Selasa, 19 Februari 2013

Hantu Bela Anak


Tajuk filem ini adalah ผีเลี้ยงลูกตน Pii Lieng Lug Ton dan judul bahasa Inggerisnya adalah Ghost Mother. Judul bahasa Melayunya aku agak, Hantu Bela Anak Sendiri. Macam bahasa Indonesia pulak, hahaha...

 

Sinopsis

Aku sebenarnya tak rasa seram pun tatkala menonton filem ini. Tidak tahu lah mungkin orang yang menontonnya mempunyai perasaan berbeza-beza. Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nunta. Beliau tinggal bersama dengan tiga orang anak saudaranya serta menjaga mereka dengan menjual patungku di gerai tepi jalan. Mereka ini sebenarnya anak yatim. Abang sulung Nunta meninggal dunia dibunuh semasa menjadi pemberi maklumat polis mengenai sindiket pengedaran dadah. Disebabkan hal ini, Nunta dan keluarganya menjadi buruan sindiket pengedaran dadah kerana mereka bimbang kegiatan mereka akan terbongkar. Abang Nunta meninggalkan tiga orang anak serta sedikit wang untuk Nunta terus hidup dengan adik bongsu dan anak-anaknya.  

Dalam cerita ini juga, muncul satu lagi watak iaitu Sumet. Beliau ini seorang anggota polis berpakaian preman. Secara kebetulannya, cerita beliau ini dijalinkan dengan cerita Nunta apabila beliau terlibat bekerjasama dengan abang Nunta bagi menghapuskan sarang mengedar dadah. Sumet mempunyai masa lampau yang menyedihkan. Beliau pernah cuba menyelamatkan seorang gadis daripada ditembak orang gila dengan cuba menyerang hendap dari belakang pintu yang ada kaca kabur. Malang sekali nasibnya kerana tembakannya bukan sahaja terkena orang gila mengamuk tak berbaju tersebut sebaliknya juga menembusi badannya dan terkena gadis malang itu. Gadis tersebut mati di situ juga. Kejadian yang menimpa keluarga Nunta juga mengingatkan Sumet akan kejadian yang menghantui benaknya itu. Sumet menghadiri majlis pengebumian abang Nunta.   

Nunta telah diculik oleh pengedar dadah lain semasa berjalan di lorong gelap sambil membawa barangan yang dibeli untuk meniaga. Gadis ini agak berani juga pada pendapat aku kerana dia melawan dan lari dari van semasa setan pengedar dadah tersebut hendak merogolnya. Dia lari sehinggalah sampai ke tempat potong kereta di pinggir bandar. Dalam hujan dia melarikan diri bersembunyi sampai ke dalam sebuah bas lama. Malang nasibnya, dia ditemui oleh setan pengedar dadah botak. Dia menggigit tangan lelaki tersebut dan memukul mereka. Seorang kenalan keluarga Nunta pun terlibat juga. Semasa dia hendak melarikan diri lagi dia terpijak bekas dadah setan yang memukulnya itu. Setan itu naik gila lalu menjerut lehernya sampai mati. Sewaktu nyawanya hampir tercabut imbasan adik-adiknya terpampang di ruangan kepalanya. 

Pada malam yang hujan itu juga, Sumet pergi ke candi kuburan melawat kubur mangsa yang tak dapat diselamatkannya itu. Dia menyembah Ong Buddha di dewan puja kecil di kuburan. Tuk sami di candi kuburan itu bercakap sedikit tentang hakikat kematian. Aku cuma nampak lepas itu, Sumet bermain pingpong diikat benang sahaja sampai subuh. Dalam pada itu juga, setan pengedar dadah tersebut melempar mayat Nunta yang malang itu ke tasik. Tempat buang mayat mangsa bunuh di Thailand Tengah aku agak di daerah Bangsai lah kot. Nampak watak-watak setan dalam tu muntah bau busuk kata mereka. Sementara itu, di rumah pula... Anak saudara Nunta yang sulung tertidur menunggunya di meja belajar terjaga apabila mendengar bunyi di dapur. Didapati bahawa Nunta sedang menguli tepung di dapur untuk persiapan perniagaan gerai patungku mereka keesokan harinya. Air mata darah Nunta menitis dalam tepung tanpa disedarinya. Keesokan harinya, dua beradik anak saudara kepada Nunta berjualan di gerai patungku. Sumet membeli patungku mereka berplastik-plastik untuk disedekahkan kepada balai polis tempatnya bekerja. Polis-polis itu suka makan patungku tersebut. Sumet mendekati keluarga Nunta kerana dia tahu yang pengedar-pengedar dadah tersebut akan mencari keluarga tersebut dan mengganggu mereka manakala kes tersebut masih dalam simpanan fail polis. Nunta yang telah mati itu pun, masih lagi pulang ke rumahnya kerana dia sedar keluarganya berada dalam bahaya. Dia ada menemui adik bongsunya di pusat membeli-belah dan cuba memberitahunya sesuatu.

Mangsa pertama yang mendapat balasan perbuatan setan mereka adalah pemuda yang bekerjasama dengan pengedar dadah yang menjadi setan utama yang menjerut mati Nunta. Nunta membuat khayalan menurut cara roh-roh yang tidak puas hati dan menyebabkan pemuda tersebut jatuh dari biliknya melalui tingkap selepas pemuda itu pulang dari lepak di disko. Pemuda tersebut masih tidak mati, dan satu pecahan kaca jatuh tertusuk atas kepalanya. Dia pun mati lah di tempat kejadian. Anak saudara Nunta tidak mengetahui tentang kematian kakak mereka dan mereka nampak "ibu saudara" mereka di rumah. Sumet pergi ke rumah Nunta selepas mendapati anak saudara Nunta tidak berniaga. Dia menemui "Nunta" di rumah tersebut dan mereka bersembang sebentar. Kemudian, adik perempun Nunta, Si Nuch yang tinggal menyewa dengan kawan datang ke rumah tersebut. Sumet menjenguk di tingkap dan selepas berpaling semula ke meja dilihatnya Nunta sudah hilang. Nuch curiga kenapa Sumet yang tidak dikenali itu masuk ke rumah orang. Selepas melihat kad pengenalan polis, baru lah dia yakin Sumet bukan menceroboh sesuka hati. Setiap petang sahaja, Nunta akan kelihatan berada di sekitar rumahnya. 

Malam esoknya, mangsa kedua adalah setan yang menjadi pemandu van yang menculik Nunta. Setan tersebut dijatuhkan ke dalam lubang saliran air di bandar dan penutup batunya ditutup. Pengedar dadah masih lagi memburu adik Nunta yang seorang lagi selepas mereka tahu budak itu bukan budak kecil. Mereka hendak memburunya sebagai tebusan bagi melepaskan diri mereka daripada pihak polis.

Suatu malam Sumet pergi lagi ke candi kuburan melawat kubur abang sulung Nunta. Semasa dia duduk bersandar melepak di kuburan dan bercakap dengan kubur abang Nunta, dia nampak darah meleleh-leleh keluar dari gambar pada maklumat candi kubur abang Nunta. Kemudian, dia mendapat ilham bahawa mayat abang Nunta pernah dibuang di tempat Nunta dibuang oleh setan pengedar dadah. Jadi, dia bergegas ke sana. Dia mencari-cari di celah ranting kayu lantas menemui perca kain berbentuk tali yang panjang. Apabila ditarik, didapati bahawa tali tersebut menjerut leher satu mayat. Sumet mengecam gelang tangan di tangan mayat tersebut sebagai gelang Nunta kerana dia nampak "Nunta" memakai gelang tersebut di tangannya semasa mereka bersembang tempoh hari. 

Sumet juga mempunyai kemusykilan.... Sama ada roh Nunta kembali semula atau dia sebenarnya hanya khayalan mainan mata sahaja kerana dia nampak sendiri Nunta di depan matanya. Nunta sentiasa berada bersama adik-adiknya pada waktu petang dan malam. Jadi, dia menemui semula tuk sami di tempat puja candi kuburan dan bertanyakan hal tersebut. Tuk sami kata bahawa orang yang ada benda tak siap pasti akan sangkut rohnya tidak boleh pergi ke alam lain menjelma. Selepas itu, Sumet pun bertapa semadi sebentar dalam dewan puja menumpukan perhatian kepada Guru dalam usaha mencari jawapan. Kemudian dia pergi ke bahagian forensik pula. Mayat tersebut dituntut oleh Sumet bagi pihak keluarga Nunta untuk pengebumian molek-molek. Sumet membawa mayat Nunta untuk dibacakan doa oleh tuk sami.  

Di tempat lain pula, pengedar dadah yang menjadi setan utama itu membunuh pula kepala bapa kepada pengedar dadah tapi kemudian sarang mereka digeledah polis. Si setan pembunuh itu terlepas melarikan diri dan rakan subahatnya yang dua orang lagi menculik adik Nunta untuk dibawa ke kawasan kereta potong. Sumet mengekori mereka selepas mendapat maklumat. Semasa setan itu mengugut hendak menembak anak saudara Nunta iaitu Si Prae... Sumet mengimbas kembali kenangan buruknya tertembak mati mangsa yang menjadi tebusan. Dia meletakkan pistolnya tetapi kepalanya pun dihentak oleh kawan kepada setan pengedar dadah itu. Di situ, roh Nunta kembali untuk melindungi anak saudaranya. Dia membuat khayalan kepada si penjenayah tersebut sehingga mereka terbunuh dengan perbuatan mereka sendiri kerana roh orang mati tidak boleh mengapa-apakan tubuh manusia secara terus. Penjenayah tersebut tertembak saluran minyak kereta lalu mencetuskan letupan besar dan dia pun mati terkena letupan kerana kakinya tersangkut dengan cangkuk kren yang jatuh atas cermin dashboard kereta. Sumet yang pengsan dilindungi oleh adik Nunta manakala Nunta datang melindungi mereka berdua daripada terkena unsur api.

Keesokan harinya, barulah anak saudara dan adik bongsu Nunta sedar bahawa Nunta sebenarnya sudah mati. Sumet, adik bongsu Nunta dan anak-anak saudara mereka nampak rohnya berada di hadapan bilik sembahyang mayat. Adik dan anak saudara Nunta mengenang kembali masa mereka bersama dengan Nunta dan kemuliaan hatinya. Nunta pun melepaskan ikatan dan kerisauannya pasal hal dunia untuk masuk ke alam lain. Penamatnya, Sumet menggenggam gelang tangan Nunta semasa berjalan melalui candi kuburan....

Komen 

Komen aku lah selepas menonton. Aku suka kepada muzik penamat cerita ini, lagu rock kapak cik! Rock tetapi dalam masa yang sama sedih. Ok lah, filem ini menggabungkan gaya kehidupan masyarakat biasa saja di Thailand kita. Ada jenayah dalam masyarakat misalnya sindiket pengedaran dadah dan juga kehidupan rakyat biasa yang misalnya menjaja makanan ringan seperti patungku, minuman dan sebagainya di pinggir jalan di kota raya Bangkok. Hakikat kehidupan ini dilihat dengan kejadian-kejadian aneh yang melibatkan alam ghaib sebaik sahaja gadis itu mati dibunuh.

Di sini lah timbul persoalan sama ada "Nunta" sebenarnya kembali semula kepada kehidupan atau dia dilihat hanya sebagai satu bayangan dari khayalan mereka yang terlibat dalam cerita ini? Hal ini dapat dilihat menerusi gabungan subjek keagamaan misalnya perbualan anggota polis itu sendiri, iaitu Sumet dengan tuk sami di candi serta dia sendiri pun melihat orang yang sudah mati itu tanpa mengetahui yang orang itu sudah meninggal dunia. Nampak lah bahawa, gadis yang sudah mati itu kembali semula setiap petang ke rumah membantu anak-anak saudaranya yang masih kecil dan bersekolah melalui kehidupan mereka sebagai anak yatim. Yang lebih menakutkan daripada roh si mati membalas dendam adalah pengedar dadah setan itu sendiri memburu mereka sampai ke lubang cacing dan cuba untuk membunuh mereka semua. 

Kalau kita lihat daripada kaca mata orang Barat, filem ini tak lebih daripada sejenis filem seram dengan perjalanan cerita yang mendebarkan sahaja. Tapi jikalau kita hayatinya secara betul-betul, dapatlah kita lihat bahawa filem ini mengandungi pelajaran-pelajaran penting berbentuk kerohanian dan juga menerangkan konsep karma dalam masyarakat penganut ajaran Buddha. Karma itu berasal dari pemikiran manusia, tidak mengira ia baik atau buruk. Ia adalah hukum perbuatan yang terjelma dari pemikiran dan hati makhluk. Manakala roh-roh yang tidak berjasad cuma boleh membuat "maya" sahaja kepada manusia hidup walaupun mereka berada di sekeliling kita. Hal ini tampak dalam beberapa kejadian aneh seperti penjenayah-penjenayah melihat perkara-perkara buruk sebelum mereka terbunuh.   

Bagi mereka yang percaya kepada kehidupan selepas kematian atau pun hati nurani makanya, filem ini bukan sahaja filem yang hanya ada orang terputus kepala atau ada kejadian bunuh-membunuh atau pun kejadian seram serta aneh. Filem ini bukan jenis filem seram yang biasa... Ia sebuah filem yang bercakap juga mengenai kemuliaan hati seorang ibu saudara muda yang menyayangi anak-anak saudaranya. Walaupun dia sudah mati, tapi tetap pulang beberapa hari ke rumah untuk membantu adik-adiknya yang tidak tahu apa-apa untuk meneruskan kehidupan. Ikatan Nunta dan adik-adiknya ditonjolkan dengan penuh emosi serta iringan muzik yang menyayat hati.

Tak perlu pempuan pakai baju seksi-seksi tayang paha atau payudara pun untuk cerita hantu. Aku tak faham setengah pengarah filem perlu nak menonjolkan watak wanita dengan badan terdedah semata-mata hendak dapat penonton ramai. Kalau dah macam itu, baik buat filem lucah sahaja lagi senang. Maksudnya pun straight to the point... Apa betul? Apa salah?    

Barisan Pelakon

Filem ini dibintangi antaranya oleh...

Adik-beradik Nonta....

Chai - Chelad Na Songkhla
Nonta - Pacharapha Chaichua
Nuch - Sudarattan Wonggarud

Anak Saudara Nunta

Prae - Fokat Chirakun
Mhai - Nattanicha Chiedchubupagari
Thong - Nong Taikeo Thonkon Vishnubhumi

Yang di atas tu semua watak-watak dalam keluarga gadis malang Nonta adalah makcik kepada tiga anak yatim tersebut... Nama betul pelakon adalah yang panjang-panjang payah nak baca itu. Yang berikutnya nama watak lain...

Sumet - Thana Sutthigamon
Tong - Kowit Wattanakula
Meuk - Dhiti Phumawn

Maklumat 

Keluaran: 2007
Pengarah: Tharaton Sripanwarapon

Maklumat pasal penerbit aku tak dapat lagi tak kuasa aku nak tunggu sampai habis penghargaan selepas penamat filem tu. Mana lah tahu kalau-kalau tuan-tuan yang singgah mai berminat nak menjadi pelakon di Bangkok sana, haha.... Mengantuk lah...

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Tak seram sangat la, hahaha... Babak putus kepala tu mesti ada punya lah, lol...

      Padam
    2. -_____-"

      Hmm. Boleh tak saya nak minta contact khun khru? Saya ada benda nak cakap secara privasi, lah. ^_^#

      Padam
    3. Eh, peribadi bagaimana tu? Ok saja. Kalau boleh bantu, saya akan cubalah membantu kawan2 saya, huhu. Sila emel kepada usrapuydnte.at.gmail.com. Saya akan cuba segera melayani pertanyaan saudari kawan saya, hehe.

      Padam
    4. Nak menjaja hal rumah tangga. :P Nanti saya cakap dalam emel ya. :)

      Betul ke itu emelnya? o.O

      Padam
    5. silap ejaan tu ada huruf tertinggal, haha... usrapuydante.at.gmail.com macam itu. rumah tangga? ayoyo!!

      Padam