Khamis, 27 Januari 2011

Ganti Nama Diri Cakap Siam Kasarq

Swaddeekhrap!!!

Lama aku tak cuci sawang dalam ni. Reni aku nak cakap pasai kata ganti nama diri kasarq. Kalau cakap Siam kasarq, ada tiga jah kata ganti nama diri.

Yang pertama

Ku กู makna dia aku. Ni guna panggei diri sendiri sama kawan-kawan rapat saja. Atau orang tua guna kat diri dia bila dia cakap ngan budak-budak. Nama pon bahasa kasarq aku rasa tak terang lanjut pon semua orang paham kot.

Yang kedua

Eng เอ็ง, mung มึง maksud dia hang atau mung la kecek nganu. Nak guna yang ni guna sama-sama kawan rapat saja. Orang tua boleh guna jugak ganti nama budak-budak. Tapi budak-budak tak leh guna panggei orang tua. Kurang ajaq!

Yang ketiga

Man มัน sama dengan ia atau dia tak dak beza jantan ka betina. Yang ni kasarq la, kalau bahasa moden lani hangpa guna ni rujuk ke orang ketiga sama macam hang anggap dia menatang.

Yang atas ni semua kata ganti nama untuk orang yang mufrad saja. Mufrad ni tau dak menatang apa? Mufrad ni makna dia kata ganti nama orang tunggal la. Rujuk kat seorang lagutu saja. Kalau ramai maka dia jadi kata ganti nama jamak.

Kalau hangpa nak rujuk kepada ramai orang cara dia cakap bahasa Siam kasarq macam ni. Hangpa tambah ja perkataan phuaak พวก kat depan perkataan-perkataan ganti nama tu. Makna phuaak tu puak la atau puok kecek ulu dia.

Kalu hangpa tambah kataan phuaak tu kat depan mung, maka makna dia jadi lah hangpa dalam bahasa Kedah. Kalu tambah depan man, maka jadilah makna dia, depa. Tapi ni bahasa kasarq lah.

Untuk kami, hangpa buleh kata rao เรา. Kalu cakap Kedah, sama-sama kawan kat kampung kalu rujuk diri kita sorang pon, kita akan kata kami jugak. Dia lembut sikit daripada kata aku. Bahasa Siam, takdak kata kita.

Hallamak! Aku lupa nak boh post pasai tanda-tanda bunyi atas tulisan Siam. Ah, nanti lah dolu. Aku bokan nak kongsi pasai tulisan Siam sangat pon coma nak bagi perhidup balik ja bahasa Siam belah Kedah macam dolu-dolu. Sayang UN tak bagi jadi warisan dunia, haha.

Yang bahasa lembut dia nanti dolu lah. Aku rasa macam payah jah nak cakap bahasa Bangkok. Blah dolu, chaoooo!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan