Syok dak buleh threesum ngan cik kak chomei arroiii maaak, hahahaha
Lama aku tak jengok mai. Aku tak dan nak periksa semua bahagian belog yang dok ada tapi berasa gak macam nak boh input-input baru pasai Thailand kita. Baru-baru ni aku ada menonton gambaq Siam terbaru berjudul Saeng Paed. Gambaq ni pelik la sikit pasai dia jenih gambaq tema "Gay". Buleh ka kata lagutu? Aku pon tak tahu lar pasai depa pon sebut lagutu lam felem tu. Lantak pi la... Gambaq apa pon aku peduli apa. Thailand memang ada pelbagai jenis wayang gambaq tak mengira tema. Aku dok golek-golek Youtube bodo nak cari gambaq hantu Siam tengok-tengok jumpa filem ni. Awek dalam movie ni chun la jugak chomei gaduh nak menchelepap jah, hahaha.
Mula-mula skali aku nak komen bab filem ni punya gambaq atau dia punya setting. Aku suka setting dia, dia punya seni sinematografi ok lar gambaq-gambaq depa amik tu scene dia menarik walupon cuaca Thailand di Bangkok tu nak macam tempat kita ja tangni. Dah tentu lar setting dia sekitar kotaraya Bangkok. Felem ni momkin tak lepaih Malaysia pasai tema dia tu agak pelik sikit tapi kat Thailand depa berlain sikit pada sini sebab ajaran Buddha ajar jangan dok adili orang walaupun ada juga penganut ajaran Buddha Dharmma kita yang perangai tak semenggah. Tak buleh buat apa lar tang mana-mana sapa-sapa pon ada ja perangai ni.
Jangan risau jugak, pasai Thailand pon ada Lembaga Tapis Wayang Diraja yang dok pantau bahagian gambaq-gambaq lucah melampau yang berlawanan ngan norma masarakat berbudi. Gambaq ni tak dak scene lucah tapi sapa-sapa yang tak buleh terima jenih-jenih apa nama dia orang puteh kata... LGBT tu atau dok beragama sana-sini alim lebai dia tinggi pada orang lain, dinasehat cari gambaq len la dak pon tak payah tengok TV langsung. Lagipon ni pasai Thailand tak dak kena mengena ngan negara Islam mana-mana, haha. Bagi peminat-peminat felem tak peduli la hangpa minat felem apa pon atau yang jenih dok pengarah drama nak tengok kelainan atau segi sinematografi buleh la tengok buat contoh.
Aku tak beropa reti sangat tengok gambaq bahasa Melayu tapi ada setengah drama-drama Malaysia aku tengok la gak pasai gambaq dia cantik walupon setengah yang jenih-jenih seram tu macam haram ja. Yang Indonesia aku tak beropa nak paham depa dok sembang menatang apa. Felem depa tak beropa menarik perhatian aku gak. Kita sokong barangan tempatan kita: Pradett Thai ruam luat nua chat chua Thai... hahaha.
Sinopsis Gambarq
Aku buat sinopsis laguni la noh senang nak paham creta dia. Banyak sinopsis depa hentam tulih bahasa Siam, makanya kita tukaq jadi bahasa Kedah kita. Jangan dok gatai soh aku tukaq jadi bahasa Melayu besa, aku tak reti. Tak paham lantak pi ke hangpa la. Sapa soh masuk sini, hahaha.
Asalnya cerita ni daripada forum alam maya yang dipanggil sebagai Panthip.Com. Dalam forum tu ada satu bebenang yang dibukak seorang pemuda yang dikenali sebagai Paek sahaja sekitar awal abad Buddha 2550 (tahun 2006 macam tu). Waktu tu umuq dia dalam 24 tahun, dia keja di gudang penerbangan sebagai kerani serikat kapai terbang.
Tiap-tiap kali ada kejadian yang jadi dalam hidup Paek dengan dua-dua
watak ni dia akan tulih dalam forum Panthip. Kadang-kadang dia tak paham
ngan perangai dua orang yang wujud dalam hidup dia tu menjadikan kehidupan dia serabut. Makanya dia pon
menulih la dalam forum tu. Penerimaan peserta forum alam maya tu pon
agak memberangsangkan pasai depa berminat jugak dengan kisah macam ni.
Hari-hari ada sahaja soalan pasal kehidupan Paek maka ada jugak
jawapan-jawapan yang lagi menarik pasai kisah hidup Paek dengan dua
orang watak ni. Kisah hidup Paek ni jadi antara tajuk perbualan hangat
dalam forum Panthip. Cerita-cerita dia dikumpulkan oleh seorang penulih buku dan
ditulih balik dalam gaya bahasa budak-budak lani. Bila buku ni dijuai, dia cecah tarap best-seller teroih. Kemudian diangkat masuk dalam filem yang menghasilkan felem nih.
Paek (Itik) menceritakan kisah hidupnya dengan dua orang watak yang dikenali sebagai Ooi (Tebu) dan Gai (Ayam). Ooi ni merupakan rakan sekerja Paek dah tentu lar dia jantan. Dia senior kepada Paek tapi umuq dia sebaya. Hari-hari dia selalu dok menyempei kat Paek tapi Paek tak paham awat la menatang ni suka kacau hidup dia. Tapi lama kelamaan baru dia paham Ooi ni kurang kasih sayang. Mak dia mati masa umuq dia 9 tahun. Dia dok dengan pak dia saja, pak dia pulak suka dera dia pasai pak dia peninju jenih tak reti cakap sopan-sopan.
Keja pon Ooi bermasalah pasai dia selalu tuang keja. Bos gudang kapai terbang tu selalu suruh Paek pi cari Ooi pasai dia kata nampak depa dua rapit kot-kot dia tau apa masalah menatang tu. Paek pi rumah Ooi baru dia tau kawan tu kena ligan dengan pemiutang judi bola. Dia ketagih men judi bola pasai bosan. Akibatnya, Ooi kena pindah pi merempat sewa rumah murah. Dia mintak pinjam det sikit kat Paek dalam Bhatt 3000 nak bayaq utang dia. Berapa kali pi cari kawan tu dia nampak kawan tu lebam sana sini kena terajang. Dah lama-lama dia melepak ngan Ooi baru dia paham kawan tu punya perasaan semua. Dia paham kawan tu punya kesedihan, macam mana dia cuba nak lupa kesedihan hidup dia sorang-sorang.
Keja pon Ooi bermasalah pasai dia selalu tuang keja. Bos gudang kapai terbang tu selalu suruh Paek pi cari Ooi pasai dia kata nampak depa dua rapit kot-kot dia tau apa masalah menatang tu. Paek pi rumah Ooi baru dia tau kawan tu kena ligan dengan pemiutang judi bola. Dia ketagih men judi bola pasai bosan. Akibatnya, Ooi kena pindah pi merempat sewa rumah murah. Dia mintak pinjam det sikit kat Paek dalam Bhatt 3000 nak bayaq utang dia. Berapa kali pi cari kawan tu dia nampak kawan tu lebam sana sini kena terajang. Dah lama-lama dia melepak ngan Ooi baru dia paham kawan tu punya perasaan semua. Dia paham kawan tu punya kesedihan, macam mana dia cuba nak lupa kesedihan hidup dia sorang-sorang.
Gai ni pulak bekas awek kepada Paek. Tapi sebelum tu dia clash ngan Paek sebab jumpa jantan lain yang dia merembes lagi dan Paek waktu tu sengkek. Lepas satu kejadian, baru Gai tau jantan yang dia merembes tu gila babi panas baran jadi dia lari pi dok kat rumah Paek balik. Harapan dia, kot-kot Paek mau la amik dia balik jadi awek. Tapi lepas pada clash tu Paek dah tak stim dah kat Gai dia kangkang bagi pon Paek tak mo dah ke dia cuma dia layan Gai macam kawan ja. Satu hari Ooi pi cari Paek kat rumah dia, tiba-tiba terjumpa Gai. Gai terus merembes kat Ooi pulak. Dia nak kat Ooi tapi dia tak tahu lagi kata kawan tu tak minat awek. Dia muhung Ooi kata dia adik Paek. Berapa hari kemudian, dia sembang-sembang ngan Paek kata Paek jantan straight. Bukan gay. Buat apa dia dok bekawan ngan Ooi. Bek bagi Ooi ke dia. Nanti depa cuba perangkap Ooi soh balun Gai pasai depa dok berasa kot-kot Ooi ni cuma keliru sahaja.
Sampai pada kejadian tu, Ooi berasa kata Paek tak mo kawan ke dia mentang-mentang dia lagutu. Dia silap paham dia jadi sedih dia lari tak mo tunjuk muka pi ke Paek dah. Ooi berasa dia takdak sapa-sapa lam dunia dah lepaih Paek pon takmo kawan ke dia. Paek pon rasa besalah la, dia pi cari Ooi balik. Dia pikiq balik Ooi macam tu pon tak penah wat papa ke dia. Tak dak la dok wat benda-benda "bergay" tak senonoh pon ke dia cuma sembang-sembang kawan saja walupon time depa mabuk.
Cerita ni aku tengok macam takdak pengujung pulak pasai pengabeh cerita dia, Paek dok sorang-sorang kat macam rumah pangsapuri baru dok taip dalam komputer untuk forum Panthip pasai Ooi. Ayat terakhir Paek taip dalam forum Panthip tu: "ความรักเกิดขึ้นได้เสมอ ทุกคนมีสิทธิ์ที่จะรัก แต่...ไม่ใช่ทุกคนที่จะได้ครอบครอง" maksud dia lebey kurang: "Cinta tu boleh terjadi pada sapa-sapa pun. Semua orang pun ada hak untuk dicintai, tapi bukan semua orang tu boleh memiliki cinta."
Pelakon-Pelakon
Paek (Nath - Nathaphol Nilaphum)
Ooi (Thop - Athiwant Lamkun)
Gai (Kantun - Intira Ketuwansunthorn)
Pengarah: Sarawuth Inthiraphrom
Keluaran: 2009
* bunyi siam ayat tu: Khwam raq gied kheun dai semer. Thuk kon mi siththi chak raq. Tae... Maichai thuk kon ti chak dai robb rong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan