Sabtu, 13 Julai 2013

Makanan: Sai Kok

Swaddekap!!


Harap tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat menyambut bulan puasa yang mulia bagi peganut agama Islam. Lama sungguh aku tidak mengemaskini laman kita ini. Sebetulnya aku terlampau sibuk dengan kerja walaupun gaji tak seberapa. Sebelum itu, aku mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang membantu kita dari segi kewangan di laman ini. Ramai juga yang menghulur-hulur secara ikhlas. Harap bahasa Siam hangpa semakin maju lah hendaknya dan hangpa boleh menonton serta merasai makanan Siam yang enak-enak lagi, huhu.

Hari ini, aku nak tempek buh di sini resipi makanan Tai-Lao bernama ไส้คอค Sai Kok. Nama lain dia adalah ไส้อั่ว Sai Uer. Yang sebetuinya, benda ini adalah bentuk bungkusan daging yang lebih kurang macam sosej. Daging yang digunakan itu tak sesuai lah untuk penganut Islam. Ia terkenal di sebelah Esan sana. Tapi, kalau hangpa bertandang di Bangkok pun berlambak sahaja dijual dengan nasi pulot di tepi-tepi jalan. Sayang sekali lah sebab tak halal. Kalau halal bolehlah hangpa makan. Nak yang halal buat lah sendiri betui dak?

Jadi, aku nak bagi cadangan, hangpa buleh menggunakan daging yang halal contohnya macam daging kambing, daging kerbau, daging lembu atau daging ayam yang hangpa boleh makan lah. Jangan nak menggatal pulak guna daging tak halal. Sapa-sapa nak berniaga pasar malam pun boleh cuba dulu aku rasa hangpa boleh memulakan trend makanan baru pulak di sini, haha.

Jadi kita tengok bahan dia dolu, ni resipi khas aku catit daripada cik kak kita....

Bahan-Bahan

1 kilo daging berlemak. Kalau gamak banyak sangat la hangpa boleh kurangkan kilo tu ikut suka hangpa tapi nak kena cek ukuran sarung sosej tu la. Guna daging tak berlemak pun tak apa sebab lemak tu tujuan dia bagi sosej tu tak kering sangat. 

Sarung sosej. Untuk sarung sosej tu, tak tahu la aku ada jual ka dak di pasaran. Tapi cara tradisional orang guna usus lembu atau usus kambing. Cuba lah tanya kat bahagian jual daging di supermarket kalau ada yang halal. Tidak pun pi ke kedai India Muslim yang sembelih kambing tanya harga berapa. Di Georgetown ada satu kedai macam tu. 

9 biji cabai merah.

1 cawan daun limau purut hangpa racik-racik bagi.

10 biji bawang merah, hangpa potong nipis-nipis.

2 batang serai.

 8 camca garam.

 6 camca gula.

Cara Buat

Basuh sarung sosej tu dengan air suam atau air panas yang medium. Cuci bagi bersih usus itu sebab hangpa nak bubuh dalam perut hangpa. Untuk daging tu, hangpa boleh beli daging cincang Ramli saja. Di supermarket pun ada sangat senang nak cari. Gena aku buleh lupa, haha. Lagi senang berbanding dengan hangpa nak kena buat semak di dapur lepas tu mengundang lalat tikus semua mari. 

Tabur bagi daun limau purut dalam daging itu sebab makanan Siam kalau tak bubuh daun ni memang tidak sah. Kemudian, taburlah gula dan garam segala mak nenek perencah dalam daging cincang itu. Gaul rata dengan tangan hangpa. Bubuh bawang yang hangpa potong nipis-nipis atau halus orang Kedah kata. Gaul rata sampai semua rempah itu kena pada daging. Bubuh cabai yang hangpa cincang-cincang. Gaul lagi. Bagi serai pulak, hangpa boleh tumbuk-tumbuk halus campur dengan daging. Kalau tak mau pun tak apa. Boleh guna rempah lain bagi hilang bau daging. 

Ikat pula usus kambing atau usus lembu yang hangpa basuh tadi. Ikat di satu hujung dia untuk tutup sebab satu lagi hujung nak sumbat daging. Guna botol mineral yang hangpa kerat separuh, bubuh satu hujung terbuka tali perut itu di muncung botol mineral yang hangpa kerat. Tekan dengan apa-apa pun daging tu biar dia masuk cantik dalam tali perut. Sosej tu nanti panjang. Hangpa boleh ikat benang pada tiap-tiap takah sosej yang hangpa mahu.

Dah setel, hangpa rebus dahulu benda itu sampai dia masak sebab takkan nak makan sosej tak masak, betul dak? Lepas sudah rebus baru hangpa pikir nak goreng ka, nak bakar ka atau nak buat benda lain. Kalau bakar dia, boleh makan dengan nasi daripada beras Siam itu dicicah dengan chaew bong atau nam phrik phao. Cicah dengan sos cili Thai pun boleh.

Di Thailand dan di Laos pun, depa ada juga jenis sai macam ini untuk darah. Biasanya depa guna darah babi lah. Lebih kurang macam orang England sana. Kalau sudah biasa buat, hangpa boleh pinda-pinda sahaja rempah apa yang hangpa nak guna dan berapa banyak ukuran daging dia.

Makanan ini popular sebelah utara Thailand dan sebelah Timur Laut. Sebelah wilayah tengah pun dah popular tapi sebelah selatan tidak popular lagi mungkin sebab dia renyah dan orang ramai boleh beli sosej biasa di pasaraya. Selamat mencuba kalau hangpa rajin dan selamat berbuka puasa!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan