Ini adalah sebuah filem terbaru keluaran tahun ini. Reviewnya pun tidak banyak. Tajuknya Hor Taew Tak 3 - Wak Shimi. Filem ni merupakan sekuel kepada dua buah filem sebelumnya. Alah, gambar seram lawak. Bukan seram mana pon. Lawaknya saja yang lebih.
Ceritanya mengenai tiga ekor bapuk tua bersaudara yang berjaya membebaskan hantu zaman kuno di satu wilayah di Thailand. Jadi, selepas itu mereka dijemput untuk menghalau hantu lain di istana besar ala-ala istana Barat pula. Filem ini diarahkan oleh Poj Anont.
Pelakon-Pelakon serta Watak
- Arpaporn Nakornsawant sebagai Khun. Waew Suat
- Viraditya Sri Malaya sebagai Ah Koei
- Ekajai Srivijaya sebagai Che' Mod Dam
- Chaturong Mokjok sebagai Che' Taew
- Kashapa Tancharoen sebagai Khun Soun Suat
- Koeti Aramboi sebagai E Pancake
- Parunyu Rojanawutittum sebagai Theng Thong.
Lawaknya di sini, pelakon jantannya yang anak-anak ikan, bermuka model-model spentot diberi gandingan dengan bapok gemuk, hahah.
Watak utama dalam cerita itu pun, aku tidak tahu siapa dia? Yang aku tahu, masa mereka sampai ke rumah besarr tu, hantu E Pancake yang tinggal di dalam jamban berkata bahawa rumah itu memang terasa ada benda lain. Sebenarnya, hantu itu bergurau saja sebab dia menyuruh mereka yang lain untuk membuka pagar supaya dia boleh masuk.
Selepas itu, dia nampak seekor hantu jantan berenang-renang di tengah malam di kolam renang. Hantu bapuk gemuk E Pancake (Koeti Aramboi) tersebut pun terasa gatal biji dan ingin berkawan dengan hantu jantan tersebut, dikenali sebagai Theng Thong itu.
Kalau nak tau syok ka tidak? Encik kenalah menonton sendiri. Ada tiga filem yang bertajuk sama, tetapi jalan ceritanya bersambungan antara satu sama lain. Kalau nak faham lebih lanjut, tonton dulu sekuel yang awalnya, berjudul Hor Taew Tak 1 (2007). Kemudian, Hor Taew Tak 2 (2009).
Selepas itu, barulah yang ini berjudul Hor Taew Tak 3 Wak Shimi. Aku tengok sekali pun tidak cukup. Terasa nak tengok lagi. Tetapi, memandangkan tempat aku tinggal ini memang celaka sebab menghalang Youtube, makanya aku tak boleh buat apa-apa. Melainkan menghentak kepala di meja, kebosanan, damn you!
terima kasih sebab review fasal filem ini
BalasPadamtak perasan minta maaf. sama-sama, jangan lupa tonton filem2 Thai dari genre yang lain juga ya : )
Padamnak tanya, tau dak mana nk dapat subtitle?
BalasPadamHi,
PadamRasanya mereka belum buat "subtitle" sebab malas. Kena belajar bahasa Thai lah : )