalah unsur-unsur penting yang terdapat dalam dunia sastera klasik. Ia adalah satu dunia yang terbina dengan undang-undangnya sendiri dan dilengkapi peraturannya tersendiri.

Pada dasar dunia ini, pembaca mungkin juga akan menemui beberapa sifat sejagat. Apabila tiba di penghujung karya tersebut, pembaca mungkin akan melihat kembali ke awalannya dan jalan cerita berlikunya dengan penuh rasa puas hati dan kefahaman mendalam. S. T. Coleridge ada juga menggambarkan fungsi seni dari keadaan yang pelik menjadi biasa atau yang biasa itu menjadi pelik. Seandainya sastera klasik bahasa Thai nampak bermula dengan sesuatu yang pelik, pembacanya yang sudah terbiasa dengannya sebenarnya tidak merasa pun perkara tersebut sebagai pelik. 

Keyakinan tentang relevannya sastera klasik bahasa Thai sahaja tidaklah mencukupi. Ada keperluan yang agak besar juga untuk penterjemahan karya sastera bahasa Thai ke bahasa-bahasa lain yang lebih banyak digunakan orang misalnya ke bahasa Hindustan, bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan ke bahasa Cina. Dalam program penterjemahan sastera bahasa Thai, Y. M. Prem Purachatra atau nama sebenarnya Tengku Purachatra Jayakara yang menulis dengan nama samaran Prem Jaya merupakan salah seorang perintis. Baginda bukan sahaja mendedikasikan seluruh hidupnya membantu menterjemah sastera klasik bahasa Thai ke bahasa Inggeris, sebaliknya juga baginda turut menggalakkan orang ramai berbuat hal yang sama sepertinya dan menerbitkan terjemahan sastera bahasa Thai dalam Majalah Standard nya. Sehingga ke akhir hayatnya, baginda sentiasa mengadakan perjumpaan kesusasteraan bahasa Thai dengan memanggil para penulis dan penterjemah bagi menjalankan usaha mulia ini.  

Di sini wahai tuan puan sekelian, nampak bahawa kerabat diraja Thailand sendiri mengambil berat akan hal-ehwal bahasa, budaya dan kesusasteraan negara. Bagaimana halnya dengan kerabat diraja di negara yang di hujung tanjung ini? Apakah usaha pihak kerabat diraja dalam hal memartabat kesusasteraan dan kebudayaan orang Melayu di negeri-negeri Melayu selain daripada sibuk dengan hal mencari publisiti berebut pengaruh dalam kelab pasukan bola sepak atau pun dalam hal-hal yang hanya menguntungkan diri mereka sendiri? Jika tuan dan puan ingin tahu juga. Kerabat diraja Thailand turut terlibat dalam hal-hal keagamaan dan ada antara kerabat diraja sendiri yang memegang jawatan sebagai menteri yang melindungi hal-ehwal dharma Buddha di Thailand selain menjadi tuk sami di biara-biara. Ada lagi kah kerabat diraja di negeri-negeri Melayu yang masuk ke pondok menjadi ulama-ulama atau mengembara mencari guru agama dan mufti seperti Sultan Muhammad Jiwa II dari Kesultanan Kedah pada abad ke-17 M? Apa penglibatan kelompok feudal dan monarki dalam negara tersebut dalam hal memartabatkan agama, kesusasteraan dan kebudayaan orang Melayu selain daripada sibuk bermain politik, hidup mengalahkan kerabat diraja orang Barat, berlagak atau menunjukkan dominasi sedangkan agama, bahasa dan budaya sendiri dipijak-pijak dan dibuang ke longkang oleh mereka sendiri?

Sedikit maklumat mengenai Tengku Prem Purachatra sebagai seorang penterjemah. Terjemahan baginda yang pertama diperbuatnya semasa baginda berusia 19 tahun dan semasa baginda belajar di Universiti Oxford. Baginda membuat penyesuaian teks bahasa Thai dari abad ke-15 M berjudul Phra Lor yang diberi judul semula dalam bahasa Inggeris sebagai Teratai Ajaib ke dalam bahasa Inggeris untuk satu pementasan. Pementasan ini berjaya apabila dimainkan di England dan di tanah air pula, baginda membuat terjemahan karya agung lain dari zaman Rattanakosin. Antaranya adalah Phra Aphaimanee dan Khun Chang Khun Phan. 

Kaedah yang digunakan bagi menterjemahkan kedua-dua karya agung tersebut adalah berbentuk penceritaan semula, menurut kepada Kisah-Kisah Kambing Biri-Biri Charles dari karya Shakespeare. Dalam menceritakan semula karya-karya klasik tersebut, Tengku Prem mengekalkan kualiti asal dengan menjaga pesona yang disampaikan kepada khalayak pembaca. Pada saat-saatnya, baginda menerangkan sesuatu perincian dengan teliti selanjutnya memberikan pembaca prosa yang cantik dan hampir tepat. Ini adalah awalan kepada pembabitan Tengku Prem dalam bidang penterjemahan.  

Selepasnya, baginda lebih berkeyakinan lagi dan baginda memberanikan dirinya menterjemah puisi-puisi bahasa Thai ke dalam bahasa Inggeris. Selama dua puluh tahun tersebut, baginda bereksperimentasi pula dengan bentuk-bentuk ayat bahasa Inggeris misalnya rima penghujung, ayat kosong, ayat bebas dan sebagainya. Baginda berkemahiran dalam ayat berima dalam bentuk seloka. Baginda mulanya mencuba menterjemah bahagian-bahagian penting daripada karya-karya penulis terkenal misalnya dari karya Sri Praja dan Sundara Phu. Setengah terjemahan ini digilap semula sehingga menjadi lebih menarik. Baginda juga melibatkan karya-karya ini ke dalam syarahan baginda dan ke dalam rencana baginda di dalam majalah.   

Antara terjemahan yang terbaik dari karya Sri Praja berbunyi...

Jangan dibiar mata berpanah mu meramalkan nasibku,
Membelok mangsamu bagaikan jatuhnya pemburu.
Jika perlu dipanah olehmu, maka panahlah terus ke hati!
Kejam amat lah apabila diugut, maka pergi.

(Terjemahan ke bahasa Melayu oleh aku berdasarkan kepada terjemahan bahasa Inggeris Tengku)

Tengku Prem Purachatra lebih suka menterjemah karya-karya sastera bahasa Thai ke dalam bentuk yang penuh dan bukannya pada bahagian-bahagian sahaja. Selama 10 tahun terakhir hidupnya, baginda cuba menjayakan projeknya. Sebahagian daripada keinginan baginda berasal dari perlantikan baginda sebagai profesor pelawat kehormat di Universiti Copenhagen di Denmark. Di negara Skandinavia tersebut, baginda membawa kenaikan progrm khas untuk pembelajaran bahasa Thai sebagai satu usaha meluaskan kebudayaan dan bahasa Thai ke luar.

Baginda mengambil peluang keemasan dari keadaan tersebut dengan membuat sejumlah terjemahan dan baginda sebenarnya merancang untuk membuat banyak lagi terjemahan. Antara karya terjemahan yang sempurna adalah puisi pengembaraan Sundara Phu berjudul Nirat Muang Kleng, pementasan drama Raja Rama II berjudul Kraitong, Skrip Pementasan Wayang Raja Vajiravudh dalam bentuk puisi dan seloka berjudul Phra Rueng dan Dharmaardharma Songkhram. Terjemahan ini semuanya hampir sempurna. Setengahnya diterjemahkan dan langsung tak sampai ke pengetahuan pembaca-pembaca bahasa Thai dan juga cendekiawan budaya bahasa Thai. Tengku Prem Purachatra adalah satu-satunya tokoh perintis bidang penterjemahan sastera bahasa Thai dan baginda berkorban bersusah payah demi rasa cinta baginda terhadap tanah air. 

Ini sedikit sebanyak mengenai orang Thailnd semua tidak mengira bangsa atau etnik sama ada orang Melayu, orang Tai-Kadai, orang Tai-Lao, orang Mon, orang Khmer, orang Cina atau orang India yang semuanya menjadi sayang dengan tanah air, bahasa dan juga bertutur dalam bahasa Thai kerana sikap orang atasan mereka sendiri. Kita mahu orang lain bersemangat kebangsaan menurut acuan kita tapi kita sendiri menunjukkan nilai yang berlawanan. Apa yang boleh kita jangka kan daripada orang lain? Industri perfileman Thailand, bahagian kesenian, universiti dan akademia, industri penerbitan, jabatan kerajaan, sistem monarki dan media di Thailand semuanya saling bekerjasama. Di "Tanjung" ini, kaki politik dan orang-orang dari zaman feudal cuma melihat alam berlegar di sekeliling mereka sahaja. Pi mampus lah!   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan