Rabu, 14 November 2012

Pekan Naka dan Nako Nambua

Kampung Siam Kubang Cenok di Padang Terap

Apa kejadah nya Naka ni semua? Ni cadangan puak-puak kita la mintak feature mai nama-nama tempat yang pelik sebelah Kedah kita utamanya yang bunyi Siam. Naka ni sebenar nya nama pekan dalam daerah Padang Terap. Mai mana buleh nama pelik laguni? Dengar sekali macam uduh pun ada makna pun takdak dalam bahasa Melayu, dak? 

Tengok sniri peta Padang Terap tang mana no

Pekan Naka

Ada setengah orang kata Naka makna dia Kubang Lengkuas atau pun Kubang Rumput Julok. Na makna dia kubang, kha makna dia lengkuas. Bahasa Thai kita sebut rumput julok ni sebagai pongkha. Depa kata Kubang Julok sebenar nya yang depa nak rujuk ke tempat tu. Jadi pekan ni sebenarnya ada dua nama iaitu Kubang Julok dan jugak Naka.

Pekan ini letaknya di timur bandar Alor Setar dan bandar Pokok Sena. Berada sebelah selatan Kuala Nerang. Pekan Naka dulu letak nya di Kampung Kubang Julok. Jadi sebelah situ depa panggil Naka Lama. Naka lani nama betui dia Simpang.   

Jadi tempat ni mesti ada orang yang teroka dia. Tahun 1800-an dolu, Kedah kita duk dalam keadaan berperang dengan Bangkok. Tentera wakil Bangkok dan Ligor sana masuk mai menyebabkan orang-orang Melayu sebelah negeri-negeri di selatan Thai macam dari Ligor dan Patani lari masuk ke Kedah. Bila sampai dalam negeri Kedah, depa pun buka penempatan baru di kawasan-kawasan ulu macam di Mong Gajah, Pongkha, Pedu, Kampong Bendang Pak Bahar, Kampung Bayas, Nha Pit, Pak Kra dan macam-macam la lagi tempat dengan nama pelik. 

Kampung Nako Nambua

Nako Nambua hangpa besa dengaq dak??? hahahaha... Nako Nambua ni nama kampung. Bunyi nak macam bahasa Afrika pun ada. Yang aku agak tak sangka, ada gak wawancara surat khabar New Sunday Times edisi 20 Jun 2010 dengan juru wawancara dia, Zahratulhayat Mat Arif, mewawancara Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ni, Badaruddin Mohammad berkenaan kampung ni.

Dia kata Naka Nambua ni nama dia sempena peneroka dan peladang Muslim yang buka kampung ni. Dia berasal dari negeri Patani. Nama dia Nam Bua saja dan dia masuk ke Kedah dengan bini dan anak teruna dia. Awalnya, tempat tu hutan saja bersemak samum. Lepas beberapa lama, peneroka buka tapak penempatan jadi lepas tu orang kampung belah negeri-negeri dalam Thailand sana dengar depa pun pindah beramai-ramai masuk.   

Tuk Siak masjid kampung, Muhammad Saman, tahun 2010 umur dia 81 kata Naka dalam bahasa Thai makna dia jelapang padi. Nambua makna dia air mata air. Sebab peneroka tanah memajukan pertanian padi dengan sumber air mata air maka depa nama kan kampung-kampung depa dengan nama-nama ni. Di daerah Padang Terap ada 93 kampung. Naka Nambua ni salah satu kampung dalam daerah Padang Terap. Lain daripada itu, penanaman padi ni lani jadi keja sambilan orang kampung. Depa ada buat benda lain jugak macam pertanian getah jugak. 

Ada juga info kata Nambua ni satu kampung. Nako ni satu kampung. Dua-dua kampung ni depa percantum jadi satu kampung. Lepas Kedah digabung dalam Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 sampai kemerdekaan Tanah Melayu dalam Persekutuan Malaysia tahun 1957 dari British, kampung-kampung ni baru bercantum jadi Nako Nambua. Penduduk kampung ini, seratus-peratus berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Aku yang tukang tempek ni bukan penduduk Padang Teraplah. Orang tua aku mari dari sebelah daerah Kubang Pasu dan negeri Perlis, lol. 

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam


  3. Nama Nako Nambua guna bahasa Siam, tapi depa cakap melayu dialek Reman (Hulu Kedah)... dan beragama Islam.

    Kini... berpecah 2 kepada kg Nako dan Kg Bukit Nambua. Masih 1 kariah.

    BalasPadam