Jumaat, 10 Jun 2016

Persediaan Sebelum ke Phuket


Apa khabar rakan-rakan sekelian? Lama juga aku tidak bersiaran. Beginilah kehidupan kita selepas bekerja. Sibuk sentiasa dengan karenah di pejabat. Sebelum kerja, kita tak ada duit, tak boleh bergerak. Selepas kerja pula tak boleh bernyawa kerana sesak sangat. Sempena bulan berpuasa ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa bagi rakan-rakan beragama Islam. Nanti untuk kosa kata bulan puasa kita, bolehlah aku buat masukan mengenai bulan puasa pula. 

Baru-baru ini, aku agak obses atau sakai sedikit dengan aplikasi telefon instagram. Seronok bila berkawan dengan rakan-rakan dalam dan luar negara. Kita dapat melihat pelbagai jenis gambar menarik yang diedit atau diambil secara profesional oleh pengguna-pengguna instagram. Melihat gambar-gambar tersebut sahaja sudah membuat aku terliur untuk melawat tempat-tempat tersebut terutamanya jika ia dekat dengan sini.

Aku ada berkenalan dengan seorang rakan beragama Islam ini, dari wilayah Phuket. Kena pula beliau adalah seorang pejawat awam jadi aku rasa begitu seronok sekali. Tapi baru-baru ini nampak macam beliau tidak stabil jadi aku segan hendak menegur beliau melalui aplikasi Line. Lagi pula, beliau cuma kenalan bukannya teman rapat.

Bulan hadapan aku merancang untuk ke Phuket. Aku telah pun menempah tiket AirAsia pada 8 Julai 2016 untuk ke sana. Penerbangan dijangka bertolak pada jam 8:40 pm dan sampai pada 9:05 pm. Sebenarnya tarikh tersebut tak begitu cantik sebab kita masih lagi dalam suasana hari raya Aidilfitri. Kenalan di Phuket itu pun memberitahu bahawa beliau akan pulang ke kampung beliau di Phang Nga di tanah besar untuk berhari raya dengan keluarga. Aku saja acah beliau mengatakan hendak ikut balik kampung. Beliau tak beri komen apa-apa jadi aku fahamlah beliau mahu masa dengan keluarga dan rakan-rakan beliau. Apa nak buat? Aku jangka bahawa aku akan sibuk sehingga tak sempat bernafas pun selepas kemasukan kelompok bos baru di pejabat aku nanti. Tiket pun sudah ditempah jadi pergi lah juga. Sebab host tidak ada, maka aku kena membuat research mendalam dulu sebelum pergi bagi mengelakkan masalah.

Jadi baik aku senaraikan dulu laman-laman blog yang berguna untuk rujukan:

Pelancong Malaysia

Pelancong Indonesia


Pelancong Asing


Rujukan ini termasuk sekali dengan wilayah Phang Nga sebab wilayah itu cuma terletak seberang di tanah besar di utara Phuket. Tempat itu pun cantik penuh dengan khazanah hutan dan laut biru. Aku memang suka alam semulajadi tak suka sangat tempat yang terlalu ramai orang. Aku rasa tempek juga rujukan untuk Krabi, tempat itu pun macam best.

Jadi, persiapan yang rapi perlu ada. Sebabnya aku tiada lesen motorsikal manakala nak menyewa kereta mungkin mahal dan aku tak reti tatacara di jalan raya Thailand. Di Malaysia pun aku masih terhegeh-hegeh memandu, apatah lah lagi di Thailand yang lebih gila itu, haha. Kena periksa jenis-jenis pengangkutan awam di sana dan nombor-nombor telefon bila terdesak. Rakan-rakan yang suka melancong ke Thailand atau negara Indochina lainkali share-share sama pengalaman anda ya. Tak pun boleh saja hubungi aku, kita boleh jalan sama-sama, belajar sama-sama. 

Bebelan aku saja, aku sebenarnya lagi suka duk di Kedah atau Perlis. Jadi, aku dekat dengan tempat-tempat tersebut. Boleh aku memandu saja masuk ke sana. Duk di sebelah selatan bosan. Tempat yang best dan cantik pun di selatan aku rasa cuma di Melaka. Yang lain-lain mungkin ada cuma aku tak nampak lagi. Kalau dekat lagi bagus jimat duit aku, hahaha.

Rujukan Lain

Tips Persediaan Perjalanan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan