Rabu, 30 Julai 2014

Eksekutif Negara


Perdana Menteri

Sejak 1932, Ketua Kerajaan Thailand dipegang oleh "Perdana Menteri Thailand". Umumnya, perdana menteri ini merupakan ketua bagi parti terbesar atau parti perikatan utama di dewan rakyat Parlimen.

Pemilihan

Pemilihan perdana menteri mesti menurut perlembagaan. Langkahnya:
  • Pilihanraya rumah rendah.
  • Dipersetujui secara rasmi oleh baginda maharaja.
Fungsi
  • Ketua eksekutif negara.
  • Ketua kabinet Thailand.
  • Melantik dan memecat menteri-menteri.
  • Mewakili negara di luar negara.
  • Jurucakap utama untuk kerajaan di negara sendiri.
Kediaman rasmi perdana menteri terletak di Ban Phitsanulok, di daerah Dusit, ibu kota Bangkok. Perdana menteri terbaru, Cik Yingluck Shinawatra dari parti Pheu Thai. Beliau merupakan perdana menteri pertama wanita di Thailand. Beliau diberhentikan dari jawatan oleh Mahkamah Perlembagaan Thailand pada 7 Mei 2014 atas pertuduhan salah guna kuasa.

Kedudukan perdana menteri sementara dipegang oleh Niwatthamrong Boonsongpaisan. Beliau dijangka memegang jawatan tersebut sampai pilihanraya umum bulan Julai ini. Berlaku juga beberapa pertempuran dengan tentera pada 22 Mei 2014.

Kabinet Thailand

Kabinet Thailand disebut sebagai คณะรัฐมนตรี khana rathamontri atau majlis menteri-menteri. Kabinet Thailand biasanya mempunyai:
  • 35 orang menteri-menteri mewakili pelbagai bidang dalam negara dan timbalan-timbalan menteri di peringkat kabinet.
  • Kini, terdapat seramai 20 orang menteri kabinet.
Fungsi
  • Membuat dasar negara dan melaksanakan dasar.
Anggota-anggota kabinet tidak semestinya perlu menjadi anggota dewan rakyat seperti di negara lain. Tapi, selalu saja terdapat ahli dewan rakyat menjadi anggota kabinet. Jabatan Perdana Menteri dan pejabat-pejabat kabinet terletak di kompleks Dewan Negara Thailand.

Kabinet terbaru masih lagi berfungsi sejak 9 Ogos 2011, sejak angkat sumpah diperkuatkuasa oleh maharaja. Kabinet dibentuk oleh lima parti yang membentuk perikatan kerajaan:
  • Phak Peu Thai.
  • Phak Jat Thai Patthana.
  • Phak Phalang Chol.
  • Phak Jat Patthana.
  • Bebas.
Kabinet dibentuk oleh:
  • 21 orang menteri peringkat negara.
  • lima orang timbalan perdana menteri.
  • 12 orang timbalan menteri-menteri.

2 ulasan:

  1. ufawallet777.club/">UFABET Auto Wallet has made our reputation at the top of online gaming by prioritizing the needs and experiences of our members.

    BalasPadam
  2. www.gxy789.com สล็อตpg If you are interested in playing that is second to none Complete with modern playing features and consistent payout online slots, applying and using here is the answer that is extremely worthwhile SPIN breaks heavily and provides every amount

    BalasPadam