Isnin, 24 Disember 2012

Falsafah Hindu


Ni sedikit masukan aku untuk falsafah Hindu lah. Ini untuk rujukan kawan-kawan kita yang beragama Buddha jugak lah. Kita menganut sesuatu ajaran itu bukan sekadar ikut-ikutan sahaja. Kita sebolehnya mengambil berat juga pasal sejarah, pusat sebaran, kawasan sebaran ajaran, dan pelbagai perkara penting selain daripada pengamalan ajaran tersebut dalam kehidupan harian.

Sebelum Phra Buddha Chao mencapai pencerahan pun, keluarga baginda telah pun menurut kepada adat istiadat kaum Brahmin. Bab Buddha lampau tu kita buleh cerita lain sebab dalam agama Hindu pun ada rujukan mengenai Siddha atau orang yang mengetahui ilmu ghaib dan tak semestinya menurut kepada kitab veda kaum Brahmin. Pasal orang-orang yang bercakap pasal pemurnian ajaran Buddha menurut aliran Theravada daripada pengaruh Brahman. Dasar dia ada pada pergerakan Dr. Bhim Rao Ambhedkar (1891-1956). Ni lebih kurang puak-puak orang Islam la jugak. Ada gerakan Wahhabi mak nenek semua. Dia saja betui orang lain kepala salah.  

Jadi aku nak explain dahulu. Hindu ni apa menatangnya? Hindu ni adalah sebutan orang Parsi kepada sebutan Sindhu yang merujuk kepada kawasan tamadun di sekitar lembangan Sungai Sindhu di sebelah benua India sana. Mengikut perubahan zaman, maka kawasannya merebak sampai ke sebelah Afghanistan di barat jauh, ke utara di kawasan banjaran Himalaya sehingga ke selatan India zaman moden ini. Biang-biang tamadun ini juga terlepas ke kawasan Suvarnabhumi, Suvarnadvipa, Javadvipa dalam pulau-pulau wilayah Indonesia, Jepun, Tibet, China, Mesir dan jugak Semenanjung Korea. Agama Hindu menurut orang Hindu sendiri, depa rujuk sebagai Sanatana Dharmma atau Perundangan Alam yang Abadi.

Sebenarnya, benua India yang dipenuhi oleh puak-puak panas baran itu sangat lah kaya dengan pelbagai jenis falsafah purba yang boleh dikesan sehingga ke zaman kitab suci Upanishad mula dikarang jadi kitab dalam zaman-zaman kitab veda yang lewat.

Falsafah Hindu ini boleh terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis:

1. Astika atau Ortodoks
2. Nastika atau Heterodoks

Yang jenis kedua itu pula bergantung sama ada pengikut falsafah atau ajaran itu mengiktiraf kesahihan wahyu kitab suci veda sebagai sumber yang maksum kepada pengetahuan ghaib atau sebaliknya.     

Aliran Astika

Ada enam jenis banyaknya....

1. Nyaya
2. Vaisesika
3. Sangkhya
4. Yoga
5. Purba Mimangsa
6. Vedanta

Aliran Nastika

1. Jina
2. Buddha
3. Charvaka atau materialis

Semua sekali aliran cabang ada 10 banyaknya. Bagi tokoh macam Vidyaranya, beliau mengelaskan falsafah Hindu kepada enam belas aliran termasuklah aliran yang dianutinya iaitu aliran Saiva dan pemikiran Raseswara dengan yang lain.

Aliran-aliran falsafah Hindu yang utama telah diresmikan secara tersusun sekitar abad pertama sebelum masehi sampai awal abad masehi. Abad seterusnya itu berlakunya banyak penghasilan ulasan dan formulasi semula ajaran agama yang berterusan sampai abad ke-20 masehi misalnya oleh tokoh seperti Prabhupada dan Aurobindo.

Persaingan dan integrasi antara pelbagai jenis aliran ini sangat sengit semasa zaman-zaman pembentukan aliran cawangan kecil, utamanya antara abad ke-8 sebelum masehi sampai abad ke-2 masehi. Setengahnya seperti ajaran Jina, ajaran Buddha, ajaran Saiva dan aliran Advaita terselamat manakala yang lain seperti Sangkhya dan Ajivika tak ada pengaruh dah kerana diasimilasikan ke dalam aliran lain atau pun memang dah pupus.

Istilah bahasa Sanskrit untuk ahli falsafah iaitu darsyinika, atau orang yang terbiasa dengan sistem falsafah atau darsyana digunakan sebagai gelaran kepada orang alim yang terlibat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan