Ya, di Siam ada kelompok Brahmin atau golongan tok sami beragama Hindu. Depa terlibat dalam upacara-upacara pertabalan diraja di istana serta di kampung-kampung menjadi rujukan bagi sebarang upacara.
Pandit Vidyadhara menyediakan barang memuja semasa satu majlis...
Upacara membajak diraja yang mana upacara dijalankan oleh para Brahmin Hindu dan juga dihadiri oleh bhikṣu-bhikṣu Buddha yang terkenal.
Imej Phra Isuwarn atau Sang Iśvara, nama rujukan untuk dewa Śiva di Siam.
Nenek moyang brahmin-brahmin ini berasal dari sama ada India Selatan, India Utara atau pun brahmin pelarian dari Kemboja.
Semasa zaman Sri Ayutthaya pun ada kelompok brahmin dari dinasti U Thong yang menjadi pemangku raja misalnya Bunsri Worawongsa. Dalam filem Suriyothai ada lagenda kata beliau ada berhubungan sulit dengan Srisudrakshan yang juga kerabat diraja dinasti U Thong. Srisudrakshan ini bukan nama sebenar wanita itu. Ia cuma gelarannya sahaja. Beliau merupakan gundik kepada Chai Raja Adhiraja.
Chairaja Adhiraja ini raja kepada kerajaan Sri Ayutthaya, anakanda kepada maharaja Ramadhipatti II dan cucunda kepada maharaja Trailoganath yang pernah beberapa kali hantar tentera ke Melaka sebab terdengar berita bahawa raja Melaka menganut Islam manakala Ramadhipatti II pun sama pernah hantar askar lagi ke selatan jauh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan