Istilah ini sebenarnya merujuk kepada orang-orang asli yang bertamadun Hindu di sebelah empayar Siam dan Thailand. Maksud Chao Bon adalah Orang Bukit atau Orang Asli dari atas Bukit atau Gunung. Sebelum itu, aku hendak membuat disclaimer kepada kaki pengulas masukan-masukan orang dengan mengambil kenyataan orang sekerat-sekerat untuk dimasukkan ke dalam laman mereka sewenang-wenangnya sambil menimbulkan polemik untuk mendapatkan perhatian. Bagi attention-whore sebegini, aku ingin menyatakan bahawa suka hati aku lah hendak buat kenyataan sebagaimana pun dan aku tak suruh hangpa ambil buat teori! Aku membaca naskah akademik antropologi orang untuk rekod aku dan bukan aku membuat kenyataan sesuka hati aku atau menceduk kenyataan orang semata-mata.
Orang-orang Chao Bon ini adalah jenis etnik yang tak bernegara bangsa. Ada dua jenis loghat bahasa mereka iaitu loghat Jayabhumi dan loghat Pakshabhumi di sebelah selatan. Menurut kepada Sidwell (2009) bahasa Chao Bon dituturkan oleh beberapa ribu orang di sebelah wilayah tengah dan timur laut. Prem Srirat (2002) pula menyatakan bahawa bahasa ini dituturkan oleh 4000-6000 orang. Yang terbesar sekali jumlahnya adalah di wilayah Jayabhumi. Di sebelah utara pula, wilayah Petchabun mempunyai jumlah penutur yang tersedikit.
Usaha pengekodan bahasa ini diperbuat oleh orang Thailand sendiri selepas mereka menyedari bahawa bahasa ini menyimpan banyak khazanah purba tapi penuturnya semakin menghilang di celah penutur bahasa Thai dan juga bahasa-bahasa lain. Pada 1984, Theraphan L. Thongkam membuat pengelasan semula pecahan bahasa ini dalm Kamus Pelbagai Loghat Bahasa Nyah Kur. Walau bagaimanapun, Gerard Diffloth menganggap bahawa bahasa Orang Bukit ini terbahagi kepada tiga jenis loghat iaitu loghat Utara, Tengah dan Selatan.
Pengelasan bahasa Chao Bon ini adalah dari cabang bahasa jenis Austroasia atau bahasa sifat kebenuaan. Di negara Malaysia sendiri ada tiga jenis puak Orang Asli iaitu jenis Proto-Melayu, jenis Mon-Khmer dan jenis Negrito. Jenis Proto-Melayu yang berbahasa cabang Austronesia adalah seperti orang Jakun di Pahang atau orang Temuan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan lain-lain kawasan. Di Thailand, jenis orang Proto-Melayu atau Melayu Purba ada terdapat di Phuket dikenali sebagai Chao Le maksudnya orang Laut. Banyak etnik jenis Proto-Melayu terutamanya di selatan Thailand yang beragama Buddha, yang tidak beragama atau mengamalkan kepercayaan animisme kelautan atau pun yang didakwahkan ke agama Islam oleh orang Islam. Orang Negrito di Malaysia misalnya suku kaum Kintaq tapi mereka bercakap dalam bahasa orang Bukit atau bahasa Mon-Khmer. Di Thailand dan Filipina sekali pun ada orang Negrito atau orang Semang. Jenis orang Asli dari cabang Mon-Khmer di Malaysia adalah suku kaum seperti Mah-Meri di Selangor atau suku kaum Senoi yang tinggal di sepanjang banjaran Titiwangsa.
Orang-orang Bukit di Thailand ini sebenarnya adalah penyebar kebudayaan tamadun Hindu
kepada penduduk etnik lain di dataran Suwarnabumi atau Tanah Keemasan di
Indo-China. Tulisan bahasa mereka digunapakai oleh etnik Bamar (Burma) di Myanmar berasal dari aksara Hindu Pallava. Pada asalnya, mereka tidak menamakan langsung nama bangsa
mereka. Bahasa mereka dekat rumpunnya dengan bahasa etnik Mon di Myanmar di sebelah negeri selatan. Penutur bahasa Chao Bon ini adalah keturunan orang-orang di Teluk Siam yang tidak sempat melarikan diri ke sebelah barat Suwarnabhumi sewaktu empayar Angkor dari Kemboja menyerang kawasan kerajaan negeri mereka di Persekutuan Dvaravati sekitar abad ke-9 masehi dan abad ke-11 masehi. Jadi, bahasa Chao Bon di Thailand bertumbuh secara berasingan dengan bahasa Mon di wilayah Myanmar bawah dari sumber bahasa awal iaitu bahasa Mon Lama. Kerajaan Chao Bon di utara pula diwakili oleh kerajaan Haripunjaya yang dibuka oleh puteri Jamadevi dari Lopburi pada abad ke-7 masehi. Kerajaan Haripunjaya dihancurkan dan diserap terus oleh raja orang Thai Utara, iaitu raja Mengrai dari Lanna.
Bahasa ini hanya disedari kewujudannya oleh pakar bahasa pada awal abad ke-20 tapi tidak diiktiraf sebagai bahasa serumpun dengan bahasa Mon di Myanmar selama lebih kurang 70 tahun lamanya. Disebabkan integrasi masyarakat ini ke dalam masyarakat Siam dan masyarakat Thai moden, bilangan penutur bahasa ini sebagai bahasa ibunda menurun terus. Mungkin di masa depan, bahasa purba ini akan pupus terus jadi pihak akademik termasuk sami-sami Buddha di Bangkok cuba membantu mengelakkan khazanah bahasa ini terkubur. Golongan muda kini mempunyai sikap positif terhadap bahasa ini dan mereka cuba hendak belajar semula bahasa ini (Premsrirat, 2002).
Bagi yang anti sangat dengan budaya bertamadun Hindu dari kawasan empayar Siam, seeloknya hangpa tukar terus kebangsaan hangpa menjadi bangsa Arab tapi Arab hidung kemek lah. Apa Hindu (India) itu penduduk di planet lain kah bukan bahagian geografi dalam planet bumi ini? Kalau mengaji ajaran Islam sembahyang tunggang terbalik beribu-ribu kali, kita sebenarnya menjadi semakin tunduk berfikir banyak daripada kita sebok hendak mendapatkan perhatian orang ramai atau nak bercakap pasal bangsa mana yang tinggi mulia. Kalau budaya Kejawen mistik dari Pulau Jawa yang bercampur aduk dengan kebudayaan Hindu Saiva, hangpa tak kata apa pula untuk menerimanya? Sikap yang memilih kasih dalam membuat pengkajian atau mengelaskan orang adalah suatu sikap yang keji. Dalam dunia ni ada lagi ka bangsa yang tak bercampur aduk?
Asal-usul orang-orang ini masih kabur. Ada banyak teori mengenai kemunculan mereka di dataran Asia Tenggara. Orang-orang ini yang kebanyakannya beragama Buddha berpegang dengan babad mereka dari Tiang Maharaja Asoka dan Kitab Dipavamsa bahawa mereka berasal dari Suwarnabumi atau Tanah Keemasan. Teori tentang Suvarnabumi ini yang banyak. Ada teori India Selatan, teori Myanmar di Thaton, teori Siam iaitu kerajaan Dvaravati, teori Bengal dan teori daratan yang juga meliputi Malaysia. Dari segi linguistik dan jenis manusia Mon-Khmer dan Munda ini, mereka ada tersebar dari India sampai ke Asia Tenggara. Yang harus diingat orang ramai, rujukan tentang tempat ini hanyalah teori.......!
Bagi yang seronok sangat bercerita pasal bangsa dia hebat semua sebab dia berasa rendah diri tak semayang tak mengucap syahadah waktu semayang lima waktu tapi sebok nak menghina Buddha sebab dia dah ambil tempat Tuhan Yang Maha Esa... Maklumlah dia Maha Baik dia lah yang Maha Mulia mengalahkan malaikat elok juga baca buku Racism oleh Robert Miles, E.d Peter Hamilton terbitan the Open University serta Race and Racism: A Comparative Perspective oleh Pierre L. van den Berghe dari Universiti Washington terbitan John Wiley & Sons mungkin sebagai asas bila membuat pengkajian antropologi atau kajian manusiawi.
Benda yang aku paparkan dalam ini adalah rekod dan catatan peribadi aku! Hangpa nak ambil benda ni sesuka hati nak pos semula di mana-mana sila dapatkan kebenaran aku dahulu. Pertamanya, aku bukan nak buat teori pun cuma sejenis bentuk pengenalan atau dalam bahasa Inggerisnya kita sebut Preface. Lagipun, manusia cuma percaya benda yang dia hendak percaya atau dia suka dengar saja kan? Bab kesahihan tu aku kurang gemar nak paksa orang lain untuk berasa dia sahih semacam juga. Biar dia jadi subjektif sebab masa hangpa nak buat master atau phd pun hangpa kena tulis berjela-jela tapi bukan mestinya kajian hangpa itu diterimapakai meluas. Jadi ini sedikit perihal mengenai orang asli di Thailand yang wujud sejak zaman pra-Siam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan