Bulan puasa buat masa ini sebenarnya merupakan bulan yang paling aku suka. Kenapa aku kata begitu? Kerana aku boleh pulang seawal jam empat petang pada bulan puasa. Sudah semestinya kita hendak memastikan bahawa kita berbuat amal ibadah secukupnya sebagai latihan untuk bulan-bulan yang mendatang. Aku cuma harap nasib aku semakin baik ke masa hadapan ini serta mempunyai ramai rakan yang baik-baik.
Tanpa berlengah masa lagi, marilah kita pelajari beberapa perkataan untuk bulan puasa. Sebabnya kita di sini sering mencampurkan bahasa Siam dengan bahasa Melayu. Maka kita tidak faham istilah orang Islam guna di sebelah Thailand sana. Ayat yang diberikan ini akan turut dicampur bahasa Melayu loghat Yala namun aku cuma berbuat begini supaya rakan-rakan senang untuk faham.
Contoh ayat kita:
เดือนนี้คุณถือศิลอดหรือปล่าว?
Deun nī khūṇ theu śin-ood reu plāu?
Bulan ini awak berpuasa atau tidak?
เดือนนี้คือเดือนรามฏน
Deun nī keu deun Rāmaḍhon
Bulan ini adalah bulan Ramadhan
เดือนคือบูแลปอซอ
Deun Rāmaḍhon keu bulae poso
Bulan Ramadhan adalah bulan puasa
แล้วเปิดปอซอทำกับข้าวอะไรเอย?
Laew pied poso thām kap khāo arai euy?
Jadi buka puasa buat lauk nasi apa ei?
Perbendaharaan Kata
ถือศิลอด theu śin-ood berpuasa
เดือนรามฏน dieun Rāmaḍhon bulan Ramadhan
บูแลปอซอ bulae poso bulan puasa
เปิดปอซอ pied poso buka puasa (loghat Bangkok, ละอด laḥ od)
ทำกับข้าว thām kap khāo buat lauk nasi, dalam erti kata lain, masak
Untuk bahasa Siam yang dituturkan di Kubor Panjang dan mukim-mukim lain di Pendang atau daerah lain di Kedah, aku rasa depa mempunyai istilah tersendiri juga. Untuk yang itu, di lain masa sahajalah aku cuba cover. Yang penting rakan-rakan boleh berbahasa Siam Bangkok dulu sebab itu bahasa rasmi di seluruh Thailand.
Pic Source: Orchid and Rainbows
Tiada ulasan:
Catat Ulasan