Jumaat, 17 Disember 2010

Gambaq Siam: Pid Term Nyai Hua Jai Wa Wun




Ni pulok gambaq yang kedua. Saja aku bagi asing dia ponya post. Satgi bercampuq wat penin ja. Gambaq ni aku dok dengaq macam gempak saja kat belah Thailand sana dari berapa tahon lepaih. Nak tengok tak leh baru malam ni aku jumpa kat Youtube. Tu pon ngan tajuk bahasa Inggeris dia ringkas ja, Hormone.


Bunyi tajuk Inggeris pon patetik. Cerita pasai kisah budak-budak muda baru nak meningkat la. Macam-macam jenih kisah ada depa suka gabungkan dua tiga kisah dalam satu filem. Ada yang cintun monyek berebut awek yang balik cuti kampung kat Chiangmai masa cuti semester, cintun sama ngan retis Taiwan, peminat blu Jepon dok becurang ngan aweq dia bila jumpa awek Jepon nama Aoi secara kebetulan dalam kereta api, dan kisah budak patetik yang dok kija wat papan tulih benda-benda nak ngorat sorang aweq.


Lagu-lagu dia syoq la jugak. Antara lagu penyanyi yang ditampil dalam gambaq ni ialah daripada Big Ass ngan Moderndog. Haku dok dengaq lama dah ke depa ni. Ada bropa lagi penyanyi yang agak syoq jugak. Lenkali leh la pi tanya kat pelayan kedai Siam, kot-kot depa tahu, buat bahan nak sembang jah kalu depa minat dengaq lagu Siam, hahaha.


Cakap Siam dalam gambaq ni campuq-campuq loghat Pak Nua (Utara) pasai depa amik setting kat Chiangmai untuk kisah budak-budak bodo yang berebut nak nomor telepon sorang aweq yang balik cuti kat kampung masa depa cuti sekolah semester panjang. Tajuk dia ปิดเทอมใหญ่ หัวใจว้าวุ่น pid term huajai wawun makna dia penghujung semester panjang, hati dok membara. Tak tahu la membara menatang apa.

ปิดเทอมใหญ่ pid term penghujung semester panjang
หัวใจ huajai hati 
ว้าวุ่น wa wuun membara, keliru, tegang, serius

Dalam gambaq ni kita buleh lihat lah budaya orang Thai di belah utara Thailand. Begitu jugak dengan kehidupan masyarakat Cina Siam yang tak reti cakap Cina sampai kena masuk kelas bahasa Cina balik semata-mata sebab minat kat penyanyi Taiwan, hahahaa. Meluat la blog ni aku nak bagi center dia ponya video trailer pon tak reti. Sapa-sapa terpijak mai, mintak tulung ajaq sat no. Haku buta IT skit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan