Ahad, 14 April 2013

Selamat Tahun Baru 2556 T.S


 สวัสดีปีใหม่ไทย...สุขสันต์วันสงกรานต์คร๊าบบบ
Swaddi pi mai Thai... Suksan wan Songkrant khraapp 

Aku mengucapkan selamat menyambut pesta Songkran dan selamat Tahun Baru Saka 2556 kepada rakan-rakan Siam sekelian. Perayaan ini sebenarnya adalah rentetan kepada pelbagai jenis perayaan. Bagi yang belum tahu, perayaan ini adalah perayaan yang sama dengan perayaan Sankranti di sebelah India sana. 

Kita gunakan takwim qamariah untuk perkara-perkara lain tapi permulaan tahun baru akan dikira menggunakan takwim shamsiah. Maksud Songkran ini berasal dari kata Sankranta iaitu "berubah atau bergerak". Sebab matahari bergerak ke bintang Rasimet atau Aries. Yang ini menurut ilmu nujum dikenali sebagai Mesa Sangkranti. 

Semasa tahun 1012-1044 M, maharaja Wira Rajendra Chola I dari negara Tamil dikatakan pernah menguasai sebahagian Selatan Siam serta kawasan lain selepas menghentam empayar Sriwijaya. Jadi pesta Songkran ini sebenarnya berbetulan dengan tahun baru Hindu yang dikenali sebagai Puthandu, yang menurut kepada kecerahan matahari musim bunga Nirayanam yang jatuh sekitar 13 atau 14 April takwim orang Romawi. 

13 atau 14 April ini menandakan hari pertama bulan Chittira dalam takwim Hindu di Selatan India. Kecerahan matahari musim bunga di kawasan khatulistiwa jatuh pada 22 Mac dan ada penambahan 23 darjah gegaran kepadanya, jadi ada sisi sebenar dikenali sebagai Nirayana Mesa Sankranti atau perubahan matahari masuk ke Rasimet Nirayana. 

Jadinya, perayaan Songkran ini berlaku pada tarikh yang sama juga di India seperti di wilayah Assam, Bengal Barat, Kerala, Manipur, Odisha, Punjab, Tripura, Tamil Nadu serta di negara lain seperti Nepal, Bangladesh, Sri Lanka, Kemboja, Laos, Myanmar dan Selatan China di wilayah Yunnan. 

2 ulasan:

  1. Selamat Tahun Baru, khun khru. ^___^

    2557, ya? Bukan 2556?

    BalasPadam
  2. slmat tahun baru... betul tahun 2556 Saka... terpening dengan kalendar wikrama sebab ada banyak jenis kalendar, haaha.. terima kaseh betulkan.

    BalasPadam