Sabtu, 20 Februari 2016

Bahasa Thai Loghat Kedah


Baru ada masa sedikit untuk mengemaskini. Ini adalah sebahagian daripada projek kita dalam mengumpulkan semula kosa kata dari bahasa Thai loghat Selatan yang dituturkan khususnya di negeri Kedah. 

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan yang budiman, bahasa Thai loghat Selatan yang dituturkan di negeri-negeri Selatan Thailand termasuk juga di negeri-negeri Utara Tanah Melayu, seperti di Kedah dan Perlis sudah pun bercampur dengan bahasa Melayu dan juga bahasa pendatang-pendatang lain dari negeri atas angin seperti bahasa Parsi, bahasa Arab, bahasa Portugis, bahasa Perancis dan bahasa Inggeris. Ia dituturkan oleh kedua-dua penganut agama Islam dan juga penganut ajaran Buddha. Oleh itu, tidak timbul isu siapa lebih Islam atau monopoli bangsa atas bahasa. Isu sebelah Patani itu, lain cerita. Jangan campur aduk dengan negeri lain.

Taburan penutur bahasa Thai Selatan di sebelah Kedah adalah sekitar daerah Kubang Pasu, Kota Setar Utara, Baling, Padang Terap. Sebelah Perlis, ia dituturkan di sebelah Kuala Perlis, Wang Klian dan sedikit di kawasan Arau kerana di sebelah situ ada Felcra dan Felda yang dibuka untuk peneroka tidak mengira mereka berbahasa Melayu atau berbahasa Siam.  

Diharapkan projek ini dapat sedikit sebanyak memberi maklumat kepada pelajar-pelajar bahasa Thai yang ingin menambah perbendaharaan kata atau mempelajari loghat bahasa Thai Selatan. Sila klik di perkara-perkara di atas untuk mengakses. 

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan