Rabu, 20 Ogos 2014

Orang Tai


Orang Tai ini merujuk kepada populasi keturunan penutur bahasa Tai purba yang sama, termasuklah populasi-populasi kecil yang sudah berhenti bercakap Tai. Lebih kurang 8-10 juta penduduk di Timur Laut India dari beberapa negeri di Republik India mengakui mereka berketurunan Tai-Ahom atau keturunan kacukan dengan etnik lain. Kini, mereka bertutur bahasa Assam. Separuh lagi di negeri Arunachal Pradesh boleh bertutur bahasa Tai. Orang Tai boleh dikenalpasti menerusi bahasa dan loghat mereka.

Jadi, kalau orang Melayu itu, orang Melayu lah. Kalau orang Tai itu adalah orang Tai lah. Siam itu merujuk Sri Ayutthaya. Sri Ayutthaya bukan sebuah negeri Ulu lagi pada kurun ke-13 M sebaliknya adalah sebuah negara dan empayar yang berhubungan diplomatik dengan negara lain. 

Istilah-istilah seperti Siam Asli semua itu mengelirukan orang-orang yang tidak baca antropologi dan genealogi. Sebab itu, kita membuat penyesuaian antara linguistik dengan etnologi. Bertutur bahasa tertentu tidak menyebabkan DNA mitochondrial manusia berubah. Begitu juga tidak kena mengena dengan rantau agama tertentu. 

Siddhartha Gautama Buddha berketurunan Śākya dari zaman Veda (1500-500 SM). Bukannya berasal dari Siam dan bukan dari Sukhothai. Buka kitab perundangan Hindu, Kitab Manu untuk maklumat lanjut mengenai keturunan tokoh Buddha tersebut. Penduduk Muslim di Pakistan dan India Utara pun masih mengamalkan sistem 'Uruf (adat) untuk perundangan Syariah jadi adat-istiadat Hindu pun masih diguna untuk menjatuhkan hukum menerusi lembaga Panchayat.

Orang Pakistan pun ramai ingat mereka keturunan Arab hanya sebab beberapa dinasti Arab seperti Umayyah, Fatimiah dan Abbasiah pernah memecah masuk ke kerajaan-kerajaan Hindu di Lembah Indus. Padahal dengar lagu dan budaya yang banyaknya, Hindu. Mungkinlah sekerat dua itu betul-betul keturunan Arab. Tapi keturunan Arab jarang kahwin campur kecuali jika ada kes tertentu saja.

Rujukan

Penutur kebanyakan bahasa cabang Tai dari keluarga bahasa Tai-Kradai ini tersebar di banyak negara di Selatan China, Indochina dan Timur Laut India. Tidak pelik juga, terdapat banyak istilah digunakan untuk merujuk puak-puak Tai di rantau tertentu.

Di China, orang Tai di rantau barat daya dipanggil dengan istilah payungan umum, orang Dai sahaja. Istilah ini membezakan mereka daripada penutur bahasa Tai cabang lain yang disebut orang Rau (bukan Rao atau Rawa di Sumatera). Nama rujukan bangsa di luar China berubah-ubah tapi yang selalu dipakai itu adalah Tai yang bermaksud "manusia". Istilah lain yang lebih terbatas di Indochina seperti Lao itu tidak dikenali terbitannya. Barangkali berkaitan dengan bunyi Rau itu, atau dari bahasa China Han, Lao, merujuk maksud, tua.

Rujukan Lao ini selalunya merujuk orang Laos. Ia turut merujuk dua daripada tiga kelompok keluarga kecil Lao-Phutai di sebelah barat daya iaitu penutur loghat Isan: Nyaw atau Yaw dan Phu Thai. Istilah Thai atau Tai ini terkenal dalam kelompok penutur cabang barat daya....

Pembahagian Kelompok Tai 

Cawangan Utara
  • Shan
  • Tai Ya
  • Tai Nüa
  • Tai Hongjin
  • Khamti
  • Tai Laing
  • Tai Phake
  • Tai Aiton
  • Khamyang
  • Ahom
  • Turung
  • Sapa
Cawangan Chiang Saen
  • Thai
  • Thai Utara
  • Tai Daeng
  • Tai Dón
  • Tai Hang Tong
  • Tai Lü
  • Tai Dam
  • Khün
  • Phuan
  • Thai Song
  • Tày Tac
Cawangan Selatan
  • Thai Selatan
Tambahan catitan untuk orang kacukan yang separuh Melayu dan separuh Thai hasil daripada pengaruh Siam itu, kita panggil orang Samsam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan