Jumaat, 17 Disember 2010

Ungkapan semasa Bertemu


Sawatdī khrap!

Orang Siam memberi salam kepada sesama sendiri dengan tabik ไหว่ wai. Wai maknanya sembah lah. Semacam orang India duk buat vanakkam itu. Tapi, orang Siam tak dak lah berkata, vanakkam. Orang Siam kata sawaddī khrap. Vanakkam cakap bahasa Tamil deh.

Bahasa Siam ada jenis penutup kata yang bunyi khrap dan kah. Kalu khrap biasanya penutur tu adalah orang laki. Kalu penutup perkataan tu adalah kah makanya penutur tu adalah worang perempuan
. Kalu yang jantan pi pakai penutup kata kah tu maknanya dia berjantina darai atau pondan lah, haha.

Kita tengok contoh dalam perbualan berikut:
 

ฮามิต : สวัสดีครับ
Hamid: Sawatdī khrap!
 
มีนา : สวัสดีค่ะ
Minā: Sawatdī ka

Situasi Berwai
  • Ketika bertemu.
  • Ketika sudah hendak chao.
  • Berterima kasih. 
  • Mohon maaf.
Kalau orang Islam tidak mahu berwai pun tidak berdosa. Lā ini bukan seperti zaman dulu-dulu lagi. Yang ini  cuma sejenis kesopanan saja dalam masyarakat Siam.

Sejarah Wai dan Sawatdī
 

Kata สวัสดี sawatdī ini digabungkan sekali sekitar pertengahan tahun 1930-an oleh Phraña Upakit Silapasan dari Universiti Chulalongkorn. Kata ini sebenarnya sudah lama berada dalam pembuka kata di pahatan batu-batu bersurat yang berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu svastī śrī. Kita baca seperti dalam batu bersurat Kedukan Bukit yang berbahasa Melayu purba dari Palembang itu pun, sebutannya adalah svastī juga.
 

Semasa dalam proses perubahan menjadi Thailand yang moden, Phlaek Phibul Songkhram yang merupakan salah seorang pentadbir kerajaan Thailand yang bersemangat kebangsaan berkempen supaya ungkapan sawatdī ini digunakan dengan lebih meluas dalam birokrasi kerajaan sekitar awal tahun 1940-an. Sampai kini, ungkapan ini sudah menjadi sebahagian norma kebudayaan masyarakat Thai dan Siam secara umumnya.

Budaya wai ni ada
saja dalam masyarakat Indochina lain yang dipengaruhi oleh budaya Hindu-Buddha di Asia Tenggara. Seperti di Kemboja, depa panggilnya sebagai Sampeah dan bagi salam dengan berkata, Savosedei

Menunduk kepala kepada orang sebagai petanda hormat sambil menyembah mungkin juga mari dari ajaran Buddha dan adat orang Brahmin. Disebut bahawa hormat kepada tetamu dan orang ramai itu seperti hormat kepada dewa-dewa belaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan