Rilek sat... Tajuk lagu ni, คนข้างๆ khon khang-khang makna dia orang keliling hangpa atau sapa-sapa saja sebelah menyebelah hangpa. Hangpa rasa hangpa menghargai dak orang sekeliling hangpa? Tak kira lah sama ada orang-orang tu ibu hangpa ka, pak hangpa ka, tuk wan ka, rakan-rakan, jiran, peminat, rakan kerja, boyfren, girlfren, dan mak neneknya...
Kebahagian tu menatang apa? Ramai orang fikir bahawa kebahagiaan itu nak kena pergi cari jauh. Jadi, band 25 Hours cuba berkongsi saat-saat indah dengan kita semua bersama-sama yang tersayang dalam lagu sulung depa ini menerusi album Color in White. Bahawa saat indah ini wujud saja di sekeliling kita. Tidak perlu pergi jauh pun untuk mensyukuri hidup ini.
Lagu ini sebenarnya bercakap mengenai rasa kegembiraan bila kita bersama dengan keluarga, sahabat handai atau sesiapa sahaja yang turut sama terlibat dalam perjalanan hidup kita ni. Aku suka video puak ini fasal dia menunjukkan kepada kehidupan biasa-biasa saja. Puak penyanyi ni punya genre lebih kepada independent music. Rindu lar kat kota Bangkok, damn!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan