Muka ahli kumpulan muzik Bodyslam zaman muda-muda belia tahun 2005
Athiwara Khongmalai dok design jeans tahun 2010
Ni kita perkenal bagi artis-artis Siam. Aku nak perkenal band ni dari Thailand dikenali sebagai Bodyslam. Band ni merupakan kumpulan rock Siam dengan lontaran vokal dia dari Athiwara Khongmalai. Kat sini memang tak terkenal lah dah orang sini tak cakap bahasa Siam. Tapi kat Siam, US, dengan Eropah tang mana-mana ada masyarakat Thai memang depa ni terkenal sama macam artis Siam lain.
Dalam tahun 2010 sahaja kumpulan ni dah terbitkan lima album. Album yang paling terbaru berjudul คราม khraam.
Sejarah Perkembangan
Asalnya kumpulan nyanyian ni dikenali sebagai ละอ่อน La on. Makna dia budak-budak dalam bahasa orang Chiangmai. Tahun 1996, depa menyertai pertandingan kumpulan nyanyian pelajar-pelajar sekolah tinggi, depa panggil sebagai "Anugerah Muzik Gelombang Panas." Jadi, kumpulan ni menang hadiah pertama mengalahkan ratusan peserta dari kumpulan lain.
Kemudian, La On segera menandatangani satu perjanjian rekod dengan Music Bugs. Ni kompeni rekod di Thailand sana. Depa terbit keluaq album pop-rock yang judul depa bagi sendiri. Lagu paling femes dalam album tu bertajuk ได้หรือเปล่า Dai Reur Plao Buleh ka Dak, ni dalam tahun 1997. Aku derjah enam agaknya masa tu, hahaha. Kemudian dalam tahun ni jugak, ahli kumpulan ni memainkan balik watak depa dalam lakorn (drama TV) bertajuk เทพนิยายนายเสนาะ Thep Niyaai Naai Sano selain melancarkan lagu latar drama TV tu.
Kumpulan ni kembali semula tahun 2002 dengan nama baru Bodyslam. Depa berubah ke genre muzik yang berat sikit lagi dengan hanya tiga ahli sahaja kekal dari enam orang tu. Judul album pertama mereka bawah nama kumpulan baru ni berjaya juga menarik peminat. Album ketiga depa berjudul Drive menyusul tahun 2003. Pun berjaya jugak macam yang tahun sebelumnya. Depa memenangi Anugerah Muzik Video Channel [V] Thailand untuk "Kumpulan Pilihan" bagi muzik video depa Plai Thang.
Lepas album kedua, kumpulan ni melalui banyak perubahan. Depa meninggalkan kompeni Muzik Bugs dan kemudian tanda perjanjian dengan Genie Records anak serikat kepada GMM Grammy. Kompeni ni antara kompeni rekod terbesaq di Thailand. Sorang ahli dia Ratthapon Pannachet (Pao) keluaq dari kumpulan tersebut untuk kerjaya solo dia dengan album sendiri pada bulan November 2005. Pemain dram Bodyslam yang dah lama menyokong kumpulan dipanggil Chat mengumumkan dia menjadi ahli resmi kumpulan Bodyslam. Gambaq dia pun mula ditera sama pada poster, muzik video ngan kulit album. Tempat Chat diganti oleh Thanachai Tantrakun (Yod).
Album ketiga Bodyslam yang dilancar dalam April 2005 berjudul Believe menjadikan depa kumpulan penyanyi utama dalam kompeni GMM Grammy. Kejayaan album ni menjadikan kumpulan ni sebagai bintang dan depa ada konsert peringkat kebangsaan di merata-rata Siam dari tahun 2005-2006. Depa pon ada menang Anugerah Lemak Keempat bagi "Album Kegemaran" ngan Khwam Chuer jadi "Lagu Sepanjang Tahun." Dalam 15 September 2007, Bodyslam lancarkan album lagi berjudul "Save my life" dengan konsert terbesarq depa di Bangkok diikuti dengan awal bulan Oktober tahun tu gak.
Kejayaan album depa ni menyebabkan depa dapat lagi ramai peminat. Jadi antara kumpulan popular di Thailand. Album keempat depa tu memenangi Anugerah Musim untuk "Kumpulan Rock Terbaik", "Album Rock Terbaik", ngan "Lagu Rock Terbaik" untuk Yahpit bulan Mac 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan