Sedikit perbezaan untuk laman ini, kita akan menyoroti tatabahasa bahasa Siam untuk penutur bahasa Melayu walaupun isi sedikit bertabuq kerana aku buat sendiri-sendiri untuk suka-suka saja. Jadi, hangpa boleh belajar dan baca sendiri bahasa Siam apabila sudah cekap. Free of charge saja. Mahu lebih-lebih kena practice lah. Bak kata orang London, practice makes perfect, haha.
Jom tengok tatabahasa bahasa Siam sedikit. Seperti bahasa Melayu, bahasa Siam iaitu bahasa Thai tidak mempunyai komponen be-verb seperti bahasa-bahasa Eropah dan bahasa jenis-jenis bahasa Barat seperti bahasa Sanskrit, bahasa Parsi atau bahasa Hindustan.
Bahasa Siam mempunyai kata pemeri dua jenis sahaja untuk loghat rantau tengah (standard):
- คือ kěu
- เป็น pein
Untuk bahasa Melayu moden, hangpa mempunyai dua jenis kata pemeri juga, bukan? Setakat yang aku tahu untuk bahasa Melayu moden dan bahasa Indonesia cuma ada:
- ialah
- adalah
Untuk bahasa Melayu klasik termasuk bahasa Melayu Kedah, kedua-dua kata pemeri ini tidak wujud. Yang selalu aku duk guna pun kata penentu seperti "itu" dan "ini" saja bagi konsep kata pemeri.
Untuk bahasa Siam (bahasa Thai), kata คือ kěu dan เป็น pein di kedudukan kata pemeri itu sebenarnya adalah dari jenis kata kerja. คือ kěu bermaksud kata dan เป็น pein bermaksud, jadi.
Contoh Ayat
นี่เป็นอะไร?
Nī pein arai?
Ini ialah apa?
นี่เป็นหนังสือ.
Nī pein nang seu.
Ini ialah buku.
นั่นคืออะไร?
Nan kěu arai?
Itu adalah apa?
นั่นคือปากกา.
Nan kěu p'ākkā.
Itu adalah pen.
Untuk senarai kata nama itu, aku fikir dulu hendak bubuh apa menatang. Hangpa ambil buat contoh untuk exercise persendirian hangpa. Sambil-sambil duk kedai tomyam dan depa pun free, sembang dengan depa dan suruh depa check latihan hangpa. Banyak ja abẽ dan cik käk yang baik-baik. Yang ketwat tu, toksah lah kawan dengan depa. Boikot depa, huhu.
Nanti kita bubuh review filem pulak kah, apa noh? Boleh juga kita enjoy tengok hujung-hujung minggu bila berkubu di rumah tidak ke mana-mana. Cemussss lah duk baca sekolah saja, chuihhh!
ufawallet777.club UFABet True Wallet Play and get prize money for sure. Special bonus credits given out every day. Meet the needs of players of all levels with VIP service 24 hours a day
BalasPadam