Komen Peribadi

Disebabkan aku terlalu cemuih (menyampah) dengan sentimen-sentimen seperti Thai Pride, Jinjang Pride, mahu pun Malay Pride, maka dipersembahkan visual-visual untuk bahasa Tai dari rumpun Zhuang. Sejarah itu sejarahlah juga, tetapi please lah. Tak payah nak bajet macam hangpa itu seperti warga Jerman, Perancis, Sepanyol, England atau Portugal sangatlah! Elit-elit hangpa itu, tidak peduli pun kepada hangpa itu.

Konsep bangsa pilihan Tuhan muncul dalam Kitab Perjanjian Lama atau gulungan-gulungan naskah kitab suci bani Israel. Kitab suci al-Quran pula tersebar ke sebelah Timur dan Barat menerusi penutur bahasa kitab suci itu sendiri, orang Arab. Tidak kisah hangpa suka atau benci, nabi Muhammad s.a.w, sahabat-sahabat baginda, serta kebanyakan Tabi'in dan kelompok zaman salaf dikenalpasti sebagai orang Arab. Dalam kitab suci Quran bagi mereka yang mengaku "Muslim" itu baca beberapa kerat setiap hari, memang disebut bahawa bahasa pengantar kitab suci Islam, adalah bahasa Arab (surah Ta-Ha 20:113)! 

Untuk Buddhis, bahasa kitab suci mereka adalah bahasa Pali loghat negara Magadha. Bahasa pengantar veda-veda Brahmin pula, bahasa Sanskrit Veda. Semua penduduk dunia ada kepercayaan bahawa, bangsa mereka penting semata-mata disebabkan oleh hawa nafsu ingin "berbangga"; mungkin disebabkan oleh "rasa" inferiority complex atau kekurangan jati diri untuk berpaut di dunia ini. Kemudian, muncul hina-menghina. Selepas itu berbunuh-bunuhan.

Lebih baik, kembali ke asal saja. Bangsa manusia itu satu jenis saja. "'Rasa' atau 'vedana' disebut oleh baginda Buddha sebagai salah satu daripada lima golongan "diri" yang palsu" (pañchakhanda).