Isnin, 8 September 2014

Menorah Selatan



Jenis tarian ini ditarikan di negeri-negeri Melayu Siam seperti Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu dan Perak Utara selain di Selatan Thailand. Dalam bahasa Siam, ia digelar, Lakon Chatri atau Norah.

Ciri-ciri asas lakon tari termasuklah bacaan menyeru, tari pengenalan watak utama dan tok peran. Seruan diiringi oleh pergerakan berirama lemah-gemalai oleh jejari, tangan dan kaki. Latar lakon tari itu didasarkan kepada cerita hikayat Jataka serta kisah-kisah lagenda yang sudah diserap oleh etnik Melayu di situ sejak sebelum menganuti ajaran Islam.

Lagenda

Menurut lagenda Hindu (India), Kinari, merupakan gadis-gadis makhluk ghaib di hutan Himavat Pradesh. Terdapat juga Kinara, kelompok lelaki makhluk ghaib. Semua watak ini berasal dari lagenda India tetapi kemudian diserap dan disesuaikan dengan gaya berfikir penduduk di Siam. 

Kinari digambarkan sebagai seorang gadis cantik tetapi bertubuh burung di bahagian bawah. Dia boleh terbang dan berulang-alik dari alam ghaib ke alam manusia. Bila berenang di air, dia berubah menjadi manusia. Makhluk ini boleh terbang selaju cahaya dan boleh sampai ke destinasi yang tidak boleh dicapai oleh akal manusia biasa.

Penokohan menorah terkenal sekali adalah menerusi watak penceritaan berjudul, "Pannyasajataka". Tarian digelar "Manorah Pujayana", memainkan kisah dari sastera mistik tertinggi di Siam.

Gaya

Di Kelantan dan Terengganu, mereka menggunakan bahasa Melayu Kelantan dan style pergerakan Mak Yong. 

Di Kedah, yang biasa kita dengar pun bahasa Siam. Mungkin di sesetengah tempat menggunakan loghat tersendiri. Style lakon di Kedah pun tersendiri juga. Boleh jadi juga dipengaruhi oleh lakon Jikey dan Mek Mulung di Wang Tepus.

Di Thai Tengah, gaya mereka mungkin berbeza dengan yang di Thai Selatan sebab tiada unsur akrobatik. Di Kemboja, Laos dan Myanmar pun ada seni tari ini.

Orkestra terdiri daripada sepasang simbal keling yang kecil itu, sepasang gong kecil, sepasang kayu ketuk, gendang, alat penibai lantai dan dram bermuka satu.

3 ulasan:

  1. Menarik..nenek tiri ada main menora tokwan plak main bangsawan..diharsp dilestarikan seni warisan supaya tak ditelan zaman.

    BalasPadam
  2. Menarik..nenek tiri ada main menora tokwan plak main bangsawan..diharsp dilestarikan seni warisan supaya tak ditelan zaman.

    BalasPadam