Selasa, 26 Ogos 2014

Gerabak Siam dan Episod Bangla

25hb Julai 2011: Malamnya


Dalam gerabak itu, aku mula mencangak-cangak mencari tempat duduk. Rupanya depa tidak terakan nombor di atas bendul letak beg seperti biasa kita lihat. Nombor itu dicap di sisi kerusi tempat kita duduk. Hairan juga... Katilnya di mana pula? Depa riwayat kata depa beri katil untuk kita. Takkan aku kena duduk di kerusi sehari semalam sementara menunggu tiba di destinasi? Kematulah pungkog!! Sudahlah tiket untuk katil bawah mahal, RM112, cik! Kalau katil di atas murah sedikit, RM104.

Katil dibentang di tempat duduk kita itu sekitar jam 20:00 malam begitu sebelum waktu Isya'. Gambar ini tidak begitu jelas kerana kereta api bergerak laju. Gegaran membuat gambar kabur-kabur. Bantal diberi dua biji bersama selimut dan tirai. Selesa jugalah. Atendan bertugas di gerabak no.10 namanya pakcik Suman. Usia lingkungan 50-an. Seberang kerusi aku, ada seorang makcik Siam mau berpulang ke Bangkok. Dia naik sama dengan aku dari Penang tadi. Kami tidak begitu bersembang sangat. Tidak tahu pula dia boleh berkecek bahasa Cina.

Sebelum masuk ke Padang Besar itu, banyak perhentian juga kereta api tersebut berhenti. Semasa di Bukit Mertajam, masuklah seorang Bangladeshi ahli pergerakan Tabligh. Muka banyak kekwat perhati kita atas bawah. Mungkin dia ingat dia seorang sajalah kot Muslim, suci murni begitu. Sudahlah mengunyah sirih preet... preeet... meludah rata di kaki orang. Haram jadah betul biadap!

Stesen perhentian sebelah M'sia terdiri daripada:
  • Stesen Kuala Muda, Sungai Petani.
  • Stesen kecil Gurun.
  • Stesen kecil Jenun.
  • Stesen kecil Arau yang akhir sekali di sempadan.
Di Arau itu, boleh nampaklah kenangan. Sekolah menengah semasa aku di Arau dulu, "al-Madrasatul Alawiyah ad-Diniah" betul-betul belakang stasiun kecil itu. Ambil hang, kecek Arab bagi, lol! Depa berhenti sebentar di situ mungkin isi minyak kot. Sudah waktu Maghrib ketika itu. Tiada surau pula seperti dalam KTMB. Jadi, aku ambil wudhu' di toilet hujung gerabak. Bangla tadi perhati baru sedar kot status agama aku. Dia tak buat pun solat hormat waktu! Mat Saleh kata, "don't judge a book by its cover". Dia ingat aku kapiag kot fasal tidak pakai kepiah macam dia, tidak pakai baju Bangla atau tidak pergi terhegeh-hegeh cium tangan dia macam tuk syeikh. Agama sendiri pegang di hati cukup, tidak perlu nak kompang sangatlah! Tuhan bukannya "buta"! Show off merata-rata tetapi meludah merata-rata biadap, tidak sopan buat apa? Pooorah!

Kemudian, masuk sebelah Thailand untuk cop passport di Padang Besar. Kita mesti lalu dua bahagian passport. Satu di M'sia, satu di balik Siam (Thai). Bangla itu pun terhegeh-hegeh mari perkenal diri dia Tabligh ingat kita tak tahu lah kot. Nak suruh tolong isi borang perlepasanlah tu. Sebok betoy! Tadi, dia menjeling kita seap... seap tajam saja macam pisau diasah! Sekarang terhegeh-hegeh pula. Tidak tau malu punya orang. Dia sebut, "Hadyai... Hadyai..." nak turun di markas situ kot. Menyusahkan orang betul dengan kita pun kena isi untuk diri sendiri juga. Selalu aku terjumpa puak begini. 

Aku isi ringkas saja destinasi sendiri di Bangkok. Cik kak imigresen Thai agak cengil (garang) juga bila lihat destinasi kurang lengkap. Dia kata, "pai Bangkok pai nai? Khean pai nai!!" Aku isi pi lah alamat hotel Soi Rambuttri. Aku bukan tahu pun nak duduk di mana lagi. Mujur kita simpan senarai hotel. Aku bawa file cik, haha. Sebelum nak pergi bersiar pun buat homework juga. Jika masuk ikut Ban Dannok di Bukit Kayu Hitam sana, bayar RM2 saja kepada tukang isi kad perlepasan. Kemudian, bayar lagi pengeras RM2 kepada imigresen di jalan darat.


Mau solat Isya' pun sama, solat di ruang katil saja. Tirai memudahkan sedikit jika nak solat. Orang keliling pun tidak nampak. Malas nak kompang bab agama kat orang sekeliling. Buat isu untuk benda-benda remeh di tempat orang bukannya menyenangkan hidup pun. Bangla berlagak itu diganggu atendan samseng dari gerabak sebelah. Orang itu mungkin sengaja nak cari isu juga. Bangla itu buat muka kekwat, janggut bercakah tidak sikat elok-elok, pakaian berbeza. Itu pun boleh beri sebab untuk orang cari fasal. Dia pura-pura nak periksa kad, tiket dan passport. Kemudian, orang itu peras Bhatt 100, jika tidak nanti dia lapor polis.

Lepas itu, atendan itu mari tanya aku pula. Dia buat daaahh! Ini semua Bangla itu punya fasal lah duk menempek kat aku pula nak suruh aku jadi geng dia. Muka sombong lepas itu gegeh pula nak suruh orang tolong dia! Atendan samseng bercacah di badan itu tanya aku, "khao pud arai wa?" Kita pun tak faham Bangla itu. Aku faham bahasa Hindustan, bukan bahasa Bangla. Aku kata, "mai khaochai kap!"

Mana aku nak pi tahu Bangla itu kata apa. Dia bukan orang Melayu atau orang M'sia pun. Dia tak reti kecek bahasa Melayu pun dok, "nguh.. ngah.. nguh... ngah..." saja. Bangla itu lalu tunjuk tiketnya. Atendan gerabak itu sembah dan dia pun blah sajalah. Tahu pun Bangla itu geleng-geleng kepala bila orang kurang ajar begitu. Yang dia jeling-jeluat dan sengaja ludah sirih di kaki orang tak apa pula? 

Polis Thai ada periksa passport juga. Jadi, elok simpan baik-baikk passport itu. Sampai di perhentian Hadyai Junction, Bangla Tabligh itu pun blah. Dia nak pergi markas depa di sebelah Songkhla gamak nya. Aku ada pengalaman tak berapa nak bagus dengan Tabligh di hostel. Aku malas nak kutuk atau keji. Tak berkuasa nak buang masa. Tak mahu berada dekat dengan depa, itu saja. 

Malam-malam kelam saja, aku tak berapa nak nampak apa sangat. Kadang-kadang kereta api masuk ke dalam terowong. Kelam gelemat lah, memang tak nampak sesuatu pun. Kadang-kadang nampak rumah orang kampung di sepanjang laluan gerabak itu. Nampak lah orang Siam sedang makan, melepak-lepak dalam rumah depa dan kedai-kedai makan. Oleh sebab tak nampak apa sangat dah. Aku pun fikir molek jika aku lena awal saja selepas solat Isya'. Nak beli barang makan pun tak berani takut mahal. Semasa di Padang Besar tadi, aku dah kena kapak dengan penjual roti. Orang Melayu Perlis pula tu. Roti lapan kupang dijual sampai RM5. Riba tidak ingat, hareeem betul!

Teruja juga nak sampai di Bangkok. Tapi pada masa yang sama, aku ketar perut juga selepas lalu di imigresen tadi dengan insiden atendan dengan Bangla kekwat itu. Tak jadi problem syukur lah. Kecek bahasa Siam sikit-sikit. Depa pun ingat kita orang depa juga lah. Depa mesti tolong juga sama-sama sendiri. Makcik Siam yang duduk di kerusi sebelah aku pun mesti beritahu kepada aku, nama stesen-stesen apa yang kereta api itu berhenti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan