Bulan dalam Setahun


เดือน Dĕon Bulan

Bulan-bulan dalam bahasa Siam diambil dari sistem astrologi Hindu... Oleh itu, mereka yang berbahasa Siam itu tidak usah nak racist sangat sebab pengaruh agama Brahmin dari Bengal (Bangla) dan Kalinga (Orissa) kesayangan hangpa pun begitu kuat dalam istana-istana wangsa negeri-negeri di Siam itu. Sama seperti di istana raja-raja negeri Melayu Śrīvijaya juga...

Bulan-Bulan Hindu-Siam
 
มกราคม Mogarākom Januari
กุมภาพันธ์ Gumphāpandh Februari
มีนาคม Mīnākom Mac
เมษายน Meāyon April
พฤษภาคม Pdsaphākom Mei
มิถุนายน Mithunāyon Jun
กรกฎาคม Karakadākom Julai
สิงหาคม Singhākom Ogos
กันยายน Kanyāyon September
ตุลาคม ulākom Oktober
พฤศจิกายน Pśjikāyon November
ธันวาคม Thanvākom Disember

Kalender ini disebut sebagai kalender Luni-Solar. Tiga puluh hari cukup dalam sebulan diberi imbuhan -ayana atau -yon. Maksudnya, ketibaan. Bulan yang berisi 31 hari pula berimbuhan -āgama atau -kom, bermaksud, datang.

Bulan Februari diberi imbuhan -bandha atau -pandh bermaksud terikat. Hari yang ditambah ke bulan Februari dalam tahun lompat solar disebut sebagai อธิกสุรทิน adhikasuratin, bermaksud, "ditambah gerak".

Rujukan Bahasa Sanskrit

Sistem ini disebut sebagai sistem rai atau zodiak. Seluruh alam semesta itu dilihat oleh orang Hindu sebagai berbentuk manusia. Badan alam semesta itu mengandungi 12 tanda bintang yang disebut sebagai rai. Setiap rai itu mewakili satu anggota badan. Malaikat atau dewa-dewa di sembilan planet pula mentadbir tubuh alam semesta ini.

12 zodiak tersebut membentuk sebiji bulatan, setiap satu mengisi 30 darjah ruang di rajah. Turutan 12 zodiak ini bermula dengan Mesayon atau bulan April sebagai penanda tahun baru untuk orang Hindu di sebelah Selatan. Bulatan 12 rasi itu merujuk kepada Bumi.

Rujuk di bawah untuk melihat nama-nama zodiak dan rujukan Romawinya:

Mea Aries
Vabha Taurus
Mithunā Gemini
Karkadā Cancer
Sihā Leo
Kanyā Virgo
ulā Libra
Vśchika Scorpio
Dhanu Sagittarius
Makarā Capricorn
Kumbhā Aquarius
Mīnā Pisces

Seperti yang dilihat "dari" bumi, matahari bergerak menerusi pusingan 12 rasi tersebut memenuhi tempoh setahun. Matahari mengambil masa sebulan untuk melalui penuh satu rasi. Matahari ditunjukkan di rajah teori Suria sebagai bergerak melewati Mesa atau Aries. Bulan pula dlihat bergerak menerusi Karkada atau Cancer. Planet-planet lain pun bergerak melewati rasi-rasi tersebut.