Istilah ini pula merujuk kepada kelompok manusia yang berbahasa dalam rumpun jenis bahasa Melayu atau rumpun Austronesia di sebelah Thailand. Maksudnya adalah orang laut. Kadang-kadang mereka dipanggil juga sebagai Chao Nam atau orang air.
Di sebelah Phuket sahaja ada pelbagai jenis etnik dari rumpun orang Melayu Purba atau Proto-Melayu. Kira-kira 2000-3000 orang dari kelompok kaum ini masih mengekalkan cara hidup berpindah randah, tinggal di sekitar pantai dan berkebudayaan menurut cara penduduk di tepi laut. Mereka ada bahasa mereka sendiri sama seperti orang Jakun di hutan Pahang di Malaysia yang mempunyai bahasa dan kepercayaan sendiri.
Orang-orang ini merujuk diri mereka sebagai Mogien. Rujukan ini juga digunakan untuk merujuk semua puak yang berbahasa Austronesia yang tinggal di pantai-pantai dan pulau-pulau di laut Andaman, di Satun, Trang, Krabi, Phuket, Phang Nga, Ranong sampai ke kepulauan Mergui di Myanmar. Antara puak yang ada adalah orang Moken Jati, orang Moklen, orang Sireh dan orang Lanta. Orang Lanta merupakan puak orang Sireh yang bercampur dengan orang Melayu semasa orang Melayu masuk ke pulau-pulau Lanta. Di Myanmar, orang Moken dipanggil sebagai orang Selung, orang Salone atau orang Chalome.
Puak orang Proto-Melayu lain adalah seperti orang Urok Lawoi dan Orang Laut. Di Thailand, kerajaan cuba mengasimilasikan orang-orang Melayu Purba ini menjadi orang Thai Baru atau Thai Mai. Asimilasi juga dijalankan dengan penyebaran ajaran Buddha kepada mereka yang masih belum beragama atau yang berkepercayaan animisme. Rujukan lain pula kepada orang-orang ini adalah orang Gipsi Laut. Orang Urok Lawoi dan puak-puak lain pun kadang-kadang dirujuk secara umum sebagai orang Mogien walaupun bahasa mereka adalah berbeza dan berumpun dengan orang jenis Melayu di Malaysia atau di kawasan lain di Asia Tenggara.
Orang-orang ini berpengetahuan luas tentang laut dan mereka pandai dalam hal pengubatan tradisional menggunakan tumbuhan dan hidupan di laut. Mereka hidup dan mencari makanan menggunakan jala dan tombak. Mereka akan mengeringkan ikan-ikan di sampan mereka, menggunakannya sebagai tukaran atau dijual untuk membeli keperluan lain di pasar-pasar tempatan. Musim angin monsun, mereka membina sampan-sampan tambahan di pondok sementara di pantai-pantai. Mereka juga mempunyai penglihatan yang baik dalam melakukan selaman kerana mereka biasa dengan air masin.
Orang Proto-Melayu di Myanmar masih hidup secara hidup orang asli. Mereka berpindah-randah sekitar lautan dan tinggal dalam kabang atau sampan buatan tangan. Dalam kabang mereka ada dapur, bilik tidur dan ruang tamu. Mereka hidup di atas air sahaja dan tidak pernah terikat dengan dunia moden tapi kini ia semakin berubah apabila mereka diserap ke dalam masyarakat umum.
Kerajaan Thailand dan pemerintahan Persekutuan Myanmar cuba menyerap masuk orang-orang ini ke dalam budaya mereka sama seperti yang dilakukan di Malaysia tetapi usaha mereka masih kurang berjaya. Orang Mogien di Thailand kebanyakannya sudah berpenempatan tetap terutamanya di pulau-pulau Surin iaitu di kawasan Taman Negara Mu Ko Surin, di wilayah Phuket, di pantai barat laut Pulau Phuket dan sebelah pulau Phi Phi di wilayah Krabi.
Laut Andaman berdepan dengan pantai Tenasserim pula diperhatikan dengan rapi oleh regim pemerintahan tentera Myanmar pada 1990an disebabkan penemuan petroleum di pantai oleh perbadanan multinasional seperti Petronas, Unocal dan lain-lain. Pihak junta tentera Myanmar memaksa penduduk Proto-Melayu disitu untuk dipindahkan ke daratan. Orang Selong dipindahkan ke merata kawasan di Myanmar pada 1997 sama juga caranya dengan orang dari etnik lain sejak 1990an.
Pulau-pulau yang didiami oleh orang-orang ini banyak menerima perhatian media pada 2005 sebaik sahaja proses pemulihan daripada serangan Tsunami Asia Tenggara. Beratus ribu hilang nyawa disebabkan bencana alam ini. Orang-orang ini sudah biasa dengan laut jadi mereka dapat mengesan awal kejadian tsunami sebelum tsunami mencecah di pantai-pantai pada 26 Disember 2004. Jadi banyak nyawa terselamat di sebelah selatan Thailand. Walau bagaimanapun, perkampungan orang-orang ini di tepi pantai di wilayah Phang Nga seperti di Tap Tawan mengalami kerosakan teruk. Harta awam di kampung mereka semua punah jahanam.
ufawallet777.club UFABet True Wallet Play and get prize money for sure. Special bonus credits given out every day. Meet the needs of players of all levels with VIP service 24 hours a day
BalasPadam