Selasa, 26 Ogos 2014

Bersiar-siar di Siam

25 Jul 2011


Ini cuma travelog lama saja. Aku tinggal di hostel Tekun di kampus Universiti Sains Malaysia dari Jul 2010 sehingga Mei 2012. 

Untuk pengetahuan hangpa, aku menyambung master dalam bidang Sains Politik kursus Pengajian Diplomatik dan Hubungan Antarabangsa major dalam Kesatuan Eropah (EU). Dulu aku ambil ijazah pertama dalam bidang Penterjemahan dan Interpretasi major bahasa Melayu M'sia dan bahasa Inggeris. Sekolah menengah dulu aku bekas pelajar aliran Syariah Islam. Semua subjek aku mengaji ini tidaklah cekang pun seperti kos kejuruteraan, perubatan atau kimia. Ia lebih mencondong ke politik pentadbiran, keguruan, servis dan pengurusan. Teori-teori politik dan ekonomi semua aku mengaji di kursus ijazah lanjutan. 

Untuk kos ijazah lanjutan, hidup boleh jadi penuh dengan mimpi indah kalau hangpa duduk bersama-sama kelompok ijazah lanjutan yang sempoi-sempoi tapi aku pula terkena mimpi ngeri. Antaranya, roommate aku dari Palestin yang psikopat sebab depa selalu kena bom dan bermain bom. Mereka menjadi sewel. Kemudian roommate orang Indonesia dari Sumatera yang gay pedophile meraba orang tengah tidog tak padan dengan tua ğenta. Tua nak mampos dah tidak sedar diri! Ini semua orang di pejabat hostel punya fasal lah. Tidak guna seduit pun menyusahkan aku yang sentiasa solo ini!! Sudahlah sewa mahal!

Dan seterusnya insiden dengan puak Tabligh sehingga hubungan aku dengan pakcik roommate baru aku retak. Pakcik itu orang Melayu Pahang. Dia ok saja sebelum itu. Kita respek depa bila puak depa mari sembang agama, hangpa tengok lagu mana depa pijak kepala kita? Depa ambil kesempatan berkubu scouting sehingga berkurun-kurun di bilik kita!

Pening kepala aku. Jadi, aku decide untuk bersiar-siar di kota Bangkok dari Penang pada pertengahan bulan Julai 2011. Aku bangkit awal bersolat Subuh semua di bilik. Kemudian, naik bus Rapid Penang di depan Jalan Bukit Gambir untuk ke jeti lebih kurang jam 10:00 a.m. Sebelum pergi aku tidak sempat bersarapan sebab aku buat rancangan pakai terjah cuma beberapa hari saja. Setibanya di jeti, aku terasa nak makan jadi aku ke medan selera di belakang jejantas di jeti Georgetown. Nasi itu kurang sedap. Bebola ikan dengan hotdog itu depa cas RM3 semua.

Kemudian, aku lompat naik feri sehingga ke Butterworth kira-kira jam 11:00 pagi. Tiket kereta api ke Bangkok sudah dibeli beberapa hari lepas. Merasalah pula kita mencongok di situ sehingga 14:20 p.m. Baru gerabak kereta api Siam masuk landasan. Aku bersiar solo saja. Tidak berteman. Meluat nak ajak kawan-kawan. Depa pun ada hal sendiri.


Inilah gerabak kereta api Siam baru sampai dalam pukul 14:20 begitu. Aku sempatlah solat Zohor dulu yang masuk waktu pukul satu lebih tadi sebelum ia masuk ke longkang landasan. Kontot saja pun. Aku naik ke dalam gerabak no.10. Itu yang kelihatan terjongoy dalam picture itu. Itulah gerabak no.10. Ia mengambil masa semalaman juga untuk tiba di stesen Siam sana... Skema ayat bukan apa. Aku pernah tulis bahasa Kedah piao dulu ingatkan orang faham. Rupanya depa tengok seperti bahasa Tagalog pula, lol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan