Sabtu, 13 Julai 2013

Makanan: Keng Phed Peid Yang


Hari ini hujan lebat pulak di luar. Terasa gatal tangan hendak bubuh lagi resipi untuk tatapan umum, muahahaha... Untuk masukan resipi yang ini, kita cuba buat Keng Phed Peid Yang แกงเผ็ดเป็ดย่าง yang bermaksud Gulai Merah Itik Salai. Untuk itik salai, hangpa boleh cari di kedai orang Minang kalau duduk di Seremban lah. Rempah kari merah itu, ada saja di sini. Boleh cari di kedai orang India atau gerai-gerai sayur di Pasar Puchong tempat orang Myanmar dan orang Bangla berjualan. 


Bahan-Bahan

Santan
Nenas
Tomato
Cabai merah besar
Daun limau purut
Itik salai atau itik bakar hang potong nipis
Daun selaseh
Sos ikan atau nam pla
Keng phed atau rempah kari pedas warna merah tu
Gula
Garam
Minyak

Cara Masak

Mula sekali hangpa panaskan periuk dan buh minyak. Selepas itu, tumislah rempah gulai merah itu. Halnya sama lah seperti hangpa masak gulai Melayu jua. Api bagi sederhana na. Bukan pasai apa, sebab kita tak mahu rempah itu hangit. Kacau-kacau dengan penuh perhatian. Jangan duk buat lepa pula pi menonton wayang drama di televisyen. Hangit naya lah kena tauk buang buat lain atau kempunan satgi.

Jika nak tahu rempah itu sudah masak ka tidak, cubalah hangpa tengok warna dia tu kalau dia pecah elok saja dalam minyak tak hangit serta berbau aroma rempah maka dia masaklah tu. Apabila sudah masak, maka hangpa bolehlah menuang santan ikutlah berapa mangkuk yang hangpa suka kerana santan ini merupakan bahan utama juga dalam gulai ini. Tunggu sehingga santan itu menggelegak sedikit maka keratlah cabai merah besar hangpa itu. Kerat bagi serong-serong begitu.

Nak diikutkan, cabai itu tak memedaskan pun masakan ini. Sebaliknya rasa pedas sikit itu mungkin mai dari rempah keng tersebut. Keratlah tomato hangpa berapa biji yang hangpa suka sebab dalam masakan Siam atau masakan orang Lao pun, kita tak suka sukat. Dia macam alah bisa tegal biasa lagutu. Bubuh nenas, hangpa nak kerat macam mana pun tak apa pasal nanti masuk dalam perut dia kisar juga. Koyak-koyak daun limau purut bubuh lah dalam keng itu. Rendahkan sedikit volume api supaya bahan-bahan seperti tomato dan nenas tidak terlampau lembik. Masukkan garam, gula serta sos ikan secukup rasa. Untuk perencah ini, hangpa kena cuba sedikit-sedikit untuk tengok berapa banyak gula atau garam yang sesuai. Bagi nam pla atau sos ikan itu tak payah lah sampai setengah botol hang hentam. Bubuh sedikit sahaja macam suku senduk saja. Kacau lagi.

Kemudian, bolehlah tambah itik salai atau itik bakar hangpa. Tunggu sampai keng itu menggelegak baru bubuh daun selaseh. Bila tambah daun selaseh tu kacau sikit tapi jangan terlampau ganas sangat sebab kita bimbang kulit rangup itik salai atau itik bakar itu tertanggal. Selepas itu, siaplah gulai merah itik salai kita. Hidang cantik-cantik atau bagilah kawan hangpa cuba. Harap-harap aku ada banyak masa lapang lagi. Aku nka berterima kasih pada dermawan-dermawan hari itu. Tak kira besar ka kecil pun, kita bagi wai (tabik) samarata kepada semua yang bermurah hati, khop khun maak maak na khaap!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan