Hari ini, aku cuti jadi bolehlah update dengan pos terbaru. Baru saja mula bekerja di tempat baru pada awal bulan hari itu. Tak berupayalah nak bertanam anggur lagi. Dapat panggilan bekerja itu, aku terus terima. Tidak menolak lagi.
Pos terbaru ini adalah untuk hari Songkran. Untuk peminat lagenda mistik Dunia Melayu seluruh alam semesta. Sampai habis seluruh alam pun jadi bangsa Melayu itu kan. Di negeri Yunnan dalam wilayah Republik China Komunis Bukit memang ada etnik Tai. Mereka bukan sebahagian daripada empayar Śrī Ayutthaya tapi mereka berbangsa Siam. Siam disebut juga sebagai Shan di Myanmar. Mereka terbahagi kepada empat puak utama iaitu:
- Tai-Yai
- Tai-Lue
- Tai-Khuen
- Tai-Neuea
Puak-puak Siam yang lain wujud juga di India dan Laos. Di Thailand, yang berketurunan Tai asli bertumpu di sebelah utara dan berkulit cerah. Yang terlepas ke selatan dan yang berkahwin campur dengan orang "Melayu" asal penganut Buddha animisme di sebelah Segenting Kra itu adalah puak Phutai yang berkaitan dengan puak Tai-Dam dan Tai-Don di Vietnam, Laos dan timur laut Thailand. Bahasa mereka ini yang menjadi bahasa asas dalam pertuturan puak-puak yang bercakap Siam termasuk di Malaysia. Tidak mengira hang Islam atau Buddhis.
Untuk menjelaskan kepada hangpa. Istilah "Melayu" mula digunakan untuk merujuk kepada empayar Śrīvijaya-Buddha semenjak kurun ke-12 M. Ia merujuk kepada negeri Jambi di Sumatera yang menjadi kerajaan pusat atau Agong bagi Persekutuan Negara-Kota empayar tersebut selepas penaklukan negara Tamiḷ Choḷa berlaku. Penduduk-penduduk yang berbahasa dengan bahasa empayar Śrīvijaya-Buddha tersebut pun disebut sebagai orang Melayu. Selepas itu, nasionalis atau orang politik membuat buku teks sejarah sambil klaim mengklaim empayar purba untuk menyokong negara-bangsa mereka atau puak mereka.
Oleh itu, tolonglah berhentikan mengguna isu agama sambil memperburuk orang lain untuk tarik simpati orang bagi mendapatkan kepentingan diri sendiri. Sikap mementingkan diri sebegitu termasuk dalam sikap mazmumah!
Oleh itu, tolonglah berhentikan mengguna isu agama sambil memperburuk orang lain untuk tarik simpati orang bagi mendapatkan kepentingan diri sendiri. Sikap mementingkan diri sebegitu termasuk dalam sikap mazmumah!
Di Yunnan, wujud etnik minoriti beragama Islam juga. Contohnya seperti etnik Muslim berketurunan atau berbahasa Bai (Bac).
Perayaan Tahunan
Perayaan ini disambut di Yunnan seperti juga di Myanmar, Thailand, Laos dan Kemboja. Ia memberi pertanda sudah masuk tahun baru. Perayaan disambut selama tiga hari.
Hari Pertama
Kegiatan banyak bertumpu di sekitar tebing Sungai Lancang. Pembukaan pesta pun dibuat dengan pasar terbuka dibangunkan bagi penduduk membeli-belah.
Boleh membeli di situ barangan seperti:
- cenderahati kraftangan tempatan
- makanan ringan
- makanan tradisi.
Hari Kedua
Kegiatan-kegiatan seperti berikut:
- lumba bot naga di Sungai Lancang sepanjang tengah hari
- penduduk tempatan menyalakan tanglung terapung di sungai pada malam hari untuk mendapat tuah.
Kemuncak perayaan baru simbah air atau mandi bunga dijalankan. Penduduk berpakaian baru, berkumpul di wat-wat di kampung mereka, dan mendengar bacaan katha. Kemudian, rupa Buddha dibasuh dulu sebelum acara simbah air bermula. Penduduk memenuhi jalanan membawa botol, senapang air, periuk, bekas air dan lain-lain untuk menyimbah orang.
Air memberi pengertian penyucian bagi penganut Buddha. Menyimbah air bermaksud menyimbah untuk membersih daki-daki kekotoran jiwa di sekeliling sekaligus mencerminkan niat baik yang inginkan kebaikan terhadap sesama insan.
Jika ingin merasai suasana ini di China, boleh berkunjung ke pekan Jinghong di Xishuangbanna (Sipsongpanna). Etnik Siam di situ menyambutnya dengan penuh kesukaan seperti di negeri-negeri Indochina yang lain juga.
Sumber visual:
- CCTV
- PeacefulMindCom.HK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan